Tinta Si Isteri Mekanik: Saya ke Institut Jantung Negara

03 June 2010

Saya ke Institut Jantung Negara

Hari ini, saya sakit badan sebab banyak sangat berjalan semalam semasa di IJN.


Yelah, kaki saya masih sakit sebab terpijak kaca, kemudian malas nak bawa tongkat pinjaman sementara. Dahtu, banyak pulak berjalannya.


Ayah ada Technical Scan di sana. Prosesnya 5-6 jam. Dah agak dah, cumanya tak sangka akan banyak berjalan.


Tech scan semalam pesakitnya ada 7 orang kalau tak silap. Diadakan di Jabatan Radiologi, tingkat bawah, IJN. 


Ayah ada mengadu dengan doktor (bukan dengan kami) dada dia ada sakit-sakt, sama macam tahun 2006 sebelum dia buat angiography dan stent inplantation. Jadi, doktor minta ayah jalani tech scan untuk tujuan diagnostik.


Keterangan dar internet, secara ringkasnya adalah seperti berikut:-


Interventional Radiology (abbreviated IR or sometimes VIR for vascular and interventional radiology, also known as Image-Guided Surgery) is a subspecialty of radiology in which minimally invasive procedures are performed using image guidance. Some of these procedures are done for purely diagnostic purposes (e.g., angiogram), while others are done for treatment purposes (e.g., angioplasty). 


Peralatan dia lebih kurang begini:-




Canggih kan? Jangan tak tau, Institut Jantung Negara memang mempunyai peralatan teknologi terkini untuk jantung.


Peringkat atau stages untuk pemeriksaan adalah seperti berikut:-


a) masukkan catheter


b) dimasukkan ubat. Rehat selama 30 minit. Perlu ambil makanan dan minuman.
c) scan. Jangka masa 10 minit.
d) Rehat selama 45 minit lagi. Perlu ambil makanan dan minuman.
e) dimasukkan ubat. Rehat selama 3 jam. Perlu ambil makanan dan minuman.
f) scan lagi.Jangka masa 10 minit.
g) catheter dicabut.
h) bersurai.


Penat saya.


Sebab menunggu.


Kemudian banyak berjalan ke kafetaria. :)


Kemudian kaki sakit sebab yang tertera di atas.


Insyaallah, 17 Jun 2010 temujanji dengan doktor. Semoga semua ok.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign