Tinta Si Isteri Mekanik: 1 Ramadhan 1431H

11 August 2010

1 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, selesai 1 hari berpuasa di bulan yang mulia ini.

Post mortem:

a) Masih belum mula membaca al-quran setakat asar tadi. Tapi saya dengar bacaan al-quran sepanjang di pejabat tadi. Dah download bacaan sebanyak 30 juzuk itu, sekurang-kurangnya saya mendengar ayat-ayat suci.

b) Berbuka dengan masakan sendiri kecuali kuih sahaja yang dibeli.

c) Terawih malam pertama hanya 8 rakaat sahaja. Itupun buat pada jam 415am tadi. Malam tadi hubby tak larat nak ke surau, makanya tak pergilah saya. Nak buat awal, mata dah mengantuk, kalau buat masa pukul 10pm tu, sure mata dah takleh lelap. Itu yang tunda ke pagi.

Untuk rekod, menu berbuka/sahur:
- Ayam masak merah
- Sayur campur
- Teh O
- Kuih lepat pisang dan kek kukus
- Tambahan sahur: Telur dadar mayonis

Owh, kuih dan 40 sen sekeping. Ayam masih kekal harga semalam.



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign