Tinta Si Isteri Mekanik: RESEPI : RENDANG AYAM - CATATAN 11 RAMADHAN 01431H

22 August 2010

RESEPI : RENDANG AYAM - CATATAN 11 RAMADHAN 01431H

Hubby ada cakap dia teringin nak makan rendang. 

Uihhh sayang, orang belum raya, kita dah raya dulu. Sebab apa? Bila dia cakap macam tu, belek gobok dapur tu, teringat ada ketupat segera yang masih berbaki. Terus terasa nak buat lontong.

Tu yang Raya di bulan Ramadhan. Ketupat, rendang ayam dan lodeh mak minah. 

Resepi saya ambil dari Kak Hanieliza. Memang banyak yang saya cuba menjadi.

Ini resepinya. Letak sini senang nak rujuk di masa hadapan.

RENDANG AYAM 







Bahan-Bahan: 



1 ekor ayam 



1/2 kg pati santan [1 biji kelapa] 
Garam 
1/2 cawan kerisik 
1 helai daun kunyit [mayang halus] 




Bahan untuk dimesin 


3 labu bawang besar 
5 ulas bawang putih 
5 batang serai 
3 inci halia 
1 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
15 cili kering 
15 biji cili api 




Cara: 



1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. 
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati. 
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati. 
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.



Saya ada adjust sikit resepi ini. Saya tak letak cili padi tu, tak tahan pedas saya ni. Nanti ada pulak perut meragam.

Senang sangat stail masakan ini. Blend dan tumis aje. *itu yang saya suka ;)

Bila berbuka, boleh pulak saya terlupa sambal kacang. Aiyohh kesian hubby. Orang selatan or Johorian, makan lontong dengan kuah kacang. Kat sini, makan dengan sambal tumis. Pelik sikit la, tapi kalau dah teringin dan malas, bedal aje.

Kemudian, rasanya memang best, cuma nanti nak letak jugak cili padi bagi rasa pedas sikitttttt aje, baru kick.

End product dia akan jadi macam kari kering. Boleh tambah air sikit kalau nak berkuah. Cuma saya silap, blend bahan tumis tu dengan blender kering. Jadi masa menumis, lepas bawang dah naik bau, saya masukkan air sebab nak bagi ayam cepat masak. Saya gunakan santan kotak aje.

Sebab santan dia pekat, saya pi campur air lagi dalam santan ni nak bagi cair. So dua kali letak air, maka watery la rendang saya. Bukan tak jadi, cuma kena bagi atas api lama sikit untuk keringkan kuah dia. Tastewise, memang sedap kebabom.

Macam mana uolls rasa makanan masa memasak? Tak batal puasa kalau rasa, cuma tak boleh lepas kerongkong rasa tu. Maksudnya, cuma letak kat kawasan masin tu untuk rasa, kemudian terus kumur.

Tapi saya tak buat macam tu. Tak reti dan takut tertelan. Apa yang saya buat, setelah diajar oleh Chef Muhammad, iaitu adik saya, ialah dengan bau sahaja. Dari bau tu, kita boleh tahu pedas, lemak, masin, manis, masam, pahit. Betul, saya tak tipu. Kalau terkurang pun sikit aje. Kalau pedas, boleh agak pedas macam mana.

*owh gambar adalah dari ihsan google.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign