Tinta Si Isteri Mekanik: 12 Ramadhan 1431H

23 August 2010

12 Ramadhan 1431H

Nikmatnya hari Ahad. Tapi hubby kena kerja, ada kerja urgent. Dah berbisnes sendiri, yang penting siap kerja, duit masuk. Kalau rajin, banyaklah rezeki. Kalau malas, memang takkan maju.

Hari ni, tak perlu masak sebab nak berbuka di rumah PJ dan nak makan nasi ambeng yang adik-adik cakap sedap.

Untuk sahur, saya tak ingat apa yang saya masak. Haha. Kalau ingat nanti saya update.

Tapi bila berbuka, apa yang dicari?

*

*

*

*

*

AIR!

Nasi ambeng tunggu dulu. Then adik ada beli murtabak untuk akak dia yang mengidam. Luckily sedap. Makan kurma, air bergelas-gelas, murtabak aje dah kenyang perut. Nasi ambeng share dengan hubby. Takdelah sedap mana. Bayangkan sambal goreng dia hanya tempe dan suhun sahaja. Saya rasa, saya masak lagi mengancam rasanya. Alhamdulillah, rezeki.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign