Tinta Si Isteri Mekanik: 15 Ramadhan 1431H

26 August 2010

15 Ramadhan 1431H

Saya dah tak ingat apa yang dimasak untuk 13 dan 14 Ramadhan. So nanti saya update kalau teringat.

Untuk hari ni, sangat simple menunya sebab hubby tak teringat nak turunkan ikan dari freezer to fridge. Makanya, menu berbuka adalah:

a) Taugeh kucai kacang goreng berkicap.
b) Sambal kentang tempe
c) Telur dadar special
d) Kuih-muih-Popia goreng 4 keping dan cucur badak 1 keping
e) Teh O panas

Ini aje menunya, tapi takpe sebab tau hubby tak kisah. Pada dia as long as dia tak perlu ke Pasar Ramadhan, apa yang terhidang adalah yang sedap.

Selalu dia cakap, "Abang makan aje apa yang ayang masak". Huhu terharu dengar even dah 4 years of marriage. Agaknya dia dah bersedia kot, sebab masa dia usha saya, awal-awal dah cakap saya tak pandai masak, hanya pandai makan aje.

And bila dengan dia cerita, famili dia orang susah, adik-beradik 8 orang plus parents, total of 10 mulut nak disuap, so mak dia ajar, makan apa yang terhidang dan jangan complaint. Sedap ke tak sedap ke, makan diam-diam. Bersyukur atas apa yang Allah bagi, itu rezeki.

Alhamdulillah, mak mertua saya dah didik anak-anak dia begitu. Senang saya. Hehe.

Oh ye, Jumaat malam nak bertolak ke Muar. Dah setengah bulan berpuasa, belum berpeluang nak balik sana. Itupun PAKSA hubby cuti hari Sabtu untuk balik sana. Dahlah raya pertama kat PJ. But, compensate dengan call setiap minggu, dengan syarat kena ingatkan. Takpelah sayang, tanggungjawab isteri untuk ingatkan tentang perkara ini.

Doakan kami ye, perjalanan yang dirahmati dan dilindungi dari sebarang bencana dan kesusahan terutamanya jam.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign