Tinta Si Isteri Mekanik: 18 Ramadhan 1431H

30 August 2010

18 Ramadhan 1431H

Bestnya bila sahur dan berbuka tak perlu fikirkan menu. Lega rasanya. Ringan sikit kepala.


Well, Jumaat malam kami bertolak jam 8.30pm selepas berbuka ala kadar di Shah Alam(SA). Pagi Jumaat, hubby kerja dan adik saya mintak tolong buat kuih. Dari dok tidur kat rumah, maka saya pun bersetuju untuk ke PJ.


Dah siap cornflakes madu, saya pun bersiap-siap nak balik SA, mak kata tunggu kejap sebab dia tengah masak Mee Rebus. Wah, rezeki betul. Tapi sebenarnya nak makan or beli Nasi Kukus Ayam Rempah. Takpelah, beli aje nasi dengan murtabak. Lain-lain tak payahlah, sebab nak balik Muar kan?


Bila waktu berbuka, hubby makan Mee Rebus dengan Murtabak aje dah kenyang. Nasi tak bersentuh. Takpelah, bawak nasi tu, nanti kat Ayer Keroh kita amkan kat situ.


Perjalanan, alhamdulillah lancar. Takde jam, kenderaan pun tak berapa banyak. Tapi yang tak bestnya, saya mengantuk giler dalam pukul 930 tu. Kesian hubby drive sorang-sorang. Ada beli air 100plus tapi tak jalan jugak. Hubby pun mengantuk jugak, tu yang dia nak berhenti kat Ayer Keroh. Tapi dah tiba tu, dia taknak makan, katanya masih kenyang. So hanya ke tandas dan hubby solat Isyak kat sana.


Tiba di Ayer Itam, Bakri jam menghampiri 12 malam. Bestnya, dah ada rumah yang dah pasang pelita. Seronok tengok. Biasanya, dekat-dekat tengah malam tu, akan ada persembahan bunga api KLCC. Tapi malam tu takde. Takpelah, yang penting pelita tu ada.


Sampai aje rumah, terus ambil tilam dan bantal, terus tidur. Mengantuk sangat dah. Kami ada bilik, tapi sejak mak jumpa cik panjang kat siling hujung bilik tu, hubby dah tak berani tidur kat situ dah.


Pagi tu dalam pukul 3, hujan selebat-lebatnya macam masa lepas kami bersanding kat sana, yang membuatkan Johor banjir besar. Cuak jugak, tak berapa nak lena sebab bising hujan kena kat zink.


Then jam 4.45am, kejut hubby bangun dan buat air panas. Bestnya tak payah panaskan lauk sebab semua dah terhidang. Menantu hantu betul. Haha. Memang begitu kalau balik sana, menantu bongsu katakan.


Lepas sahur, berbual dengan mertua. Hubby tolong urut kaki mak. Masa dia nak solat Subuh, ada pulak lipan kat rumah atas. Kan hujan, jadi dia lari naik rumah. Dah hubby tak berani nak tidur situ, bawak tilam turun ke bawah dan tidur bagai nak rak sampai pukul 9 lebih. Mak, bapak dengan kembar hubby dah bangun, dah siap gi kebun dah. Mak pulak dah siap cuci baju semua dah, yang kami baru bangun. Dia tak kisah, takde apa nak buat pun kan?


Asyik tidur aje hari tu. Hubby la, sebab dia asyik kerja masa Ramadhan ni, even Ahad pun kerja full day. Ni kat kampung baru dapat rehat puas-puas.


Pukul 4, siap-siap nak ke Semerah, hubby nak gunting rambut. Nasib takde orang, kejap aje la. Kemudian, pergi Parit Sulong sebab nak cari perencah Mee Bandung. Nak beli kaftan untuk mak, dengan cari kerepek. Kat sana dah start Pasar Ramadhan, cuma beli masalodeh, popia dengan karipap sardin aje. Seronok sebab kuih dia murah-murah, 4 keping baru RM1.00. Tapi sebab tak ramai orang, tak boleh sesuka hati membeli. Tambah murtabak dengan ayam golek seekor RM16.00.


Kat rumah, mak masak ayam goreng, kangkung rebus, bingka ubi, tomyam ayam. Campur ayam bakar, murtabak, kuih-kuih yang dibeli di PARAM, memang rezeki betul kali ini.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign