Tinta Si Isteri Mekanik: 4 Ramadhan 1431H

15 August 2010

4 Ramadhan 1431H

Aduh, hari lagi teruk dari semalam. Semalam, walaupun sakit, tapi sebab ada kat office maka tak terasa sangat mengantuk dan letihnya.


Bila kat rumah, memang tak boleh buat apa. Melepek aje terbaring. Tak kat depan tv, kat dalam bilik atas katil.


Hubby pergi bengkel pun dia gerak, salam, peluk, cium pun mata tutup. Bukak kejap tengok jam dah pukul 10.00am. Tutup lagi kejap. Bukak balik dah jam 11.00am. Bila tutup dan bukak balik dah pukul 12.00 noon, terus paksa bangun jugak.


Gi living, terbaring kat depan tv. Then my sister called saying she's coming to my house. Ajak dia gi kedai, beli bahan masak. Ada kawan, okay sikit.


Paling kelakar, time puasa kali ni, tak boleh tengok rancangan masakan kat tv. Tak tahan, babe. Tapi kalau kat internet, tak jadi masalah pulak.


Memang sabtu tu banyak tidur aje. Sebab bila bangun, gusi yang bengkak tu acting up. Dari menyampah tak tahan sakit, baik tidur, dapat menjauhkan dosa kecil.


Menu berbuka:
a) Mee hoon goreng - home-made
b) Kuih muih - kuih ketayap dan cucur badak - beli
c) Teh O panas


Menu sahur pulak:
a) Sardin goreng
b) Sawi goreng
c) Nasi panas
d) Nescafe
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign