Tinta Si Isteri Mekanik: 5 Ramadhan 1431H

16 August 2010

5 Ramadhan 1431H

Hari ini paling best sepanjang 5 hari berpuasa. Sebabnya, semua berkumpul di rumah PJ untuk berbuka.


Seronoknya, berbuka ramai-ramai. Tapi sayu hati bila dah tak dapat berbuka setiap hari bersama keluarga. Sejak pindah Shah Alam, dah 2 tahun puasa kat sana (Shah Alam). I miss it. And also kesian kat my mom kena buat seorang. 


Dulu-dulu, kami (me and hubby) akan turun dalam pukul 4.45am. Panaskan nasi, lauk-pauk, buat air, siapkan meja, hidang makanan, kejut adik-adik, then basuh pinggan and kemas dapur. Kira shift sahur tu on us la kan.


Bila balik kerja, kami berdua lepak aje. Adik-adik yang kemas meja, hidang makanan. Paling tidak pun buat air sebab depa suka beli air ais. Kureng sikit la, sejuk, pastu terasa kat tulang belakang. Mak akan masak untuk berbuka dan sahur. Tolong-tolong pun tolong emak aje.


Tapi dah pindah SA, shift sahur ka, shift buka ka, dua-dua pun kena pulun.


Alhamdulillah tahun ni, adik saya take over masak. Bab kemas dan basuh pinggan, pass baton kat adik lelaki saya. Dah tinggal berempat, kenalah buat. Dulu-dulu, akak dan abang (ipar) ada, depa relaks banyak. La ni, kena kerja lebih la ganti masa kami ada.


Oh ye, untuk berbuka kali ini, saya kena masak Nasi Ambeng. Lauk-pauk untuk Nasi Ambeng ni adalah ayam masak kicap, sambal goreng jawa, mee goreng, serunding kelapa dan ikan masin. Makan dengan nasi putih. Ini makanan tradisi Jawa, dan memandangkan saya adalah menantu hantu kepada keluarga Jawa, maka saya macam terror masak masakan ini. Padahal saya adalah terror memakan sahaja.


Sebab banyak proses memasak lauk ni, maka saya agihkan seperti berikut:
- ayam digoreng pada hari sabtu selepas waktu berbuka. Tumis kicap hari Ahad.
- tempe, tahu dan kentang digoreng sebelum ayam sebab ayam lambat masak. Tumis sambal goreng hari Ahad.
- serunding tak buat sebab lenguh nak menggaulnya.
- ikan masin pun tak masuk jugak sebab tak ramai peminat
- mee goreng maak hari Ahad petang.


Boleh tak hari Sabtu tu, ayam kat kedai runcit tinggal seekor sahaja? Harga ayam adalah RM7.10/kg. Takpelah, ambil aje sebab nak tunggu Ahad baru nak goreng time puasa, memang muntah la saya tak tahan dengan bau gorengan tu.


Ahad pagi pergi beli 1 ekor lagi. Harga masih sama. Mula menggoreng jam 2 petang. Kesian jiran-jiran saya terbau gorengan ayam tu. Maafin kakak. Dah habis goreng ayam, terus tumis sambal goreng. Pergh..sedapnya bau. Sekali lagi kepada jiran saya, Maaf Zahir dan Batin.


Relaks sekejap, then pukul 4pm mula tumis ayam kicap. Yang ni sekejap aje, yang lama sebab biar atas api untuk kadar serapan maksimum.


Lepas asar, terus ke PJ. Seperti biasa, kami adalah yang awal. Takpe, boleh chop tempat baring depan tv.


6.45pm baru bangun hidang makanan. Nasib baik dah siap pesan jangan beli apa-apa makanan berat. Kuih pun takde rasanya. Sebab Nana & Umar bawak roti sardin gulung, Ijah goreng karipap. Then kak Linda bawak bubur kacang.


Memang melimpah-limpah rezeki hari Ahad tu.


Ada cerita lawak. Semua dah duduk kat meja. Then abang (sulung) pun tuang air cincau (kot?) ke dalam gelas. Untuk dia la kan. Pastu, boleh dia layan terus suakan ke mulut dan minum? Semua macam terpegun tengok dia buat, then baru ada yang tegur "eh belum azan la". Tergelak semua kecuali anak dia. Fatihah tak perasan papa dia minum sebelum azan and she said this, "Papa ni, azan aje terus minum". Nasib baik cik kak ni tak ikut minum jugak. Adoi memang kena gelak sakan la abang malam tu.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign