Tinta Si Isteri Mekanik: 7 Ramadhan 1431H

18 August 2010

7 Ramadhan 1431H

Hujan rahmat betul hari semalam. Dari Guthrie Expressway dah nampak kawasan rumah awannya berat aje menandakan hujan akan turun. Tapi tak sangka lebat sampai banjir kilat.

Ada sesetengah kawasan akan dinaiki air bila hujan lebat, yang tu memang saya tau. Tapi ada satu kawasan ni, turun bukit kemudian selekoh ke kanan, boleh banjir kilat kat situ. Memang tak perasan pun air naik.

Dah macam tu redah ajelah. Kereta Myvi depan saya jadi panduan. Dalam hati kata, kalau Myvi boleh lepas, sure kereta saya pun okay. Nasib baik dia tak slow down area banjir tu. Steady aje tekan minyak. Tapi jangan la laju sangat, kalau manual gear 1 aje redah air banjir. Make sure air tak masuk ekzos kereta. If auto (macam saya), drive dalam 20 km/j ke 30km/j sahaja. Jangan berhenti di tengah air tu.

Bila dah dekat dengan rumah, tengok longkang besar tu dah jadi macam fountain dah, menari-nari air hujan tu. Memang lebat betul hari tu. Kesian pada peniaga Pasar Ramadhan. Takpe, ada rezeki untuk mereka.

Disebabkan hujan lebat tu, maka tak dapatlah saya ke kedai membeli sayur. Drawer sayur tu dah kosong, tapi nak meredah hujan tu memang bukan Saudah la kan?

Menu apa ek masa berbuka tu?
a) Telur Dadar
b) Rendang ayam yang mak masak-yummeh
c) Teh o panas

Very simple.

Menu sahur:
a) Telur dadar lagi
b) Sambal tempe kacang
c) Nescafe panas.

Dah hari ke-7 saya masih belum ke Pasar Ramadhan, sebabnya takde kawan, ramai orang, malas, malas. Lagipun saya tiba pukul 5pm, tengah panas, malas. Kalau beli, nanti still kena masak jugak untuk sahur. Pastu, malas jugak.

Kali ini saya masak, simple aje. Hubby pun tak kisah, asalkan berbuka makanan berat. Telur ngan kicap pun okay.

Agaknya dah muak kot, sebulan ayah kat hospital, sebulan jugak dia makan nasi kedai.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign