Tinta Si Isteri Mekanik: 9 Ramadhan 1431H

20 August 2010

9 Ramadhan 1431H

Ramadhan kali ini, saya dapati kami berdua agak kurang nafsu makan. Hehe bagus ek, boleh diet.

Tapi serius, waktu berbuka akan dimulakan dengan berdoa. Kemudian 3 biji kurma each. Minum air (plain water) 1 gelas each. Then teguk pulak Teh O barang segelas setiap penghuni rumah. Gelas ketiga terpulang kepada taste masing-masing.

3 gelas air, memang dah mengah. Makan kuih-muih dulu sambil berbual-bual. Dah agak kurang berkocak air dalam usus, baru nak start makan nasi. Tapi banyak manalah nak masuk pun. Nasi boleh lalu satu senduk nasi yang putih ini.

Haha, selamat poket big boss tak perlu menaja pengarah kewangannya berbuka di hotel-hotel besar macam tahun sebelumnya. Tapi memang inilah kenyataannya, lepas berbuka dah takde sesi menyantap lagi.


Hubby pun tak demand menu apa-apa. Cuma kadang-kadang aje dia sebut, most of the time "apa-apa je lah ayang masak", and my answer? "Apa-apa tak jual".  Bila ada idea dan rajin, boleh lah belek-belek sites yang mewah dengan resepi, but time leceh tu yang boring tu.


Menu berbuka:
a) Ikan cencaru goreng
b) Sambal kicap - style johor
c) Kobis masak lemak
d) Daging rendang - beli RM2.00
c) Kuih-muih - pulut panggang, gendang kasturi dan karipap RM2.00/5pcs


Menu sahur:

a) Ikan cencaru goreng
b) Sambal kicap - style johor
c) Kobis masak lemak
d) Telur dadar - hubby yang masak
e) Nescafe panas

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign