Tinta Si Isteri Mekanik: Acik..kami datang nak beraya..

25 September 2010

Acik..kami datang nak beraya..

Budak-budak sekarang, memang berani.

Hari sabtu malam, masa balik dari open house, ada la anak-anak jiran tu jalan dekat parking. Masa saya park kereta dan keluar, depa dok tunggu aje kat depan tu. Ingatkan depa tunggu kawan, rupanya,

"Acik, kejap lagi kami nak beraya rumah acik boleh?".

"Alamak, acik nak keluar kejap lagi. Hari Isnin boleh?"

"Isnin sekolah".

"Malam la, acik pun kerja. Dalam 8.30pm."

"Okay."

"Tau tak mana rumah acik?"

"Tau."

Lawak betul la diorang ni. Isnin tu, tunggu punya tunggu, pukul 9 baru tiba. Rupanya gi ngaji dulu.

5 orang. Semua perempuan.

And kids say the darndest thing.

Mulut semua kecoh.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign