Tinta Si Isteri Mekanik: Beraya di Muar - Raya kedua

22 September 2010

Beraya di Muar - Raya kedua

Dari raya kedua sampai Hari Malaysia kami berada di Muar.  Bertolak jam 9.30pagi terus exit Tangkak sampai ke Air Hitam Batu 18 jam 12.00 tengahari.


Semalam masa hubby call mak, riuh betul sebab ramai yang ada. Kak Jam dari Pontian, Abang Aniran dari Kuantan, Kak Ros dari Hulu Langat dah ada kat rumah dah. Biasanya mereka raya kedua baru balik rumah mak, tahun ni raya pertama dah ada dah.


Bila tiba, tengok 2 famili dah takde. Pergi beraya. Tak tunggu kitorang. Tapi takpe, ada Kak Ros and kembar hubby belum beraya lagi. Selamat sikit.


Sampai aje, borak-borak sikit, terus cakap kat Kak Ros, "Akak, kitorang lapar". Hawau tak? Hehe selamba badak. Terus dia siapkan hidangan atas meja. Kami cuma angkat beg masuk bilik. Duduk kat meja, riangnya hati ada ketupat lagi. Lodeh dah takde tapi rendang ada lagi. Sudah cukup.


Petangnya, takde buat apa sangat. Orang kampung datang Marhaban or Baraan. Raya kedua lelaki, raya ketiga perempuan. Tunggu punya tunggu, sampai jam 4.15pm. Giler lambat, itupun ada banyak rumah tak pergi lagi. Kami selamba TURU, hubby penat drive, pastu kami ada bilik, kipas dari KL, lagi syok tidur.


Malam, pi beraya rumah Kak Long/Abg Hamid. Kat sini lawak, adik Abg Hamid tu rasanya tiap tahun memang jumpa dia kat sana. Boleh masa nak balik tu, dia tanya hubby, "Yang ni orang rumah eh?". Tapi pelan-pelan aje tanya, tapi saya terdengar.


Pastu Abg Hamid tanya hubby kenapa saya KURUS. Haha Gelak Devil la saya. Tapi hubby potong stim dia kata memang kena kurus. Menci ai tau, baru nak feeling-feeling.


Pastu gi rumah Embah-apa-tah. Kat sini lawaknya adalah..kan hubby kembar kan? Boleh Embah tu kata kenapa Abg Rahman (kembar) tu lagi tuek (read:tua) dari hubby? Hubby nampak muda. Bangga giler suamiku, yang Abg Rahman sentap sebab Embah kata dia tua. Dia jawab, "Anak dah dua, memang nampak tua". Gelak besar kitorang masa tu. Hubby cakap, misai ngan janggut dia buat dia nampak tua.


Then singgah rumah Cik Man, adik bapak yang bongsu. Kat situ makan mee sanggul yang baru digoreng. Makan dengan sambal kicap. Marvelous Fantastico. Cik Idah, isterinya Cik Man tu dia kerja buat Mee Sanggul ni. IKS.


Baru habis raya kedua.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign