Tinta Si Isteri Mekanik: Kemalangan dan Kehilangan

18 September 2010

Kemalangan dan Kehilangan

Takziah saya dan Rahim ucapkan kepada keluarga Kak Niza atas kehilangan anak saudaranya, Amirul Fahmi Ashraf atau yang kami dan pembaca blognya kenali sebagai Ap.

Dalam last entry Kak Niza ada menyatakan yang mereka (Pah, Kaklong, Ap, Baby dan Amin) akan bertolak balik ke Saujana Utama pada Syawal ke-6.

Ap akan menghadapi peperiksaan PMRnya namun semua itu hanya menjadi kenangan kerana Ap telah menemui Pencipta-Nya dalam kemalangan yang berlaku di Tanjung Karang.

I received a call from a number I am not familiar with. Dalam pukul 3.20pagi. Some more, telefon kat luar tengah charge. Bila baca sms dari nombor yang tak dikenali tu, rupanya Kak Niza beritahu yang Ap dah takde.

Pah cedera teruk di muka dan tangan. Amin (bapa Kaklong, Ap dan Baby) cedera teruk di muka. Kaklong kena jahit di dahi. Syukur, Baby tak apa-apa.

Semalam, Kak Niza called, beritahu Pah kritikal.

Pagi ni, terima sms, Pah dah tranasfer ke Hospital Ipoh, dengan patah tulang belakang, tangan kiri dan kaki kiri patah. Cedera teruk di muka dan kepala. MRI dilakukan bila di Ipoh kerana takut ada bleeding dalam kepala.

Kaklong pulak, tulang pipinya patah dan akan dibedah pagi ini, tapi di Hospital Teluk Intan.

Friends, doakan semoga mereka semua selamat. Tabahkanlah hati Kak Niza dan keluarganya menghadapi dugaan ini, Ya Allah. Kuatkan mereka, satukan hati mereka Ya Allah.




Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign