Tinta Si Isteri Mekanik: Kemeriahan 1 Syawal

19 September 2010

Kemeriahan 1 Syawal

Tahun ini, kami beraya di PJ dahulu.  Seperti biasa, sesi pembahagian menu masakan dilakukan semasa bulan Ramadhan lagi. Dan macam biasa, saya kena masak lodeh dan juga teringin nak masak sambal goreng. Ketupat daun tak buat tahun ini, sebabnya tauke ketupat tu kerja masa Khamis. Masak ketupat segera aje, dahtu, bila pulak dia nak menganyamnya, pukul berapa pulak nak tenggek atas dapur tu. Kak Linda kena masak rendang dan sambal kacang.

Disebabkan saya pun bekerja hari Khamis tu, maka sesi memasak adalah dilakukan di Shah Alam sahaja. Senang sikit.

Lagipun kami ada jemputan berbuka puasa. Menu berbuka tak perlu difikirkan. Hari Rabu dah bergegas ke kedai beli bahan-bahan lodeh dan sambal goreng.  Sayuran seperti kacang panjang, kobis, carrot, tauhu dan tempe serta fucuk dan suhun. Untuk sambal goreng, kentang, tauhu, tempe, suhun dan fucuk.

Sebelum pergi majlis berbuka tu, dah siap goreng tauhu tempe serta dah tumis lodeh tu, cuma belum masukkan santan aje. Bukan apa, takut cepat basi.

Pagi Raya

Bangun dan terus siapkan air minuman untuk hubby. Then terus mandi dan bersiap sebab nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Memang dari kecil lagi semua kena pergi solat sunat ini kecuali bila uzur. Tak best kalau uzur sebab kena siapkan meja untuk orang balik solat. Kalau semua pergi masjid, balik nanti ramai-ramai siapkan hidang juadah.



Bakal-bakal Haji dan Hajjah

Balik solat, terus ramai-ramai siapkan hidangan dan meja. Cuma Umar dan Nana sahaja takde sebab depa beraya Gombak. Makan-makan dan berborak.

Belum sempat bermaaf-maafan, dah Ayahchik sekeluarga datang. Then tengah makan, Ayahchu and family pulak tiba. Penuh rumah kejap. Sekali tengok, nasi impit dah habis, kena masak pulak.

Kecoh sekejap sebab banyak kerja. Tak kisah, sebab Raya kan. Elok aje mereka balik, terus ambil peluang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Memang ratu air mata saya ni. Bersyukur sebab mak dan ayah dipanjangkan umur untuk bersama-sama menikmati Aidilfitri tahun ini. Baru cakap sikit dah meleleh air mata. Masa dengan emak pun, langsung tak sempat. Pastu ngan abang dan kak linda, then dengan hubby, and Ijah dan Muhammad dan Fatihah.

Muka selepas insaf. :)

Break kejap masa solat Jumaat.  Then petang tu hujan lebat, aktiviti paling menarik adalah TURU.. Abang & family dah gi Gombak, tunggu Umar tak sampai-sampai lagi, maka kami semua bergabung tenaga untuk TURU bersama-sama. Bangun, makan lagi sebab Kak Linda bawak juadah dari Gombak.

Malam, ada lagi sepupu datang. Meriah sangat sebab ayah dah jadi Pakcik paling tua yang masih hidup. Rezeki kami beraya di PJ, dapat jumpa ramai sepupu sedara.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign