Tinta Si Isteri Mekanik: Kluang la pulak

23 September 2010

Kluang la pulak

Pagi-pagi dah siap nak gi Kluang, Felda Ulu Dengar. Kat sini ada adik mak, Cik Mah. Dia tak sihat, lepas buah pinggang dia rosak kedua-dua belah. Campur pulak dengan sesak nafas dia.


Tiba around 10 lebih. Hm..kena tunggu lunch jugak. Cekap juga anak dara tu masak. Sambal goreng, sayur, sardin, sambal bilis cili padi. Sedap.


Balik singgah kejap kat rumah sepupu. Titipkan amanah. Sekejap aje, tak masuk pun sebab sepupu saya kerja, yang ada anak buah aje. Hehe. Lagipun nak ke rumah kakak ipar. Masa tu dah pukul 1, kami nak balik cepat. Next year ye Kak Ruby and Abg Apar.


Masa ni ada GERAM dengan hubby. Dia CALARkan kereta kami. Dah memang tak lepas masa reverse, dia nak cuba jugak. Akibatnya, bercium dengan dindinglah jawabnya. Ingat sikit aje.


Teruskan ke Olak Batu. Kat sini, turun aje kereta, terus tengok mangsa kejadian. Tak kemek cuma calar yang agak ketara. Jeling hubby, tanda geram. Masuk rumah, merajuk ngan dia. Amik bantal, carik port kipas. Panas wooo, ai kan puteri lilin. Hubby pun baring kat sofa. Konon nak tidur la tu. Tapi ngan hubby, buang karan aje merajuk, confirm tak pujuk. Kita yang merajuk, nanti dia yang kena pujuk. Ada faham?


Isteri mistali ni amik bantal kasik kat dia. Dia cakap dia penat. So nak tidur, bukannya merajuk. Iyolah tu. Saya pun sempat tidur sementara kakak ipar tu masak. Makan lagi kat sini. Udang sos, ikan aam pedas, sayur meranti. Sedap.


Terus balik rumah, tapi lalu Parit Sulong. Singgah cari paper tapi takde. Ajak hubby gi kedai-kedai kat situ, dia ok. Cuma bila ajak jalan-jalan dia malas. Terus sentap. Balik terus masuk bilik. Merajuk dan...
Hubby masuk, pujuk-pujuk terus saya tidur. Hubby kata saya pening kepala, cover line.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign