Tinta Si Isteri Mekanik: Menu 31 Ogos 2010

02 September 2010

Menu 31 Ogos 2010

Hari Kemerdekaan saya tak ke mana-mana. Kat rumah tengok tv dan tidur. Sebabnya? Hubby kerja tapi sampai pukul 12 aje.


Amat memahami sebab nanti duit raya I banyakkkkk..hehehe. Ala dah berbisnes sendiri, ada kerja adalah wang masuk. Kalau malas, memang takde la. Dah biasa dah. Dah nak masuk 4 tahun kahwin dan 2 tahun kerja sendiri, hubby memang workaholic. KERJA, KERJA, KERJA.


Anyway, nak cerita tentang buah tangan dari kampung. Bapak ada tanya saya, nak ubi merah atau tak? Saya tanya, masak apa sedap? Rebus pun ok. Dia tahu saya suka ubi rebus makan dengan sambal tumis. Tapi dah petang sangat dah masa dia cabut ubi tu, jadinya mak tak sempat nak masakkan sambal tumis.


Kemudian, kami pi memetik cili padi, daun kunyit dengan daun limau purut dan limau kasturi. Bawak balik Shah Alam.


Lepas berbuka, siap-siap nak bertolak. Sempat hubby picit kaki mak yang sakit. Sakit-sakit kaki pun, tak reti diam mak ni. Ada aje kerja nak buat.


Tengok-tengok dia hulur bekal. Bestnya. Memang hubby ada cakap kat mak, nak tapau nasi dengan lauk, tak payah masak nanti bila tiba.


Bekal yang dia beri:
a) Nasi putih dan beras - untuk hari esok sebab beras dah habis
b) Ayam lemak cili padi
c) Sambal goreng - heaven
d) Mee goreng
e) Apam berinti - bekal dalam kereta


Apam tu tak habis pun. Simpan dalam fridge, sahur kukus balik.


Lauk-lauk tu banyak, buat dua kali makan - sahur dan berbuka.


Beras tu, mintak sikit sebab memang dah habis, kemudian nak shopping barang dapur on Merdeka day.


So dah janji dengan mak nak berbuka dengan mereka masa Merdeka tu. Hubby kopekkan ubi dan rebus terus. Saya masak sambal tumis ikan bilis. Apam ada lagi. Then tengok nasi sejuk banyak. Terus buat nasi goreng. Siap call mak cakap jangan masak apa-apa sebab nasi goreng, ubi rebus, apam tu banyak.


So menu Merdeka adalah:
a) Nasi goreng bilis udang telur
b) Ubi rebus
c) Sambal tumis bilis
d) Apam berinti.


Alhamdulillah, semua habis.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign