Tinta Si Isteri Mekanik: Raya Ketiga di Batu Pahat

23 September 2010

Raya Ketiga di Batu Pahat

Berkonvoi dengan makcu. Dia dah kat Parit Jawa, kami masih belum siap apa-apa lagi. Dahlah hubby pi pasar Parit Jawa tu belum balik. Cuak seii takut tak sempat catch up ngan makcu.


Hubby balik saya dah siap mandi, gosok baju dan make-up. Then bertolak dan terus ke Batu Pahat. Ikut jalan Kg Sarang Buaya, Semerah then Batu Pahat. Sekali tengok, kami tiba dulu. Sebabnya, banyak kereta, tapi tak jam sangat.


Kami pergi beberapa buah rumah. Saya wakil ayah dengan mak sebab mereka tak balik nak ziarah.


Rumah pertama adalah rumah Pak Long Aman. Kat sana ada Tok Ngah, adik-beradik Tok Mak (bonda mak). Memang setiap tahun rumah wajib pergi. Tapi Tok Ngah pun dah tak berapa sihat, dah banyak lupa. Tambah lagi memang pendengaran dah kurang, bila cakap macam kena jerit-jerit gitu. Nak balik, bila bersalam aje, sure menangis. Cakap kejap sangatla, apala. Tapi saya selalu cakap, kalau nangis tak mau datang lagi. Macam kejam tapi sebenarnya, kalau dia nangis, saya pun join jugak.


Then ke rumah Arwah Pak Wahid/Cik Sarah. Jenguk dia membawa pesanan mak. Alhadulillah, nampak dia bertambah baik, dah boleh cerita tentang arwah dengan tenang. 


Pastu ke rumah Cik Molly/Cik Din, anak Tok Ngah. Kat situ lunch. Asam pedas ayam kampung. Sedap. Nasib baik pakai Premium Beautiful, dapat control sikit intake. Kuih pun sedap, nasi pun tambah.


Lepas Taman Pelangi, Jalan Parit Besar, pergi singgah pulak rumah Tok Uda/Mak Tok kat Simpang Lima, Peserai. Ini adik Tok Bak, ayah kepada mak saya. Kat sini pun kuih dia sedap. :). Tok Uda ni pandai masak tau. Memang masak waktu kenduri.


Dah habis Batu Pahat, tibalah masa ke Parit Belukar Cina, Air Hitam. Masa tu dah pukul 4 lebih. Marhaban belum tiba lagi. Mak dan kakak ipar/biras kelam kabut masak. Asam pedas ikan, sayur goreng, ayam goreng. Simple tapi buatkan saya meratah lauk. Nak makan nasi, tapi dah sendat dah perut ni.


Malam beraya kat Muar aje. Pergi rumah Nyayi (belah mak) then ke rumah sedara-tak-tahu-nak-kaitkan. Kejap aje sebab kena drive, then sakit kepala pulak sampai kena telan paracetamol. Agaknya kurang minum air kosong, plus panas kat sana masa tu. Terus tidur.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign