Saturday, November 27

Resepi : Mee Bandung Muar

Setiap kali balik ke Muar, saya takkan lepaskan peluang untuk membeli perencah Adami. Bukan kat sini takde, ada aje kat Tesco tu, tapi harganya berbeza. Jadi bila balik Muar aje, terus borong. Untuk 4 buah rumah iaitu Rumah PJ (parents), Rumah KL (Abang), Rumah Shah Alam (our house) dan Rumah Putrajaya (Umar).

Bila kemas-kemas kat drawer perencah, rupanya ada beberapa bungkus perencah Mee Bandung Muar ni. Kebetulan pagi ni nak breakfast kat warung kegemaran kami, terus beli bahan untuk masak Mee Bandung ni.

Resepi ada tertera di belakang perencah ni, tapi saya ternampak Encik Mat Gebu ada buat penambahan pada resepi ni. Sebab dah biasa sangat masak cara perencah tu, maka saya pun tiru lah Mee Bandung Muar DTS ni.

Saya tiru dan tampal terus kat sini ajelah.

Mee Bandung Muar

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.
Tapi saya tak buat yang rebus kulit udang tu, yang lain-lain saya ikut betul-betul. Rasa lebih sedap dengan cara ini. Cubalah.
Bye,
© Premium Beautiful Saudah Salleh | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™