Tinta Si Isteri Mekanik: January 2010

29 January 2010

*Updated* Sharing the good news..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
Pregnant? Insyaallah..

Tapi rezeki yang itu belum dikurniakan Allah.

Yang saya maksudkan adalah...


BONUS Premium Beautiful saya..*gambar akan disertakan kemudian*.

Walaupun tak banyak tapi berbaloi-baloi..

Semangat saya..


So uolls taknak join saya ke? Dah terbukti boleh punya.

My team akan bimbing anda. Kami bukan Touch & Go.

My upline, Fazi sangat awesome. selalu ajak saya ke kelas, she's willing to teman me to jumpa prospek. And she's currently is in JOHOR.. yes, johor. Boleh turun ke KL to help her business partner.
Cool kan?

So, call me 0178802541 or email saudahsalleh@gmail.com . I'll be happy to meet u.

And i'll have a good reason to relax myself at any shopping malls. Sebab saya tak rajin nak ke sana if takde pape.

Wait no more darlings..


Look what Premium Beautiful can do to you.

FAZI BEFORE



















and AFTER




















27 January 2010

Again PD

Pergi sekali lagi ke PD. Alhamdulillah semua dah selesai, tinggal tunggu duit masuk aje. Hari ini sedikit santai sebab pergi awal (9.00am), selesai semua dalam pukul 12.00. Jadi bawak kereta sedikit santai.

Pergi balik ikut ELITE (Shah Alam - KLIA), then KLIA -  Sepang. Kemudian ikut pulak Sepang - Lukut. Lalulah kawasan JE dulu, Bukit Pelandok. Hari ini banyak kenderaan berat, jadi agak lambat berbanding semalam. Still, pemanduan berhemah walaupun sometimes pecut jugak. Tak banyak kereta, cuak ooo.

Tapi jarak perjalanan ikut jalan lama ni cuma lebih kurang 100km sejam perjalanan, tol cuma RM 6.20. Kalau ikut ELITE - PLUS exit PD, then ikut PD-Seremban Highway, jauh + bohsan + tol mahal. (RM 10.70 + RM 3.20). Masa pun sejam setengah. pastu boring lak ikut highway. Senang ngantuk.

Apa-apapun, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah, kerana memudahkan urusanku pada hari ini.





26 January 2010

Off to Port Dickson

Nope..bukan untuk bersuka riiia..

Work, baby

W  O  R  K.

Going to JKR PD. Anybody wanna meet me?


;)





25 January 2010

Panas....

For New Entry, please scroll down. Sticky post here..




Oh boy...

Memang macam pisang panas..

Baru join, barang sold 6..! Hebat sungguh Kak Saudah.. Congrats kak..! You can do it..! A few more to go and she's done..! Alhamdulillah..

For those who are in Shah Alam, Damansara Damai, PJ, Kota Damansara, Sungai Buloh.. You can now get Premium Beautiful and Bio Aura now..! Don't hesitate to call Saudah 017 - 880 2541.. ask her anything.. she'd be happy to answer your questions..!

Quick..! While the stocks last..!
source: fazi


Yup, i joined the business end of last year.

I sold my 6 PB even before i get the stock. Easy peasy to sell. Took the PBs and pass it to the buyer. Now only have to collect the money.

So, if u r interested in the products or the business, give me a call and we'll meet. Potential buyers are ready, stocks aje takde..

0178802541 or saudahsalleh@gmail.com.

p/s: Barang baik memang senang nak jual.. insyaAllah..

22 January 2010

Keeping up with the Kardashians



Saya suka tengok siri ini walaupun kadang-kadang rasa hm...a bit weird dgn gelagat minah salleh ini.

Tapi yang saya suka dengan famili ini adalah sifat kekeluargaan mereka. Apa-apa pun Family First. Itu yang penting.

Dan Khloe telah membuatkan saya terharu apabila melihat suaminya, Lamar menangis apabila best man aka pengapitnya memberikan satu ucapan yang very sweet, yang menyentuh hati Lamar dan juga saya. Anak yatim piatu berkulit gelap boleh bersahabat baik dengan anak mat salleh berkulit putih. I think she made good choice memilih Lamar sebagai suaminya walaupun tak lama mengenalinya.

And she looked gorgeous wearing her wedding dress. Simple dress, but it accentuates her beauty. Simpek is better for Khloe.

And i love to watch her 2 sisters tu jugak. Tapi i really like it when Kim tak cuba mencuri sinar dari kakaknya si pengantin. Very low-keyed make-up, dressing, attitude. Memberikan sinar tumpuan kepada pengantin.

Oooo dan Kortney sangat chomel walaupun mengandung (i don't like Scott though). And poor Robbie..

Such a sweet and happy couple!
 



Berjaya..

menjahit manik pada uniform office saya.

Di sini, dalam 2-3 tahun sekali, semua staf wanita akan dapat kain pasang untuk dibuat uniform. Selalu tukar-tukar kain dan corak la. Bukan sama pesen aje setiap kali.

Ada satu baju saya kureng sikit tapi alhamdulillah bila dah jadi baju, ada sikit value wearable la..(hantam sajala). Konon-konon untuk mencantikkan baju itu, saya tambahkan manik yang dijahit secara tabur. Senang jugak, tapi:

a) Lenguh tengkuk asyik menunduk aje. Lepas ni kalau menjahit, duduk atas sofa dan sandar elok-elok agar tengkuk tidak merana.
b) Mata ada sikit juling nak mengagak jarak dan corak. Tambah lagi ada ekstra mata, lagi la jenuh.
c) Jahitan bahagian dalam sangat bercelaru. Kena belajar macam mana nak kurangkan kecacatan itu.

Nanti saya upload gambar. Saya banyak belajar dari che' sue ni. Mudah difahami dan diikuti.



21 January 2010

The Show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone I've tried
And I don't know why

Slow it down
Make it stop
Or else my heart is going to pop
Cause it's too much
Yeah it's a lot
To be something I'm not

I'm a fool
Out of love
Cause I just can't get enough

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I don't know where to go
Can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

The sun is hot
In the sky
Just like a giant spotlight
The people follow the sign
And synchronize in time

It's a joke
Nobody knows
They've got a ticket to that show
Yeah

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go
Can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

Just enjoy the show

I'm just a little bit caught in the middle
Life is a maze and love is a riddle
I dont know where to go
Can't do it alone I've tried
And I don't know why

I'm just a little girl lost in the moment
I'm so scared but I don't show it
I can't figure it out
It's bringing me down I know
I've got to let it go
And just enjoy the show

Dum de dum
Dudum de dum

Just enjoy the show

Dum de dum
Dudum de dum

Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

STROKE:Remember the 1st Three Letters....S.T.R.

STROKE IDENTIFICATION:

During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine (they offered to call paramedics) .she said she had just tripped over a brick because of her new shoes.

They got her cleaned up and got her a new plate of food. While she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening

Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She had suffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die. they end up in a helpless, hopeless condition instead.

It only takes a minute to read this...

A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.

RECOGNIZING A STROKE

Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn!

Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.

Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions:

S *Ask the individual to SMILE.
T *Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently)
(i.e. It is sunny out today.)
R *Ask him or her to RAISE BOTH ARMS.

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergency numberimmediately and describe the symptoms to the dispatcher.

New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue

NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' out his tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other, that is also an indication of a stroke.


20 January 2010

Hanya satu panggilan RM3,511 hilang sekelip mata

Friends, please be careful. There are so many culprits and brilliant ways to cheat ur hard-earned kaching..


KUALA LUMPUR: Bermodalkan suara lunak di gagang telefon, beberapa ahli sindiket penipuan profesional kad kredit dikesan ‘menyedut’ wang orang ramai dengan hanya menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia.

Sindiket penipuan profesional berkenaan didakwa hanya perlu meyakinkan mangsa menyerahkan nombor siri kad kredit sebelum wang mangsa lesap dalam tempoh beberapa minit.

Dalam beberapa kes, suspek menyamar sebagai pegawai Jabatan Siasatan Penipuan Kad Kredit Bank Negara yang sedang melakukan intipan dan operasi membongkar individu yang melakukan penipuan.

Kejadian terbaru pada 11 Januari lalu membabitkan seorang kerani bernama Low, 40, yang dihubungi suspek yang kononnya menjalankan siasatan, kira-kira jam 8.45 malam.

Lelaki terbabit bertanya sama ada mangsa ada membuat pembelian barang kemas di premis menjual barang kemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mangsa yang curiga dengan identiti lelaki berkenaan bagaimanapun menafikan sebelum meletakkan telefon itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa menerima pula panggilan telefon daripada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Bank Negara.

Dengan nada tegas dan meyakinkan, suspek mendakwa mangsa diperdaya pihak tertentu dengan menggunakan kad kredit palsu dengan nombor kad kredit miliknya.

Lakonan hebat itu menyebabkan mangsa yakin dakwaan berkenaan selepas suspek memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenal pasti suspek yang menyamar itu.

Suspek berpura-pura membacakan nombor kod kad kredit mangsa bagi tujuan penyemakan sebelum meminta mangsa mengesahkan nombor rahsia kad kredit.

Pada masa sama, suspek mengarah mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik bagi menyemak 16 digit nombor kad kreditnya secepat mungkin.

Malah, suspek turut menyuruh mangsa menukar nombor pin kad kredit miliknya itu bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, mangsa mula curiga menghubungi pihak bank bagi penyemakan baki akaun penggunaan kad kreditnya.

Namun, agak terlambat apabila suspek terlebih dulu mengeluarkan wang RM3,511.22 tanpa disedari mangsa.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Danau Kota.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong berkata, kes penipuan terbaru itu kedua selepas seorang jurutera berusia 40-an turut diperdaya sindiket membabitkan kerugian RM40,000.



Ungu..

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau ku selalu milikmu
Yang mencintaimu sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang meyakiniku
Kau tercipta untukku meski waktu akan mampu memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau ku selalu milikmu
Yang mencintaimu

19 January 2010

Matlamat Tahun 2010

Saya rasa jika saya menulis ianya sebagai Azam 2010, ianya akan basi tanpa sebarang tindakan. Ini kerana saya merasakan ianya sesuatu yang telah lapuk dan ditelan dek zaman. Maka, saya telah menukarkan ia menjadi matlamat jangka sederhana saya.

Matlamat tahun ini. Kami berdua akan cuba sedaya upaya untuk HAMIL. hehe kelakar pulak bunyinya. Tapi, serius. Ini bukan main-main, ini betul betul, kata pendekar mustar.

Tambah lagi tahun ini tahun harimau.

The Tiger

The Tiger is one of the most beautiful creatures on the planet, and is feared and revered in equal measure. It features in many Asian cultures as a manifestation of courage, power, passion and royalty. In Feng Shui, it is one of the four celestial animals where it takes its place as the White Tiger. The other three celestial animals are the Green Dragon, Red Phoenix and Black Tortoise. The Tiger symbolizes the female Yin energy as opposed to the Yang male energy of the dragon. Ancient Chinese believe that the markings on the forehead of tigers resemble the Chinese character for "Wang", or King. In Imperial China, where the dragon is the insignia of the emperors, the tiger is the military emblem of the highest supreme commanders of the army symbolizing fearlessness and victory. The Tiger also represents earth, while the dragon represents Heaven. The powerful and stealth prowess of the Tiger inspire the martial art movements of many Kung-Fu masters.




The Sign of the Tiger

Courageous, active, and self-assured. Optimistic, passionate and independent. Rebellious, dynamic, and unpredictable. Quick tempered but considerate. Affectionate but careless. The Tiger is a natural born leader and symbolizes power, passion and daring.

People born in the Year of the Tiger are generally well liked because of their charming personalities. Often, failing at a given task or being unproductive in his personal or professional life can cause a Tiger to experience a deep depression. Criticism from loved ones can also generate this type of Tiger reaction.

Tigers are fond of competitions. They simply cannot pass up a challenge. They may appear cool and are unpredictable, and it would be unwise to underestimate their reactions. Natural leaders, they have a strong sense of their own dignity. They are intelligent, alert, and farsighted. Good strategists and tacticians, they often have a hidden agenda. As long as they do not risk their luck too often, and keep their restless nature under control, they will enjoy success and happiness.

People born in the Year of the Tiger are straightforward and uninhibited in nature. They will never give up no matter how frustrated they may become. But, they are also full of suspicion and sometimes will take hasty action.

They must be aware of how they react to and are affected by the consequences of their tempers. They should take it a little easier and learn to pace themselves to keep active longer and to prevent early burnout. They are blessed with flexibility and often recover quickly from illness or pain.

Some people born in the Year of the Tiger are gentle and full of sympathy. They are kind, love babies and anything that arouses their imagination. Others can be stubborn and selfish. Generally speaking, people born in the Year of the Tiger are fond of playing, and full of enthusiasm and sentiment. Some are mercurial. They can laugh happily one moment, and cry the next. They will be optimistic, but at the next they will lose their heart totally.

People born in the Year of the Tiger take pride in being different than others, and generally illustrate their originality best in their homes. Their homes are usually filled with exotic treasures. They are fast learners, need challenge and often work alone. Some tend to change careers more often because they get bored easily. They are natural born leaders and perform best if working towards positions of power and influence. They like to spend money, and also to share it. They can be quite impulsive spenders because they know they can always make more.

It is interesting that their two main features are rashness and hesitation, a pair of contradictions. If they know how to relax and do things according to the situation, they can become quite successful.



Insyaallah..

18 January 2010

Celebration..lagi

My husband wanted to eat Mee Kari..again.

I am not fond of this dish, but as my husband rarely demandrequest anything, it makes it hard even harder to deny the "mengidam".

But who's gonna eat the noodles? I am not fond of any type of mee kuah. tak tau kenapa. Nak-nak lagi mee kuning.

Last resort, invite my family because they like to eat. period.

Then, apa nak makan ni? Ask my sis to cook fettucine with white sauce. Yummeh dear. Selalu kalau teringin nak makan ni, sure mintak dia yg masak eventhough saya boleh masak. She likes to cook western dishes whereas i like malaysian cuisine.

Small celebration for Jan Baby's - Me and My Husband.

Price: Priceless

15 January 2010

Be Careful Drivers..2

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!


Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma
sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau
di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan
nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong
menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan
malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat
Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus
hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya,
telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas
cermin tu dengan sebati dan sekata lagi....

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar
dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3
orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan
dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang
serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa,
aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver
dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang
gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi
isyaratnya...

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan
telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya.
Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak
anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku
kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;
2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen
minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan
orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan
Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan
jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada
kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih
proaktif dan berkesan.





ALERT: NEW CRIMINAL TACTIC BY INDIAN GANG ( Very Urgent )
‎Please be careful.!!!!

For your information. ( Very Urgent )

If you see a guy (especially Indian) who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your
window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Sha h Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).

These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you.. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care about.

Dr Jeyashree Srinivasan
Island Hospital
Tel:+6012-4308125

14 January 2010

Be Careful Drivers..1

I received this article from email.

Reminder for me and forwarded to all of you.

General rule when driving : ALWAYS STAY ALERT ESPECIALLY WHEN DRIVING ALONE.

Reminder to myself: Jgn Bukak Lagu Kuat-Kuat sgt, nanti dok sibuk nyanyi, tak perasan sekeliling..Tingkap pun bukak seinci aje and bila tiba kat traffic light, wind up terus tingkap tu..pasang aircond.

ALSO DON'T FORGET TO LOCK YOUR DOOR!


MELAKA: “Saya terperanjat apabila lelaki itu tiba-tiba menerpa ke dalam kereta sebelum terus memandu kerana enjin tidak dimatikan ketika ayah turun melihat kerosakan akibat dilanggar dari belakang.

“Badan saya menggigil dan dalam keadaan kelam-kabut itu terpaksa menjerit sekuat hati serta menumbuk bahu lelaki terbabit berkali-kali sebelum menyuruhnya berhenti,” kata pelajar wanita Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Norfadzilah Nazirah Ghazali, 18, ketika menceritakan detik cemas terselamat selepas beberapa minit dilarikan seorang daripada tiga penjenayah yang menyamun Toyota Wish dipandu bapanya, kira-kira jam 6.40 pagi semalam di depan Ozana Resort di sini.

Menurutnya, lelaki berusia 30-an itu dipercayai tidak menyedari dia duduk di bahagian belakang sebelum terkejut mendengar jeritannya lalu cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, katanya, dia dapat merampas semula telefon itu selepas bergelut dan memukul bahu lelaki terbabit yang turut menjerit dan mengarahkannya supaya terjun dari kereta.
“Tergamam dengan tindakan lelaki itu, saya nekad terjun keluar apabila lelaki itu memperlahankan kereta dan menyuruh saya terjun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Duyung, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia trauma kerana berlaku pada hari ulang tahun kelahirannya dan sedang menduduki peperiksaan akhir semesta pertama di Kuim, Kuala Sungai Baru.


Sementara itu, bapanya, Ghazali Md Tion,44, kakitangan Petronas berkata, dia menyedari sebuah kereta mengekori rapat kenderaannya ketika memandu di Jalan Bukit Katil berhampiran simpang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun tidak mengesyaki apa-apa.

“Kali pertama saya rasa seperti kereta dilanggar tetapi tidak berhenti kerana was-was. Saya meneruskan perjalanan dan sebaik tiba di depan Ozana Resort Bukit Katil, sekali lagi terasa kereta dilanggar tetapi lebih kuat.

“Saya berhenti untuk memeriksa kereta dan berbincang dengan pemandu Proton Wira dengan nombor pendaftaran MAU 3632 sebelum lelaki terbabit meminta saya membuat laporan polis atau menyelesaikan masalah itu di tempat kejadian sebelum dia terus meluru masuk dalam kereta dan memandu serta melarikan anak perempuan saya.

“Saya terkejut dan cuba mengejar sebelum tersungkur dan luka di tangan dan muka,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan kesakitan, dia cuba mengejar dan menjerit memanggil nama anaknya manakala Proton Wira yang dinaiki dua lelaki itu turut mengikut rakan mereka yang melarikan keretanya yang baru dibeli kira-kira 10 bulan lalu.

“Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak cedera. Hanya Allah tahu betapa bimbang saya apabila melihat anak perempuan saya dilarikan.

“Macam-macam perkara buruk terlintas dalam fikiran ketika itu dan saya tidak kisah hilang kereta kerana lebih penting nyawa anak saya selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka.

Dia membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh berhubung kejadian itu.





Kes saman Eye On Malaysia 8 Februari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 8 Februari ini untuk perbicaraan kes saman syarikat Belgium, Fitraco NV, terhadap Eye on Malaysia (EOM) Sdn Bhd dan satu lagi syarikat berhubung kegagalan syarikat pengendali roda gergasi itu menjelaskan hutang RM17 juta.

Hakim Anantham Kasinather membuat keputusan ketika kes dipanggil untuk pengurusan semalam.

Beliau memerintahkan kedua-dua pihak bertukar dokumen membabitkan afidavit dan hujahan sebelum perbicaraan bermula.

Pada 15 September lalu, Fitraco NV, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas gagal melunaskan hutang bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

MST adalah syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk roda Eye On Malaysia pada 2006 sempena Tahun Melawat Malaysia pada 2007.

Roda itu dipindahkan dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur ke muara Sungai Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.

Pada 26 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Fitraco NV untuk mengambil balik buaian pusing terbesar di Asia Tenggara itu daripada EOM.

Mahkamah turut membenarkan permohonan injuksi oleh Fitraco NV bagi menghalang MST daripada menjual roda gergasi berkenaan kepada EOM dan pada masa sama membenarkan Fitraco NV memasuki tapak kawasan itu serta mengambil alih pengurusan sedia ada.

13 January 2010

Book Lovers, Mark Your Calendar

Tak sabar nak tunggu INI

kemudian ada Karnival Karangkraf from 29.01.10 to 31.01.10 (if i'm not mistaken).

then ada lagi Pesta Buku Antarabangsa...

Fuhh, kurang-kurang RM150 each..RM 450.00 erk..

Sayang, boleh sponsor?


08 January 2010

Tiga sahaja..

Sekadar menyampaikan. ……

Pesanan terbaik dari seorang rakan….


Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.


Pertama

kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga

surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang.

Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.



Pertama, kekuatan minda



Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.



Kedua, kekuatan hati



Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..



Ketiga, kuat fizikal



Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra’…..!



Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…


Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.



Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.



Wassalam

Karangan

Semasa saya di menengah tinggi, ada satu matapelajaran yang saya kurang minat iaitu Karangan Bahasa Melayu. Saya cukup tertekan apabila ada homework karangan. Ini kerana saya kurang mahir dalam membina ayat-ayat yang menarik, ala-ala cerpen gitu.

Apabila diberikan topik, idea atau isi kandungan memang senang keluar. Maknanya, jika saya pandai mengarang, sudah tentu karangan saya boleh dibanggakan. Tetapi, isi sahaja tidak cukup. Perlu ada pendahuluan, isi kandungan dan penutup atau kesimpulan.

Saya tahu formatnya, tahu juga isi dan point-point penting, malah boleh memberikan contoh-contoh yang relevan. Tetapi, saya masih lemah bab karang-mengarang.

Lenggok bahasa saya seperti di tahap SRP, iaitu di tahap remaja hingusan di bawah 15 tahun. Ye, mak batch last ambil SRP yang kemudiannya ditukar kepada PMR. Cikgu bahasa saya di Tingkatan 5, Cikgu Sharifah selalu mengingatkan kami untuk banyak membaca. Iya cikgu, saya patuhi pesanan cikgu. Saya baca. Banyak membaca, sampaikan masa makan pun saya memegang buku di tangan kiri, mata memandang buku dan tangan kanan menyuap makanan ke mulut. Sangat terror sebab tak tersuap ke hidung. Tapi saya masih kurang dalam mengarang.

Kurang di sini bukan bermakna lemah, cuma apabila saya membaca kembali karangan saya itu, rasa terlalu kebudak-budakan. Sangat-sangat. Seperti bukan pelajar yang bakal mengambil Kertas 2 Bahasa Malaysia untuk SPM.

Tetapi, yang peliknya, untuk bahasa inggeris, ok pulak. Sampai penat nak menulis, samapi tulisan dah macam tulisan doktor. Tetapi itu mungkin kerana saya tak baca balik apa yang saya tulis.

Saya selalu mengelat menghantar buku karangan saya. Cikgu Sharifah memang baik. Dia ajar saya 2 subjek, Geografi dan BM. Untuk Geografi, terror pulak saya mengarang. Mungkin kerana ia berdasarkan fakta, jadi mudah saya untuk menggoreng ayat-ayat.

Mungkin kerana tak berminat, saya ambil perakaunan sebagai haluan. Tak payah perah otak mengarang dan merekacipta hasil karya yang menarik. Cuma perah otak sikit jer bila akaun tak balance 5 sen aje.

Saya suka membaca karangan M-I-O, kak LG, kak principal (sekadar beberapa nama). Sangat menarik dan membuat saya tertunggu-tunggu karangan terbaru mereka.


Doa ketika STRESS



07 January 2010

Doa untuk memudahkan sebarang urusan

Ya Allah, 

tidak ada kemudahan 
kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, 

Engkau menjadikan kedukaan itu mudah 
sekiranya Engkau kehendaki.


Doa Supaya Allah Mencukupkan Keperluan Diri dan Keluarga




i could not ask for more

Lying here with you
Listening to the rain
Smiling just to see the smile upon your face

These are the moments I thank God that I'm alive
These are the moments I'll remember all my life

I found all I've waited for
And I could not ask for more

Looking in your eyes
Seeing all I need
Everything you are is everything to me

These are the moments
I know heaven must exist
These are the moments
I know all I need is this
I have all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than this time together
I could not ask for more than this time with you
Every prayer has been answered
Every dream I have's come true

And right here in this moment is right where I'm meant to be
Here with you here with me

These are the moments I thank God that I'm alive
These are the moments I'll remember all my life
I've got all I've waited for
And I could not ask for more

I could not ask for more than the love you give me
'Coz it's all I've waited for
And I could not ask for more
I could not ask for more

06 January 2010

Live...

Celebrating hubby's big day..

oleh kerana diriku ini hanya pekerja dan dia bos, maka setaraflah makan malam kami aka celebration kami..

Now we are at Pizza Hut Kota Damansara, tgh tunggu order.

Lambat..nak kata ramai, dah lepas dinner time @ 8.00pm.

Ha..baru tiba our order.

Carbonara fettucine, garlic bread, cheese chicken ball.. ala carte semua sebab burfday boy tak mau pizza..

so we are going to enjoy our dinner.

*updated*

carbonara - ok sebab sauce sedap, portion sikit, no shitake mushroom eventhough it is in the ingredient. score 6/10 by me. hubby bagi 8/10.

garlic bread - the best so far. a bit keras sebab dia hantar lewat. score 8/10. hubby kasi 5/10 sebab dia kurang minat pada garlic. lorr sayang, dah nama garlic bread.

chicken cheese ball - sungguh menyesal order. MASIN SANGAT. Kami order Meatball tapi dah habis, so tukar ke ayam. TAK KENA LANGSUNG. score 2/10. hubby kasi 3/10. dia pun tak suka walhal dia makan apa sahaja, tak kisah.


toddles.

For His Twins Also..

Happy burfday abg rahman..

*p/s: couldn't find recent pictures of them.

ni masa kami tunang dulu..



cuba teka mana hubby saya?


Sayang,




Selamat Hari Lahir.

Semoga rezeki sayang akan bertambah dan bisnes semakin maju tanpa dugaan besar.

Semoga jodoh kita kuat sehingga ke alam fana.

Semoga kita dirahmati dan dikurniakan kebahagiaan sehingga nafas terakhir.

Semoga kita diberi nikmat kesihatan agar kita dapat bersama-sama tunaikan rukun islam yang kelima seperti yang kita targetkan.

Semoga yang terbaik untuk kita dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.




I can't beat the gift you gave me, i only have ..

.

.

.

.

.

.








My Nose is BLOCKED

plus headache some more...Aiyoh..

After lunch, will go to auditors office..yeay

i wanna have a break @ KFC..




05 January 2010

Family Celebration

After a tiring event, we went back to my parent's house. we would call it rumah PJ as it is in Petaling Jaya. My siblings went to fetch my husband as HE HAD TO WORK ON MY BURFDAY. at first, i was pissed off when he had to cancelled the plan, but after he gave me this, how could i be mad at him? hehe..

So they bought Sate Hj Samuri and KFC, enough for 11 pax as my aunt (Uteh) was with us. LAst-last hanya Saudah&Rahim, mak, ayah, ijah and mat aje. plus Uteh baru bangun tidur. And Umar&Nana baru balik after 10.30pm.

Sedih, but no problemo dude..

The CELEBRATION Is STILL ON.


Motif: ank tunjuk ini.



Celebrating in Style

on my burfday, i receive 3 wedding invitation.

But manage to attend only 2. huhu

The grandest affair was at Dewan Perdana Felda. Served lunch, lovely dewan and gorgeous bride and groom.

And Jamal Abdillah sang for me..hehe no lah, he entertained the crowd that day. it seems that the whole family likes him. And he sang Gadis Melayu..

And for dessert, we were served brownies with vanilla ice-cream. yummmmmmeh..
My niece told me "Angah, burfday Angah dia kasik kek kecik je". *smile*

Pictures?


Nada..

Too letih as i had bouts of muntah session before.

Oh, dejah ada amik piccas. But knowing her, berkurun la..


02 January 2010

It's My Birthday..

Happy burfday to me..

Happy burfday to me..

Happy burfday to me..

Happy burfday to me..


*Big Smile on my Face*..



I received the best burfday gift this year..

Hubby really surprise me..

Totally surprised..

2 hours before my day, he bought me

.

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.



.






A W E S O M E!




01 January 2010

Welcome New Year..

First day of 2010..

Kami SHOPPING LANGSIR..

Untuk Satu rumah..


B I G S M I L E O N M Y F A C E!



Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign