Tinta Si Isteri Mekanik: February 2010

26 February 2010

Cahaya Selawat

Artist: Raihan


Song Category: Nasyid

Ya nabi salam alaika

Ya rasul salam alaika

Ya habib salam alaika

Solawatullah alaika



Ya rasul kau bawa cahaya

Menyinari alam buana

Bumi tandus

Subur kembali

Rasa gembira di hati



Lahirmu membawa rahmat

Memimpin ke jalan selamat

Akhlakmu yang sungguh memikat

Contoh buat seluruh umat



Mulianya pengorbananmu

Kebaikan yang kau seru



Biarpun halangan menimpa

Namun dirimu tetap tabah



Ya Muhammad yang berjasa

Quran dan sunnahlah pusaka

Menjadi panduan manusia

Untuk hidup aman sentosa
 
 
 
Bye,

25 February 2010

Es tee ar ee aa em wai eks, bunyinya apa?

Leceh dan Lambat.

Geram sangat. Kronologi peristiwa adalah seperti berikut:

a) 25 Jan - Streamyx didaftarkan di TM oleh agent.

b) 30 Jan - Ambil modem dari agent TM.

c) 04 Feb - Call 100 - ADSL tak menyala. Dinasihatkan hire installer (RM88.00)

d) 05 Feb - Installer datang - mslh pada line telefon looping. Berjanji akan dtg esok untuk settle ADSL.

e) 06 Feb - Installer tak datang

f) 17 Feb - Call 100 semula sebab ADSL masih tak menyala.

g) 18 Feb - Juruteknik TM datang check line - internal wiring

h) 19 Feb - Buat wiring baru - RM 60.00

g) Dari 19 Feb hingga 23 Feb, setiap malam saya call untuk tanya update dan installer. Installer dah tak angkat call. Tapi TM masih tanya soalan yang sama iaitu "Internal Wiring puan masih bermasalah ye?". Padahal, 19 Feb tu dah call bagitau wiring dah buat baru. Sampai kena jerit minah tu. "Uolls tak update sistem ke? Saya dah call tiap malam sampai hari ini, soalan internal wiring tu jugak yang ditanya. Kan saya dah cakap, wiring dah baru". Baru la nak call Installation Dept tanya kenapa installer (Ramesh) tak datang and entertain our calls. Semalam memang tahap gaban dah keharimauan saya. Syukur, Installation Dept Officer Mr Surendesh tu promise untuk settlekan hal ini. Dia janji akan hantar installer untuk check and setup.modem and everything.

h) 25 Feb - barula installer Ramesh tu datang. Dah dapat internet dari rumah.

Alhamdulillah, dah settle masalah streamyx ni. Tapi tu la, banyak dosa saya buat.

To TM Customer Service, thank you for helping me in solving the problem. I am deeply sorry for the harsh words i used.

Nak tau problem dia apa?

TM and installer kata Port + Jumper.

Membazir haku punya RM 88.00. Bukan sebab tak reti install, tapi sebab TM jugak yang tak check jumper and port betul-betul.

GERAM!


Bye,

Bangun...bangun....

Sekarang ni agak liat nak bangun pagi. Sebab utamanya, matahari lambat naik. Syuruk jam hampir 7.30am. Jam 6.55am masih gelap lagi.

Saya rabun, jadi tak nampak jam di dinding. Makanya, selagi hubby tak bangun or kejut, saya akan meneruskan aktiviti nikmat di pagi hari.

Jadi, saya telah mencari artikel yang sesuai untuk saya. Dari Wikihow.

Dia cakap Nombor Satu, saya kena dapatkan cukup tidur. Sebab, kalau tak cukup, nanti nak gagahkan diri keluar dari katil pada pagi esoknya adalah sangat menyeksakan. Tidur kecantikan adalah selama 8 jam.

Nombor Dua, masukkan jam badan mengikut irama. Faham tak? masukkan = get into, mengikut irama adalah rhythm. Terjemahan langsung ye. Hahaha.. Maknanya, kita kena setkan badan kita untuk ikut ritma bangun dan tidur pada masa yang sama. Tak kira hari bekerja atau hari minggu, kita kena bangun jam 6.15am dan tidur pada jam 10.45pm.

Cara ketiga, sesuaikan kitaran tidur anda. Tahukah anda, kitaran tidur manusia adalah selama 90 minit.  Jadi, kita harus tidur selama 6 jam, 7.5 jam atau 9 jam. Kalau terkurang, kitaran akan terganggu dan kita tidak akan merasa segar di pagi hari.




Bye,


24 February 2010

Jangan terlebih manjakan suami

Mari kita bersama-sama menghayati apa yang Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie ini tulis.

Pagi tadi, semasa sama-sama makan pagi dengan rakan sepejabat, seorang rakan yang baru sahaja sebulan lebih bernama isteri menceritakan kisah kerjasamanya ketika menguruskan rumahtangga. Rakan lain yang mendengar, meluahkan rasa gembira dan bertuahnya rakan tersebut kerana mempunyai suami yang sanggup membantu. Ada juga yang sempat menyelitkan peringatan: jangan awal-awal ni jer nak tolong dah ler. Peringatan tersebut segera saya balas: Kalau daripada awal kita sendiri tak terlalu manjakan suami, insyaAllah suami akan setia membantu kita.

Kata-kata saya tika itu bukan sekadar nak sedapkan hati pengantin baru. Sebaliknya, memang terlalu banyak kes yang pernah saya kendalikan berkisar tentang kata-kata tersebut. Bukan tak boleh manjakan suami. Manjakanlah dan memang fitrah suami memang suka dimanjakan. Cuma nasihat saya, jangan terlalu manjakan suami hingga suami terlupa diri dan menganiayai diri anda sendiri di kemudian hari.

Rata-rata kes sebegini melibatkan isteri yang terlalu memanjakan suami di awal perkahwinan dan bila keadaan bukan lagi seperti masa-masa manis tersebut, memang sukar untuk terus memanjakan suami malah boleh mengundang tekanan perasaan.

Ada kes; sejak awal perkahwinan, isteri yang memakai dan menanggalkan sarung kaki suami ketika pergi dan balik dari bekerja. Isteri juga biasa menghulurkan cawan air kepada suami. Bila telah ada seorang cahayamata, rutin tersebut agak sukar untuk isteri lakukan memandangkan isteri perlu juga berikan perhatian kepada si anak. Malah, isteri bukanlah surirumah sepenuh masa sebaliknya turut sama bekerja, pergi dan balik sama masanya dengan suami.

Kes lain; seorang suami sering meminta wang daripada isteri. Alasan suami, pinjam nanti bayar balik. Mulanya sikit kemudian dalam jumlah yang banyak. Janji nak bayar, hanya tinggal janji. Bukan saja selalu mintak wang malah segala keperluan isteri tidak pernah ditunaikan. Macam-macam alasan diberikan: tidak mampu, banyak hutang, kena tolong keluarga dan macam-macam lagi.

Itu cuma dua kes berkaitan, memadai untuk saya jadikan contoh dalam perbincangan kali ini. Bukan cerita rekaan ye tetapi kes yang benar-benar berlaku dan saya dengar daripada pengadu sendiri. Sebulan dua atau setahun dua, mungkin isteri sanggup bersabar tapi kalau dah lama-lama? Bila dah cakap elok-elok dengan suami tapi suami masih dengan sikap yang sama. Malah boleh pula dengan nada angkuh menuduh isteri lalai tanggungjawab atau punya orang lain. Bila keadaan makin rumit, jalan dipilih ialah keluar daripada perkahwinan sedangkan hakikatnya, perceraian boleh dielakkan jika isteri bertegas terhadap suami.

Siapa kata isteri tidak boleh bertegas? Ya! Syurga isteri terletak pada keredhaan suami terhadap isteri. Itu kata hukum dan jelas. Tapi jangan lupa, hukum juga menyebut bahawa perkahwinan adalah berteraskan mawaddah iaitu kasih sayang dan rahmah. Rahmah hanya akan diperolehi apabila masing-masing pihak menjalankan tanggungjawab dan kewajipan yang ditetapkan oleh syarak bagi menunaikan hak pasangan.

Di dalam Islam, tanggungjawab isteri yang utama adalah patuh dan taat kepada suami namun kepatuhan pula mestilah tidak melanggar kehendak syarak. Kepatuhan juga bukan bererti hingga perlu menjadi hamba kepada suami sendiri. Wanita mendapat tempat yang mulia di sisi Islam. Kaum lelaki dipertanggungjawabkan untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi wanita. Jika suami yang telah memegang janji untuk menjaga, memelihara, membelai, menyayangi dan mengasihi anda gagal berbuat demikian maka anda berhak bertegas untuk mendapatkan hak-hak itu.

Bertegas juga bermaksud anda tidak membiarkan suami anda mengabaikan tanggungjawabnya. Mungkin ada tikanya suami betul-betul di dalam kesusahan tetapi membiasakan membantu suami akan menyebabkan suami jadi lebih ‘liat’, tidak berusaha menyelesaikan masalah sebaliknya mengharapkan bantuan isteri semata-mata.

Sama juga dalam urusan rumahtangga. Ingat!! Bukan tugas wajib isteri untuk mengemas rumah atau memasak untuk anda sebaliknya semua tugas itu adalah bonus atas nama mawaddah wa rahmah. Sewajarnya sebagai suami, anda membantu isteri menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kalau isteri yang bekerja, memang wajiblah anda membantu sebabnya isteri anda membantu anda mendapatkan perbelanjaan untuk kehidupan sempurna rumahtangga anda. Jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, wajar juga anda bantu sebab melakukan kerja-kerja rumah tidak sama seperti melakukan kerja-kerja pejabat.

Malah, bekerjasama melakukan tanggungjawab anda adalah sebaik-baiknya. Kenapa nak berkira? Sekiranya benar anda menyayangi dan mengasihi pasangan anda, pasti anda inginkan dia hidup bahagia, betul? Bahagia takkan dapat dicapai jika hanya sebelah pihak yang sedia berkorban sebaliknya kebahagiaan akan diperolehi bila kedua-dua pihak bersedia berkorban bagai matahari, teguh mencurah haba dan cahaya dan masih mampu tegak berdiri.



Memang betul pun. Jangan manjakan suami. Saya pun banyak buat apa yang puan blog ini tulis. Antaranya adalah:

a) kerja rumah sama-sama buat.
Kalau saya seorang yang buat, kena ada tolak ansur. Contoh, saya kemas rumah (vacuum, mop), cuci bilik mandi & tandas (termasuk sental dinding, lantai, tandas) tapi saya tak perlu masak. Sama ada hubby masak or makan luar. Takde  "ala yang, masak yang simple pun ok." No cooking. NADA. Kalau saya masak, hubby akan vacuum rumah dan mop. Sental bilik air lain hari. Saya cuci baju, dia boleh tolong sidaikan. Gitu la kami suami isteri.

b) sama-sama layan kehendak.
Saya layan suami, hubby layan saya. Terutamanya bila salah seorang sakit. Maknanya sini, saya buatkan air bila dia balik kerja. But dia boleh buatkan saya air bila saya sibuk masak waktu pagi or bila saya mengada-ada nak bermanja dengan hubby. Bukan semata-mata saya seorang yang buat.

c) allowance.
Sejak berkahwin, setiap bulan hubby akan bagi saya elaun isteri. Hehe tanggungjawab dia kan? Tapi sejak dia buka bengkel sendiri ie bisnesman, dia tidak lagi memberi saya elaun secara pukal. Cara dia, bagi duit minyak, or isikan minyak bila dah blinking, atau bagi duit top-up touchngo. Bila dia terlupa, saya minta duit, dia akan bagi tanpa banyak soal. Kadang-kadang bukan takde duit, tapi saya ni boros, pantang ada duit dlm purse, sure nak belanja. So memang keluarkan duit bila perlu or bila dah habis dalam purse. Duit tu just untuk sementara saya keluarkan duit di ATM. But bila pulangkan balik duit tu, saya kena marah ngan hubby. Dia kata bukan dia kasik pinjam, dia beri duit tu pada saya. Untung kan?

Duit dapur lain tau. Duit TNB, SYABAS, makan luar, semua dia tanggung. Hm..tapi duit saya tetap habis. Itu sebab saya ada hobi baru iaitu Premium Beautiful. Ingat tak entri yang saya dapat close credit card saya? Ha, dari business ini la.

Jom join saya. Hanya 2 jam aje diperlukan. Macam saya, 2 jam seminggu. Mudahkan?

saudahsalleh@gmail.com




Bye,

23 February 2010

You r a Customer Service Officer, Then Serve ME d Customer la dey..

Customer service still sucks at certain place.

Went to several malls yesterday helping a friend to register phone line and buy a BB phone, only to discover the level of customer services in Malaysia still dreadful.

But in d end, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. And i have the right to know the information that you held back.

Mentang-mentang la haku pakai baju kurung aje smlm, ingat kami ni cikai ka?

Some more, nak beli BB and line tau.

Bila kami pergi semula ke sana, langsung menggelabah and konon nak buat tak tau.

When it was our turn, she just stare at her notebook and then angkat phone tekan-tekan number.  At least, tell us la u need more time to verify the transaction.  Muka berkerut-kerut.  I had to ask the manager hampeh "What are we waiting for?".

Apparently, she had a dispute with her fiancee, but be professional la. Haku tak heran pun hang gaduh ngan tunang sampai nak putuih, if u see her face yesterday, mmg akan doakan yg buruk-buruk aje kat dia.

We managed to get her name. I think she knew we were trying to get her name to report her appalling behaviour, so she ask her colleague to sign the receipt. I was dare enough to ask, why was the nice girl sign the receipt instead of the b*tch? She entertained us, so she should be the one to issue the receipt. Ha, kena jugak chop nama dia sendiri.

We arrived at 10+am. Monday blues maybe. Then we visited the mall again at 430pm. That one definitely PMS or gaduh punya side effect. BUT, bila lelaki, boleh lak tersengih-sengih cam kerang busuk padahal mamat tu takde pun bagi apa-apa signal yang kata dia minat. Tergedik-gedik sensorang.

Really ruined that moment.



Bye,




Resepi : Sandwich-Alfalfa-Cheese-Mayo-Sauce


Sedap rupanya Alfalfa Sprouts ni. Beli cold cuts di Carrefour Kota Damansara, konon nak buat sandwich untuk sarapan. Jadi mencari salad (mixed) untuk bergandingan dengan chicken pastrami tu. Cari - cari, salad yang ada dah benyek. Ala, dah lecur la daun-daun dia. Cuti CNY mungkin banyak pembekal cuti panjang menyebabkan tiada sayur fresh dihantar ke Carrefour.

Tapi semangat nak makan sandwich tu memang tinggi, maka terbelek-belek la alfalfa sprouts ni. Harga RM 5.59 sekotak. Alfalfa ni dijual dalam bekas kotak seperti ini, 
Dan sarapan pagi ini, saya buat Alfalfa Tower. Bukan KFC aje ada Zinger Tower tu, saya pun ada.

Saya buat macam ini.

Tingkat pertama, ROTI. Dilapisi butter + mayo + sos cili.

Tingkat kedua, ALFALFA SPROUTS.

Tingkat ketiga, ROTI. Dilapisi butter + mayo + sos cili.

Tingkat keempat,  ALFALFA SPROUTS lagi.

Tingkat kelima, Cold Cuts ie chicken pastrami.
     

       - Saya bakar selama 5 minit dalam oven. Kalau suka, boleh aje makan   
         sejuk-sejuk.

Tingkat keenam, KEJU. Beregukan dengan sos cili + sos tomato + mayo.

Tingkat ketujuh, ROTI.

Kemudian, potong dua. Saya suka triangle chicken pastrami alfalfa sprouts sandwic.

Dan nikmatilah kesedapan sehingga termimpi-mimpi.

Saya google akan kebaikan alfalfa dan saya temui ini.


Nutritional Benefits
Alfalfa sprouts juice contains a myriad of valuable nutrients such as calcium, folic acid, magnesium, manganese, molybdenum, phosphorus, potassium, silicon, sodium, zinc.This is the only plant that supplies the full range of vitamins, from vitamin A, B complex (even B12), C, E to K. Alfalfa sprouts placed in indirect sun for a couple of days before harvesting, even produce nutritious blood-healing chlorophyll.



Health Benefits
The wide range and high concentration of so many compounds present in alfalfa sprouts juice make this plant highly nutritive. Remember I talked about the amazing power of synergy?
Anti-oxidant rich: Alfalfa sprouts is the top source of anti-oxidant among all vegetables. By drinking this juice regularly, it could prevent untold number of degenerative diseases. Some examples are heart disease, menopausal symptoms, osteoporosis and even cancer.
Arthritis: A compound in alfalfa sprouts inhibits inflammation, making this plant highly beneficial for arthritis sufferers.
High blood pressure: Eat your way out of high-blood pressure with this plant that contains something magical that helps lower blood pressure.
Immune booster: Drinking alfalfa sprouts juice regularly will greatly boost your immune function as it increases the activity of your natural killer cells.
Leukemia: Recent studies also suggested that an amino-acid called L-canavanine, may be a natural agent that is effective to fight leukemia.
Lower LDL (bad) cholesterol: The active components in alfalfa have been tested to lower LDL cholesterol accumulation in the liver.
Short-sightedness: A study shows that this juice may also be responsible in the treatment of short-sightedness.
Ulcers of the intestine: This highly nutritive juice is also very gentle and healing for patients with ulcers in the intestine.



Consumption Tips
Alfalfa sprouts are easily available nowadays at most health or vegetarian stores and the food section in supermarkets. They usually come in a small square, clear plastic containers in which they were grown.
Buy only sprouts that have been kept at refrigerator temperature. Choose sprouts that are crisp, clean, moist and has no sign of yellowing or rotting.
Refrigerated, it can keep for four to five days, but the "eat fresh" principle applies. Try not to keep them for too long.
The good thing that came out of the salmonella bacteria contamination is that, it teaches us never to take hygiene for granted. Rinse your alfalfa sprouts thoroughly with water before juicing.


Caution
Individuals who have or are at risk for systemic lupus erythematosus (SLE) should avoid or limit alfalfa consumption. Though not proven in human, this juice may induce or worsen this condition.
No matter how good anything is, remember moderation always. Never overdo by overdosing.


Bye,

19 February 2010

Siapa Salah?

Sudah takdir, tetapi mengapa masih cuai dan ambil mudah?

Memang segalanya Allah yang tentukan, rezeki, jodoh, ajal dan maut tetapi kita mesti berusaha barulah bertawakal dan berdoa.

Macam rezeki, memang ada pepatah yang kata ' rezeki datang bergolek' tetapi kita kena bergolek dulu baru rezeki nak mai. Contoh paling mudah, makan. Kalau tak disuap ke mulut, macam mana nak makan? Kena ada usaha iaitu menyuap makanan, baru rezeki datang iaitu rezeki makanan dan rasa kenyang.

Entahla, saya rasa sakit bila baca berita sebegini.

myMetro

45 minit cari anak hilang

Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
2010/02/19

“Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.”
Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.

Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.

Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.

“Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.

“Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.

“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.

“Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.

“Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,” katanya sambil menahan hiba.

Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.

Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.

“Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.

“Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.

“Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar,” katanya.

Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.
 
Bye,

I Lost Something...

Not ideas, but the 'rohkerajinantoupdateblog'.

So many things to jot, but time does not permit me to do so.
Okay, here goes the updates.


CNY Holiday.

- went back to Muar on Saturday morning. Early. Around 8+. AM. But still caught in the jam starting from Nilai. We passed the KLIA interchange when my mom called. "Dah bertolak?" "Dah, kat ngan Nilai dah" i said.  "Owh, no jam meh?"  "Nooo la, still early". So we said goodbyes and she asked us to drive carefully and such. Then when exiting the ELITE to merge with NSE, bam...berderet-deret kereta. Man oh man, i bet people had the same idea with us. Early morning, no traffic jams. Dem wrong..Slow moving cars until Seremban R & R. Even with Ops Sikap,  drivers still love to drive along the emergency lane. When nearing Seremban R & R, there's a police booth right at the junction, and that's when all this emergency lane drivers will try to squeeze their big-and-expensive-or-whatever-models-cars into the third lane, causing us, the rule abiding drivers, had to give way to them...grrrrrrrrrrrrrrr.


pictures from google

But  alhamdulillah, no accident that slowed us down, just many cars on the road. While looking at the cars that we passed by, it's truly 1Malaysia. Faces of all races, excited and sleepy, all were heading somewhere, home or hotel, to celebrate or to take time off. 

Exited at Tangkak and had smooth drive to Muar. We stopped at Bandar Muar to buy this.

 

Then, headed to Batu Pahat to buy rempah at this Syarikat Ismail, if i'm not mistaken. My grandfather used to frequent this shop. The rempah, fuhhh memang sedap. Curry powder, beriyani, rendang, soto sumer ada. What makes it different from other powder ie Adabi, Babas is the mixture. Let say i ordered rempah kari. This kakak will scoop rempah kari plus something plus something, then will goncang the plastic to sebatikan all the rempah. Memang sedap...Different from others. Boleh minta nak pedas atau tak.

For lunch, we ate Beriyani Gam, a famous dish in Batu Pahat. There's two restaurant in Batu Pahat. One is Mohd Shah Beriyani, in front of Putra Hospital



Another is Beriyani Power, located at Taman Soga, near the Batu Pahat Hospital. I like this one better. Reason: comfortable eventhough a bit jauh compared to Mohd Shah. Tak panas and they have air-cond room suitable for function.


Owh, you must order the Sirap Bandung to accompany the Beriyani Gam and Telur Pindang.

Stayed in Muar until Tuesday. Planned to head back to KL on Monday, tapi my mother in law macam tak puas lagi dengan anak bongsu dia, so postpone balik hari Isnin. Best sebab totally relax, tapi pastu bosan sebab takde pape nak buat. Makan, then baca paper/mags then terlelap sebab hubby pun tidur. Eh, sempat main badminton kejap, tengok hubby and his twin main. Diorang ni terror tau, sampai negeri for bergu. 

Tuesday morning, pukul 8.30pagi jugak bertolak. Syukur, no jam not so many cars. so memang best. Tapi tak dapat beli kupang, sebab takde jual lagi.


p/s: all pictures are from Mr. G


Bye,

12 February 2010

Kedekut...tapi ada hati berpoligami


'Dia kedekut sejak mula kami kahwin'

Oleh Nor Azura Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: "Dari awal perkahwinan kami, dia tidak pernah beri sebiji beras pun. Begitu juga dalam poligami, dia tidak pernah adil," kata seorang pekerja swasta ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.
SHAMSUDIN...mengaku hantar SMS.
SHAMSUDIN...mengaku hantar SMS.
Plaintif, Anida Mohd Shah, 43, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie dari Biro Bantuan Guaman, Halimahtun Saadiah Mustah dalam kes pengesahan lafaz cerai dibuat suaminya, seorang bekas juruaudit di sebuah syarikat kewangan melalui SMS, awal bulan lalu.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie Khairul Azwadi Mohamed Noor, Anida memberitahu mahkamah dia menerima SMS itu selepas mendakwa ada membuat permintaan cerai daripada suaminya, Shamsudin Mohd Nor, 55, (defendan) berikutan tidak menjalankan tanggung jawab sepanjang berkahwin.

Anida yang juga isteri kedua, berkata suaminya tidak pernah berlaku adil dalam poligami malah mendakwa suaminya itu terlalu berkira jika ingin membeli keperluan harian mereka.



"Saya hantar SMS pada suami mengatakan kalau dia tidak adil dan jalankan tanggungjawab sebagai suami, lepaskan saya," katanya.

Bagaimanapun, pada 4 Januari lalu defendan mengirimkan SMS yang berbunyi 'Kalau itu yang you (awak) mahu, I (saya) kabulkan permintaan you. I lepaskan dengan talak satu'.

Anida berkata, dia yakin SMS itu dihantar sendiri suaminya kerana sebelum itu dia pernah menyuarakan hasrat meminta dilepaskan kerana tidak tahan dengan perangai defendan.

Mereka bernikah pada 6 Ogos 2007, namun tidak kurniakan anak dan difahamkan plaintif mempunyai tiga anak hasil perkahwinan terdahulu manakala defendan mempunyai lima anak dengan isteri pertama.

Anida berkata, selepas menerima SMS itu, dia ada menelefon defendan dan lelaki itu mengaku menjatuhkan talak kepada plaintif melalui SMS.

Sementara itu, Shamsudin yang diwakili peguam syarie, Nahar Alias ketika memberi keterangan mengakui melafazkan cerai melalui telefon bimbitnya itu tanpa dipaksa sesiapa.

Menurutnya, secara keseluruhannya dia mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menaip, membaca sebelum menghantar SMS berkenaan.

"Ketika menghantar SMS saya dalam keadaan waras dan tiada sesiapa yang paksa saya untuk menceraikan isteri saya," katanya.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan sehingga Jumaat ini untuk keputusan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan.

 Apalah nak jadi. Kahwin nak, tanggungjawab taknak. Jadi saya search tentang tanggungjawab suami. Beribu-ribu artikel tentang topik ini. Antaranya dari website www.islam.gov.my yang menyatakan sebab musabab berkahwin.

"Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram."

Ini pula tentang keharusan berpoligami. 

"Di antara persoalan yang meniinbulkan masalah paling kontroversi dalam urusan perkahwinan umat Islam ialah keharusan berpoligami. Ia dijadikan bahan oleh setengah golongan untuk mengecam Islam dan ramai wanita yang tidak puas hati dengan pelaksanaannya.
 

Bagi menghuraikan masalah ini, terlebih dahulu mestilah difahami apakah yang dimaksudkan dengan keharusan itu. Dari segi perundangan, harus bererti sesuatu yang tidak diseksa dan tidak diberi pahala kepada orang yang melakukannya. Ertinya, ia tidak mempunyai obligasi dari segi hukum. 

Tetapi, keharusan berpoligami ini dari segi pelaksanaannya bukan sahaja tunduk kepada hukum ini. Ia juga tertakluk kepada prinsip pembentukan keluarga yang telah diterangkan sebelum ini iaitu perasaan tanggungjawab dan perasaan-perasaan lain yang dituntut oleh Islam. 

Sungguhpun dari segi perundangan, poligami boleh dilaksanakan tetapi bukan tanpa mempunyai pertimbangan lain yang dikehendaki agama. Pertimbangan ini termasuklah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tasawwuf bahawa tidak dinamakan seseorang itu bertaqwa sehingga ia meninggalkan yang harus untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.
 

Dengan sebab itu, jika sesuatu yang harus itu boleh mendorong kepada melakukan yang haram, maka seseorang yang bertaqwa akan meninggalkan yang harus itu untuk menjaga dirinya dari melakukan yang haram.
 

Dalam masalah poligami, seseorang itu hendaklah menjauhi sekiranya berkahwin lebih daripada satu menyebabkan ia mencuaikan hak-hak isteri dan anak-anak yang diwajibkan ke atasnya, seperti memberi nafkah dan lain-lain. Walaupun hukum mengharuskan, tetapi ia terus menanggung dosa kerana kecuaiannya menjalankan kewajipan tediadap anak-anak dan isteri-isteri. Jika perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular, pemerintah boleh mengenakan peraturan-peraturan untuk mencegah kerosakan yang timbul daripadanya.
 

Penggunaan maksud keharusan berpoligami secara wajar dapat dilihat daripada contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan masyarakat Islam pertama yang dibentuk oleh baginda. Dengan penggunaan yang wajar ini, poligami bukan menjadi masalah kepada masyarakat, tetapi mempakan cara bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat iaitu pembelaan tediadap anak-anak yatim dan janda-janda yang menderita kerana kehilangan atau kematian suami.
 
Pada masa sekarang masalah seperti di atas masih lagi wujud dan tetap akan wujud selagi adanya manusia. Kerana itu poligami tetap berfungsi memberi kebaikan kepada masyarakat jika keharusan ini tidak disalahgunakan. Tetapi sekiranya poligami disalahgunakan dan dilakukan semata-mata untuk memuaskan nafsu dan menempah dosa, ia akan menjadi masalah dan langkah-langkah mengawalnya hendaklah dilakukan oleh pemerintah dengan mengenakan peraturan-peraturan tertentu untuk mengelak kerosakan."

Renung-renungkan.



Bye,

11 February 2010

Second Day Misery

First day, not so bad.

Second day, haiyoooo...

Happening story first.

a) dapat naik koc 4 gerabak (4 coach train). Selesa dan lapang dan luas. harhar..Dapat duduk sebab besar kan? More seats. So happy. Then turun kat Dang Wangi. Still ok lagi. Tapi kena jalan cepat sikit sebab dah jam 8.45am. Jalan-jalan cari makan cepat sebab nak sampai sebelum 9.00am. Alamak..

.

.

.

.

Kasut yang saya pakai lebih kurang macam ni,

 
Sebelum ni dah broken kan kasut tu dah. Cuma tak pernah guna jalan jauh-jauh. Setakat dari rumah ke kereta, dari kereta ke office. Kat office tak pakai kasut. 
Sekali hari ni, slingback dia asyik terlucut dari buku lali aje. Jalan 10 steps, terlucut. Then stopped and betulkan. Jalan another 5 steps, terlucut lagi. Adoi..dah la kena jalan jauh. Nak cepat lagi. Adakalanya, biarkan aje terlucut. Jalan terus tanpa betulkan slingback tu. Kelakar jugak. Belasah aje jalan kat tengah Bandaraya Kuala Lumpur kasut terlucut. Saiko tau..

Ingat masa jalan kat turapan keras aje dia terlucut. Rupanya, masa kat Concorde pun terlucut jugak.

Haish..slack betul ar.  Ni kira dah macam cerita malang dah ni..

Last-last, apa jadi?


 
 Jari tengah melecet.  Ini dinamakan, no pain no style. Har har.







Bye,

10 February 2010

Trauma Hari Pertama...

Sangat tak boleh tidur bila terfikirkan kena naik public transport untuk ke seminar "Tax planning for Employers and HR Manager" kat Concorde Hotel.

Bukan tak biasa, cuma untuk hari bekerja @ peak hours memang jarang sangat. Kalau ada pun, sebab ni lah. Training.

Tapi kalau nak drive, lagi la teruk *pengsan*..Shah Alam to Jalan Sultan Ismail. Mau 1 jam baru sampai. Dengan tension mengadap jam, dengan malaysian 'pro' drivers. If it rains, camni la jadinya..



So untuk senang dan relax, naik LRT Kelana Jaya Line.  Panjang la nama baru nih. Kalau tak, dulu, nak beza, senang aje. LRT Putra and LRT Star.



I still remember masa mula-mula LRT was build near my parents house. Second last stop@Taman Bahagia.  But then, the track was only until Pasar Seni. And the free ride..fuhh attracted so many passengers..Free ride, sape tak nak try. And it was for a new ride in town.  Sure nak try kan?

And it was awesome!  Masa tu set-set time BMW sardin.








B - bas
M - mini
W - wilayah

hahaha saper pernah naik sure tau, memang padat sardin tau. so, with the new ride, travelling time was cut into half. No jam, no  rude drivers, no konar baring..and  ada air-cond babe..

the fare? i think it was RM 4.50 per way.  Mahal..tak ramai nak naik. Masa tu I dah start kerja @ ampang. To be in d office @ 830am, i have to catch the 7.00am bus. If not, i'll arrive after 9.00am.

So, overslept sometimes, so lewat bangun, miss d bus, so kena naik LRT. Mahal pun mahal la, asalkan arrived in KL around 7.45am and naik another bus to Ampang. But it made me proud naik LRT, cam orang kaya yg banyak duit. Tapi tak boleh la selalu, nanti miss soru..

Then they introduced peak hour rate. Only RM2.50 aje. Still naik if lambat. Sebab only 20 minutes to KL. Save time maa....

After that i kerja kat Shah Alam. Bought a reddy kancil. So jarang naik LRT. That time they have extended the rail till Gombak.  Gi KLCC naik LRT, went to my SIL's house @ Gombak naik LRT. Those days, LRT is part of my life even dah tak kerja area KL.

Now, i dah trauma nak naik LRT.  Sebab dah padat sendat macam BMW tu. Especially weekends. Memang dah macam eksperimen sains dah dalam tu.

My verdict for first day trauma? Naik LRT?








IT WASN'T THAT BAD..


p/s: all pictures are from Google.


Bye,

09 February 2010

No Plastic please..

 
Saya sangat menyokong kempen ini tetapi bila hari Sabtu lepas saya ke Gi*ant, takde pun Gi*ant sokong.

Sebabnya saya tengok pelanggan masih diberi plastik.  Saya memang dah bersedia dengan beg guna semula tu.

Bagus kempen ini tetapi jika tidak dipraktikkan, memang tak berhasil la..

Pilihan yang ada:-
1) Jangan beli barang/shopping hari Sabtu. Pergi shopping hari Ahad hingga ke Jumaat.  Ala, satu hari aje No Shopping. 

Tak tahan?

2) Bawak beg guna semula. Ala cam ni..
ni dari Wal Mart














atau yang ini,  dari tesco,










Ini paling best sebab direka oleh anak watan Malaysia, Rizalman.

 

Mari kita bersama-sama selamatkan bumi..


Bye,

08 February 2010

Fuh..Penuhnya..

Start hari ini, jadual saya penuh hingga ke hari Khamis kerana SEMINAR.

Isnin - ISO 9001:2008
Selasa - Concorde KL
Rabu - Concorde KL
Khamis -  Best Western PWTC


Fuhhhhh..

Dan saya akan menggunakan pengangkutan awam untuk tiga hari tersebut.

Jom, ada kawan best sikit..



Bye,

05 February 2010

Seminit aje...Lebih lagi bagus...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sedikit tazkirah dan ingatan buat semua yang membaca.  Petikan/artikel ini saya dapat dari email yang dihantar oleh kenalan saya. Terima kasih sahabat kerana mengingatkan ku yang sering terlupa.

Assalamualaikum wbkt.
Semoga Allah sentiasa memulia, merahmati dan menyayangi kita semua sentiasa… AMIN

Utk renungan bersama. Sebarang ayat Allah (alQuran) atau zikir bila dibaca dgn khusu’ & tawadu’ dan disedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah,Allah perpanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yg sedang sakit atau sudah meninggal.

Saya ada pengalaman utk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu. Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan. Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan yg sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun.

Emak bagi tau yg saya sediakan/bagi makan utknya. Saya hairan walhal saya baru sampai. Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu sewaktu saya terlantar sakit dihospital di Mesia. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada hari tu. Saya yakin. 

Moral of the story – sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu’ dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yg kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu ‘alam





04 February 2010

Jaga-jaga Pencurang..

 

 

 

Bahana curang terhadap isteri


CHILTON (Wisconsin): Empat wanita yang melekatkan kemaluan seorang lelaki ke perutnya terlepas daripada hukuman penjara, semalam.


Donessa Davis, 37, yang sudah beristeri kerap menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain diperdaya ke sebuah hotel oleh kekasihnya, Therese Ziemann.

Therese melakukannya selepas isteri Davis, Tracy, 31, mendedahkan kekasihnya itu turut menjalin hubungan dengan dua wanita lain.

Selepas mengikat Davis, Therese, 48, ibu enam anak itu melekatkan kemaluannya ke perut dengan menggunakan gam paku.

Selepas itu, isteri dan dua kekasihnya masuk ke bilik itu dan mempersendakan Davis yang kemudian berjaya melepaskan diri.

Empat wanita itu hanya dihukum melakukan khidmat masyarakat selama 12 bulan di Chilton.

“Saya tak merancang melakukannya. Ia berlaku secara spontan,” kata Therese.

Dua wanita lain, Michelle Belliveau, 43, dan Wendy Sewell, 44, turut meminta maaf kerana terbabit dalam serangan itu. - Agensi(sumber)


  • she must be some woman because their age different is like 11 years. Sure bergetah lagi..
  • wife dia sure dah bengang tahap giler sebab sanggup plan dgn girlfriends suami untuk kenakan dia.
  • and he was very lucky only to have his pe*nis glued to his perut. Kalau dipotong???


Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign