Tinta Si Isteri Mekanik: May 2010

31 May 2010

One Long Story

a) On Uteh

- on wednesday, we began our journey to Kluang at 11pm. Dah sampai rumah PJ kui 9 lagi, tapi tu la, ayah suka cakap nak pergi awal, tapi dia yang paling lambat. I drove first sebab hubby mengantuk. But, men *eyes rolling*, mana percaya pompuan bawak kereta ni sangat. He slept only about 20 minutes aje. Geram giler. Then stopped at Ayer Keroh's Petonas Station to refueled and refreshed. Change driver and he drove all the way to Ayer Hitam exit.

- in between Pagoh and Yong Peng exit, nanti akan lalu laluan berbukit. Kalau malam-malam, memang gelap sebab kiri kanan adalah bukit. So, agak seram situ. Asyik dok cakap, "baik-baik yang". Bila balik KL baru dia cakap, dia pun terasa seram masa lalu kat situ.

- arrived Hospital Kluang around 1.30am. Eerie and creepy i tell you. Hospital kerajaan, kan? Luckily there was no happening malam tu.

- went to wad ?? to meet my cousin yang jaga Uteh. We were so lucky the nurses let us meet up Uteh sekejap and 1 person at a time.

- ayah masuk dulu, kejap aje dia dah keluar. I knew her condition wasn't so good, tu yang sekejap aje. Then my mom went in. Mak lama jugak dalam tu, siap borak ngan nurse lagi.

- after that, I went in. Ooooo sangat sedih tengok Uteh. She was so pucat and tak bermaya. Siang dah muntah darah sampai 4 kali and memang banyak, malam tu pulak cirit-birit but keluar darah aje.

- Uteh said, "maaf ye saudah, uteh ni menyusahkan kamu aje". Dah bergenang air mata and cannot tahan anymore. I asked her to sleep and tepuk-tepuk peha dia. Then dia terjaga and asked a security girl panggilkan nurse sebab dia nak buang air (she was wearing diapers). Padahal kami ada kat situ, maybe dia segan kot..

- so, we went outside and nak balik rumah Uteh for the night. Sampai rumah Uteh pukul 3.00am and terus tidur sampai pagi.

- early Thursday, something happened. next entry okay.

- we received a call from my cousin yang jaga Uteh, telling us that Uteh was being transferred to Hospital Pakar Puteri in Johor Bahru.

- bersiap siap, lunch kat bandar Kluang makan nasi beriyani ayam dan pasembur yang sangat sedap, tapau pasembur, baru gerak ke JB.

- tiba dalam pukul 4 terus ke hospital. Booking Seri Malaysia yang sangat dekat dengan hospital. Family room (1 queen & 1 single) cuma RM 115.00 weekdays. Ambil 1 extra bed (RM 20.00).

- malam, untuk dinner, hubby dan ayah gi makan, dan tapau untuk OKU sementara ni.

- next morning, makan breakfast kat hotel aje, sangat tak memuaskan hati. menu - nasi lemak biasa, kuey teow goreng, roti canai keras dan dhalca penuh ngan sayur macam kenduri kahwin punya. Then ada roti bakar with butter, kaya and rasberry jam. Ada honey stars etc and fresh milk. Ada coffee, tea and orange juice. Tapi it comes together with the room, okaylah. Bukan tak bersyukur, plus with my injury, memang senang makan kat hotel, tapi menu dia sangat teruk. Walaupun cuma hotel 2 or 3 star, they should be proud of their hotel. Bilik dah okay, cuma takde lift and not-so OKU friendly, tapi kalau food sedap, sure orang akan tidur sana, dahlah murah kan?

- pergi hospital, check out Uteh. Syukur, dia dah bertambah baik, but still in ICU for observation.

- so ayah decided balik lepas jumaat.

- had lunch kat kafetaria. Selalunya kafe hospital sure tak sedap kan? Tapi kat sini sedap and ada variety, ada kuih, sandwich.

- start journey kul 3.30pm, stopped at Pagoh R & R yang sangat cantik tu, then stopped at Ayer Keroh for refuel. Tiba jam 7.15pm. I slept the whole journey under drugs influence.

nanti sambung lagi lah..about my injury..

Bye,

26 May 2010

Bad news

I reecived a bad news. My aunt (my father's elder sister), we called her Uteh, is now in Hospital Kluang and at the moment is considered critical.

We are going back to Kluang to visit her.

Pray for us, friends.

Thank you.

Bye,

Grand Finale....Good bye

I am going to miss you..




Bye,

25 May 2010

Aduh..Ngerinya..

MUADZAM SHAH: Seorang pemuda meninggal dunia penuh azab apabila tubuhnya bukan rentung, malah terputus dua akibat terkena renjatan elektrik ketika dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah pencawang elektrik di Felda Keratong 9 di sini, kelmarin.
Keadaan mayat mangsa berusia 20 tahun itu amat mengerikan dengan separuh badan daripada paras pinggang ke bawah tersangkut pada talian elektrik setinggi 3.5 meter di pencawang itu.
Sebahagian lagi tubuh mangsa termasuk kepala, rentung dan terjatuh di bawah tiang talian elektrik berkenaan ketika ditemui penduduk kira-kira jam 11 malam.


Menurut Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Pegawai Bomba Rahmat Omar, pihaknya menerima panggilan menurunkan mayat mangsa tergantung pada tiang elektrik berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.


Katanya, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa hampir setengah jam menurunkan mayat terbabit yang sudah terputus dua.


“Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui penduduk yang melalui tempat kejadian berikutan pencawang TNB itu terletak di persimpangan masuk Felda berkenaan dan Felda Keratong 10.


“Usaha menurunkan sebahagian tubuh mangsa juga dibantu kakitangan TNB yang memutuskan bekalan elektrik terlebih dulu,” katanya, semalam.


Menurutnya, disebabkan kejadian itu penduduk di Felda berkenaan termasuk sebahagian bandar ini bergelap hampir sejam sebelum bekalan disambung semula selepas kerja menurunkan mayat mangsa selesai.


“Mayat mangsa dipercayai penagih dadah dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk tindakan lanjut,” katanya.



Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham, 24, berkata kegiatan bodoh mencuri kabel elektrik di Felda berkenaan dikesan semakin berleluasa sejak enam bulan lalu.

“Kecurian kabel menyusahkan penduduk kerana terpaksa bergelap akibat bekalan terputus. Sudah beberapa kali gangguan elektrik berlaku disebabkan kegiatan jenayah terbabit disyaki dilakukan penagih dadah.


“Apapun, kejadian ngeri itu diharap memberi pengajaran mengenai padah mencuri kabel elektrik dan berharap pihak berkenaan melakukan tindakan sewajarnya supaya penduduk tidak mendapat masalah akibat perbuatan pencuri terbabit,” katanya.
Bye,

24 May 2010

Kepala pusing

Isu-isunya adalah:-

a) Komputer pun pusing
    - banyak fail Word dan Excel saya HILANG..tensi sangat.
    - yang bestnya, semua yang baru dan terkini. hak yang lama adalah sikit
    - Gaji dah dekat, semua kena construct balik.
    - Salah saya sebab tak backup..huhuhu

b) Sistem tak stabil
    - kali ni tengah audit, makin tah hape-hape
    - pening lagi

c) Audit Sirim untuk ISO
    - ada 20 hari lagi.
    - terbitan 2 belum keluar. edit pun belum siap lagi

Time management kena kaw.

Tetapi,

30 Mei 2010 - kenduri kahwin di Batu Pahat - pergi sebab dah janji dgn parents nak bawa mereka


6 Jun 2010 - kenduri kahwin di Kluang - mungkin tak pergi


13 Jun 2010 - kenduri kahwin di Ampang dan Muar - sepupu hubby dan dia nak balik. Aduh, ISO 17hb Jun. Pengsan saya.

Macam mana ni?


Bye,

Cinta itu Satu Anugerah



“ Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. ”


3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui bahawa saya mulai letih...lelah. Alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.


Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana romantik dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya. Bahawa saya inginkan perceraian.

“ Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut. “ Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan. ” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, Nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah. Seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan peraasannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?

Dan akhirnya dia bertanya. “ Apa yang boleh abang lakukan untuk mengubah fikiran Siti? ”. Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“ Siti ada 1 soalan. Kalau abang temui jawapannya di dalam hati Siti, akan Siti ubah fikiran Siti. Seandainya Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika abang memanjat gunung-gunung itu, abang akan mati. Apakah yang abang akan lakukan untuk Siti? ”

Dia termenung dan akhirnya berkata. “ Abang akan memberikan jawapannya esok ”. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah segelas susu hangat yang bertuliskan..

“ Sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu. Tetapi izinkan abang untuk menjelaskan alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“ Siti boleh mengetik di komputer abang dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. ”

“ Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan abang harus memberikan kaki abang supaya boleh menendang pintu untuk Siti ketika pulang ” .

“ Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari 1 lot kedai ke 1 lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah. ”

“ Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu teman baik Siti datang setiap bulan, dan abang harus memberikan tangan abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”

“ Siti lebih suka duduk di rumah, dan abang selalu risau Siti akan jadi pelik, dan abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang abang alami. ”

“ Siti selalu menatap komputer, membaca buku, dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti. Abang harus menjaga mata abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. ”

“ Tangan abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu. ”

“ Tetapi sayangku, abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian abang. ”

“ Sayangku, abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada abang mencintai Siti. ”

“ Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata abang tidak cukup bagi Siti, abang tidak akan menahan Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“ Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita. Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”

“ Tetapi jika Siti tidak puas hati, sayangku..biarkan abang masuk untuk mengemaskan barang-barang abang, dan abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia abang bila Siti bahagia. ” Saya terpegun. Segera saya memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh, kini saya tahu. Tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.

“ Itulah cinta. Di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam  kewujudan yang tidak pernah kita bayangkan senbelum ini. ”

“ Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan-itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas dengan kebaikan-itulah tanda ketinggian budi. Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan-itu adalah kezaliman. Tetapi jika kejahatan dibalas dengan kebaikan-itulah buktinya pekerti mulia lagi terpuji. ”

“ Sungguh sedikit manusia yang memahami. Lebih sedikit manusia yang memahami dan mengamalkan. Lebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas. Terlebih sedikit lagi manusia yang telah memahami, mengamalkan dan ikhlas serta sampai ke tujuan. ”


sumber : terima kasih RP ucapkan kepada Zalikha Yasir ( WRP ) kerana berkongsi cerita ini

Bye,

22 May 2010

Sabar? Atau Mengeluh?

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,: " Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.


sumber : email

Bye,

21 May 2010

Perempuan Simpanan Suami

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli sebuah negara (bukan Malaysia) yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu.


Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu..

---------

MORAL:

Kenalilah cermin dan cerminlah diri sendiri.


sumber : megasutra

Bye,

20 May 2010

Saya Menang Lagi...

Seronoknya..


Tiga puluh ribu Ringgit Malaysia..


Tengah Air Asia Free Seats ni boleh gi Bandung. Shopping sampai pengsan..




Bye,

19 May 2010

Geng's Corner

Met Fatihah, my niece on Saturday. She came to my office with her mom (my SIL) as we had a kenduri later that night in Klang and her papa was going to a workshop in Shah Alam. So tak payah papa dia patah balik ke KL.


I was hungry, so I asked her, "Nak makan kat mana? Giant or somewhere else?". She asked me to bring her to Geng's Corner, Seksyen 13, Shah Alam.


She told me, " Haritu Fatihah ajak atok and tokmi makan kat sini, tapi atok tak nak..". Sedih aje muka dia.


So, bila jumpa mak, her tokmi, i asked "Tokmi, Fatihah cakap, hari tu lalu aje Geng's Corner tu, tapi tak makan kat situ sebab atok taknak, betul ke?".


My mom just smiled and told me they wanted to eat somewhere else and she didn't tell her atok nak makan kat sana.


Hai Fatihah..Fatihah.


p/s: Sempat borong stationery dari Upin & Ipin Boutique kat depan restoren tu. Fatihah, i mean. 




Bye,

Kontra atau Sama?

Topik pagi di AM Crew semalam.


Saya dengan hubby adalah sangat kontra. Dari semua segi. 


Tetapi, ketentuan dan perancangan Allah itu sangat perfect. Dia menjodohkan saya dengan hubby, walaupun hubby bukan taste saya.


Yelah, dia ni pendiam sangat. Pastu cam skema giler. Pastu potong rambut pendek cam askar. Ooooo so not my taste.


Saya suka orang yang boleh buatkan saya ketawa. Not a joker, but i can laugh at his jokes. Hubby? Tak la kan? Pendiam sangat. Bayangkan masa zaman berkawan-kawan dulu, kalau saya tak bercakap, sure dia pun akan diam. Sitting in the car, no sound at all except from radio, for about 5 minutes, baru dia akan construct ayat berbentuk soalan. 1 question dan saya akan menjawab berjela-jela. Hahaha..


Then, saya terfikir, "asyik saya je bercakap, kali ni nak diamla, biar dia aje bercakap". I mean, i will answer when he asked. Other than that, i'll keep quiet.  Saya ada terbaca, cari orang yang menyayangi kita lebih dari yang kita sayang and cari orang yang boleh kita berbual sebab bila masa tua nanti, bila tinggal berdua, hanya itu sahaja akan merapatkan kita dengan suami. So I have to protect myself la kan?


He asked me out, I said yes. He knew i will planned the activities ie movie, bowling, places to dine etc. What he didn't know was i planned nothing..Nothing at all. Saje nak test dia whether he's capable to entertain me or not.


So, when I entered his car, he asked "Nak gi mana?". I answered "Tak tau. Awak yang ajak kuar, awakla plan". That's what I called him until about a week of marriage, baru tukar.


Devil gila rasa masa tu, but I don't want him to depend on to me to organize everything. And I don't want him to feel like "asyik-asyik ikut plan dia". Like queen control gitu. 


Hence, he brought me to this one restaurant, one of his fave he said. So ordered food and chatting and borak, still I yang cakap banyak. 


Takpela, nak buat macam mana, dapat orang pendiam macam hubby.


Totally contra, but we do still have something in common. Like we both love to eat. Dia tak kisah dan berani untuk mencuba makanan baru. Whatever menu i suggest to him, he will go for it. We both like to......er......er.....apa lagi ek?


By now, after few years of marriage tuck into our sleeves, I know he does not mind if i planned activities for both us, dengan syarat bagitau dia so dia tak buat plan lain. I know he likes me to plan everything for him, senang dia. Dia ikut aje bini dia. Owh, i never heard him saying bini in front of his friend or in fact, semua orang. He likes to say "orang rumah". Funny kan?


Absolutely contrary, but yang penting, we love each other.


And accepting him for who he is..


Dan menerima bahawa merajuk dengan melancarkan perang dingin adalah tidak memberikan apa-apa kesan kepada dia, sebab dia PENDIAM. Satu hari tak bercakap pun boleh, tapi saya? Huhu matik kutu oooo.


p/s: By the way, dia ni kelakar jugak orangnya, cuma unexpectedly dia akan buat jokes.


Bye,

18 May 2010

Fahrin Ahmad vs Mira Edora vs Akhil Hayy..Semua bukan nama sebenar..

Fahrin Ahmad (bukan nama sebenar) sedang kepenatan memandu tika pulang dari kerja lewat petang itu. Selepas meeting yang panjang dan memenatkan, tambah pula dengan jalan yang sesak kerana berlaku kemalangan, dia mengharapkan rehat yang cukup maximus bila tiba di rumah nanti. Terbayang di kepalanya mandian air panas, makan malam yang enak dan diulit tilam empuk yang nyaman..

Tiba di rumah, belum sempat Fahrin Ahmad membuka kasut, isteri tercintanya Mira Edora (bukan nama sebenar) menyambutnya dengan sapaan ‘mesra’,

“Kenapa lambat? Semalam U janji nak balik jam 5ptg, I dah masak bla bla bla pong pang pong pang..” hingga akhir ayat.

Fahrin Ahmad berasa bengang kerana isterinya membebel yang mana sepatutnya tiada dalam to-do listnya hari itu. Beliau membalas bebelan dengan keluhan yang garang.

“Awak tau tak saya penat ni baru balik keje? Bukan nak tanya elok2, membebel je keje. Saya bosan tau tak! Dah lah awak duk kat rumah je hari2, saya ni hari2 keluar keje cari duit, awak pulak reti membebel bebel bebel. Menyusahkan betul!”

Maka malam itu berlalu dengan hati yang membara, bukan bara asmara tapi bara setan.

Akhirnya Fahrin Ahmad dah tak tahan lagi dengan bebelan Mira Edora. Dia mula rasa bosan di rumah, dengan anak memekak, isteri bersyarah. Lalu beliau mengajak temannya Akhil Hayy (bukan nama sebenar) keluar minum di sebuah kafe.

“Aku da tak tahan ar Bro. Bini aku kejenya membebel aje. Sakit dah telinga aku yang capang ni” Fahrin Ahmad mengadu.

Akhil Hayy tertawa sinis “Apara lu, ni baru bini membebel, belum kena soal Mungkar Nakir lagi”.

“Bro ko jangan buat lawak insaf macam tu. Tau la ko ustaz”

“Fahrin, gua nak bagitau lu satu citer. Citer ni berlaku zaman Saidina Umar. Ada sorang mamat ni, macam lu la, ada isteri yang kuat betul membebel. Nasibla masa tu tadak radio, kut tak sure dah jadi DJ wanita pertama dah. Pastu dia naik bengang ar, dia marah balik. Bini dia plak menjawab, ape lagi, perang la. Hari2 camtu. Senak kepala otak beb. Satu hari mamat ni dah tak tahan, dia pun pegi uma Saidina Umar nak mengadu, apa patut buat kat bini dia ni..”



“Pastu? pastu?” Fahrin Ahmad menyampuk.

“Kot ye, saba la. Ape ar” Akhil Hayy menegur dengan penuh hikmah. Lalu beliau menyambung “.. Sampai2 je umah Umar, mamat ni pulak tekejut dengar Umar pun kena bebel dengan bini dia! Tapi Umar diam aje. Mamat ni pulak dah macam tu, dia pun fikirla ‘Umar pun kena bebel dengan bini.. Adoi.. Camnila nasib suami2 zaman sekarang’. Pastu dia pun nak balik la.. Tibe2 Umar napak dia dan panggil ‘Eh enta tu nakgi mana? Tak singgah dulu minum teh ke apa?’ Mamat ni pun jawab ‘Takpela Umar, ana ingat nak jumpa enta pasal bini ana ni tak stop2 membebel. Tengok2 enta pun kena bebel jugak. Tapi ana ’saspek’ (respek) la, enta cool aje. Kalo ana, dah lama kena pelempang’ Lalu Umar senyum dan cakap ‘Tak patutla kalo ana tak bersikap cool. Dia seharian kat umah, masak, kemas, cuci baju, jaga anak,etc. Malam2 ana cari dia jugak. Biarla sesekali dia nak meluahkan perasaan..’ Ha.. Tu la kisahnya” Akhil Hayy menghabiskan cerita.

Fahrin Ahmad terdiam. Dia terkenang Mira Edora yang dah macam tempoyak dilenyek 4 orang anak mereka yang semuanya hero belaka. Tu belum masuk dilenyek dirinya jugak. ‘Kesian bini aku’ terdetik di hati Fahrin Ahmad. Ya, selama ni dia fikir dia sorang je yang penat bekerja cai duit untuk keluarga, manakala isterinya pula lepak2 di rumah. Tapi.. kalau la suruh dia yang duk rumah jaga anak2 tu.. sorila beb. Tak sanggup!

Sebenarnya.. dia ada banyak masa untuk dirinya sendiri walaupun sibuk dengan kerja
Isterinya 24 jam dengan hal keluarga, anak, uruskan rumahtangga… sampaikan nak mandi pun tak sempat bersabun, itu belum working wife lagi
Sebenarnya.. dia ada masa rehat sejam sehari di pejabat
Isterinya cuma boleh berehat semasa anak2 mereka tidur pada pukul 2 pagi setiap hari
Sebenarnya.. dia ada kawan2 untuk bercakap2 dan melepak bersama
Isterinya cuma ada dia yang balik dah dekat nak malam pegi kerja sebelum matahari terbit lagi

Jadi, wajarlah isterinya membebel begitu
Dia penat dan nak berehat
Isterinya pun penat dan nak meluahkan kepenatannya sepanjang hari tu
Apa salahnya berkongsi kepenatan sebelum sama2 berehat

Dia patut bersabar dan jadilah pendengar yang baik
Nothing to lose pun
Bukan boleh turun gaji/pangkat dengan mendengar leteran isteri
Malah boleh merapatkan intimacy
Bila isteri berleter, semuanya keluar mengikut emosi
Jadi dia kenalah bijak untuk menapis dan menegur dengan hikmah
Bukan marah balik

***

Tapi sorang isteri tak bolehlah jadikan kisah ni sebagai teladan untuk jadi pembebel profesional peringkat ke-8. Bajet2 jugakla.. kita manusia especially orang pompuan tak dapat lari dari nak berkongsi perasaan tapi sesekali pikirkan cara lain jugak. Kalau suka membebel sangat apa kata apply je jadi DJ kat mana2 stesen radio.

sumber : email



Bye,

17 May 2010

Piala Thomas terlepas, Piala Flora 2?

Ahad, 16 Mei 2010.


Seawal jam 7.45am dah keluar rumah menuju ke Dewan MBSA Subang Bestari. Sebab kat situ hubbyku, Lee Ra Him (adik Lee Chong Wei) akan bertanding badminton.


Semangat weh dia. Memang permainan yang dia minat adalah BADMINTON. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, wakil sekolah dan daerah.


Sempat tanya dia, budak perempuan kat sekolah takde yang minat kat abang? Terus geleng kepala..Adakah takut isterimu ini cemburu? Last-last dia cakap, ada peminat, tapi tak layan.
Ye ke yang?


Anyway, dia sponsor air 100+ untuk pelega dahaga. Then dia dapat sponsor baju 2 helai untuk dia and beregunya. Glamour sayangku sebab beregu lain takde pun pakai baju colour yang sedondon.


Tunggu sekejap sebab nak menyempurnakan hajat suami iaitu "Ayang taknak tengok abang main ke?".  Seorang mawar ditengah kumbang beribu. Relaks aje saya lepak sana takde member. Belasah aje ar.


Habis game, terus cakap nak balik sebab adik saya ada kat rumah. Keluar ngan dia cari breakfast dan beli barang basah nak masak lunch. Singgah sekejap hantar roti takut Lee Ra Him lapar.


Famili saya semua bagi sokongan padu dan nasihat bernas untuk dia.


Antaranya, 


"Kalau rasa nak kalah tu, buat-buat sakit lutut"


"buat-buat jatuh bila nak kalah"


teruk betul adik-beradikku..




Bye,

15 May 2010

Adoi...sakit hati Fatihah

I am working today. Replacing the 2 days yang balik awal sebab blackout. I don't mind, just that my schedule is super full today and tomorrow hubby is joining the badminton tournament at our apartment.

So to ease the tension a bit, I tiba-tiba teringat my niece, Fatihah. Angah rindu sama kamu..Malam nanti kita jumpa eh?

We went to her house after attending a wedding ceremony nearby her house. Lepak, tidur, borak, makan dan minum. Solat juga di sana.

So when it was time to go home, semua dah angkut bag and jalan towards the main door, Fatihah keluarkan her hula hoop.

Hers is pink, obviously. Oh this picture is taken from google. Thanks Mr G.

So she started to hoop the hula around her waist and started to hula-la-la..Then, everyone started to try hula-la-la and showing off their rusted skills. By the way, Fatihah was in gymnastic group and that explains the hoop. Memang kelakar la kan, Achik dia (my younger brother) did it but only for a few seconds aje kan...Then her Ateh (my sister) buat jugak. Lagi la kelakar. Uncle (hubby) pun join..Adoi sakit perut gelak.

Out of nowhere, Fatihah tetiba cakap. "Adoi sakit HATI Fatihah".

Dengar je tu, semua bantai laugh until we cried. Kesian dia terpinga-pinga.

"Betul la, kat sini (she showed us where it hurts) sakit."

Actually dada dia yang sakit sebab banyak sangat gelak and hula hooping.




Bye,

14 May 2010

Kepingin..

Teringin nak makan Pizza bila dapat brochures dari California Pizza. Dah ajak hubby, tapi hujung minggu ini jadual penuh.


Tengah hangat dengan Piala Thomas, hubby pun nak jugak menang Piala Flora 2..Good Luck sayang. Hadiah tu kita share kan??


Dek kerana tekak nak makan western tapi malas nak keluar, balik pejabat, terus rebus pasta. Al dante aje terus letak butter dan tos.


Stop kejap tengok Adamaya. Sambil potong capsicum.


Habis aje drama tu, terus cincang garlic, cuci ayam kisar, hiris cendawan.


Mandi dan solat.


Terus start masak.


Siap, senduk dalam mangkuk dan makan..


Capsicum kasik hubby, dia suka sangat, 2 biji saya masukkan untuk pasta 500gm.




dari google.


Bye,

12 May 2010

Pada suatu hari, sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa mereka berkerja dahulu. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati sup ekor yang terkenal di kantin masa itu. Kebetulan pada masa makan itu ramai pegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihat kemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas the ais serta satu pinggan dan mangkok kosong. Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan ansi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja. Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si ieteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka. Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difgikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja. Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula kemeja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.
Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya, ”Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yang makcik tunggu?” Dengan tersenyum, si isteri menjawab, ”Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu"..




Bye,
 

Apabila kehilangan, baru rasa menghargainya...

Selalunya, kita take things for granted. Yelah, benda depan mata, time nak pakai, terus aje guna. Time takde hati nak guna, pandang pun tak mau or biar aje jadi tempat menangkap habuk .

Apabila tiada atau rosak atau tak dapat nak gunakannya, baru kita tau peri pentingnya benda tersebut.  Baru kita tau takde benda tu, kerja sumer cam tak best aje. Cam boring aje.

Itu baru kehilangan benda..kalau hilang yang lain?

Tak dapat dibayangkan.

Hari Ibu disambut secara sederhana. Semua plan tak menjadi. Apa yang dapat, hanya meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama mak.


Bye,
 

05 May 2010

Mak..Ampunkan saya



Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doctor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga! 

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. “Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,”katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, “Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?” Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini.” Saya masih tak puas hati. 

Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,”Tak ada apa-apa”. Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. 

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengahadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, “Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama.

Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau.” Airmata sudah membasahi pipi. Tak ada apa-apa?” Tingkah mama semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali.

Akhirnya dia bersuara. “Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesakali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan mama boleh menangis tersedu-seddu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang.” Saya terkedu.

Mama menyambung, “Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?” Mama mula menangis.

Saya tunduk. Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. 

Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa.”

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, “Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama ras Sabri kan berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!” 

Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap tuhan dengan hati yang tenang.” Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat.

Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. 

Saya yeng terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. Ën Sabri, bulan depan telefon saya.” Saya kehairanan.

Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang kek kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.”Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya.” Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memohon ampun dan maaaf di atas segala silapnya selama ini.

“Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, taapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata ‘órang tua bodoh. Tak ada otak’”

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya denga peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, “Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!” Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa di sebalik ungkapan ‘tak ada apa-apa’ dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan ‘apa-apa’ yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tur kata kita yang menyinggung hatinya. 

Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.”… dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya.” An-Nisa’:36

Saya ingin menyeru sekali lagi kepada anda semua. Marilah kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak. Selama ini, adakah kita pernah berkasar bahasa dengan ibu, ummi, mama, mum atau mak kita???

Pernah tak kita melawan cakap mak kita?? Pernah atau tidak kita meninggikan suara dengan ibu kita?? Ada atau tidak kelakukan, perangai, tingkah laku kita sehingga menyebabkan air mata ibu kita mengalir??

sumber : email



Bye,
 

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign