Tinta Si Isteri Mekanik: August 2010

30 August 2010

18 Ramadhan 1431H

Bestnya bila sahur dan berbuka tak perlu fikirkan menu. Lega rasanya. Ringan sikit kepala.


Well, Jumaat malam kami bertolak jam 8.30pm selepas berbuka ala kadar di Shah Alam(SA). Pagi Jumaat, hubby kerja dan adik saya mintak tolong buat kuih. Dari dok tidur kat rumah, maka saya pun bersetuju untuk ke PJ.


Dah siap cornflakes madu, saya pun bersiap-siap nak balik SA, mak kata tunggu kejap sebab dia tengah masak Mee Rebus. Wah, rezeki betul. Tapi sebenarnya nak makan or beli Nasi Kukus Ayam Rempah. Takpelah, beli aje nasi dengan murtabak. Lain-lain tak payahlah, sebab nak balik Muar kan?


Bila waktu berbuka, hubby makan Mee Rebus dengan Murtabak aje dah kenyang. Nasi tak bersentuh. Takpelah, bawak nasi tu, nanti kat Ayer Keroh kita amkan kat situ.


Perjalanan, alhamdulillah lancar. Takde jam, kenderaan pun tak berapa banyak. Tapi yang tak bestnya, saya mengantuk giler dalam pukul 930 tu. Kesian hubby drive sorang-sorang. Ada beli air 100plus tapi tak jalan jugak. Hubby pun mengantuk jugak, tu yang dia nak berhenti kat Ayer Keroh. Tapi dah tiba tu, dia taknak makan, katanya masih kenyang. So hanya ke tandas dan hubby solat Isyak kat sana.


Tiba di Ayer Itam, Bakri jam menghampiri 12 malam. Bestnya, dah ada rumah yang dah pasang pelita. Seronok tengok. Biasanya, dekat-dekat tengah malam tu, akan ada persembahan bunga api KLCC. Tapi malam tu takde. Takpelah, yang penting pelita tu ada.


Sampai aje rumah, terus ambil tilam dan bantal, terus tidur. Mengantuk sangat dah. Kami ada bilik, tapi sejak mak jumpa cik panjang kat siling hujung bilik tu, hubby dah tak berani tidur kat situ dah.


Pagi tu dalam pukul 3, hujan selebat-lebatnya macam masa lepas kami bersanding kat sana, yang membuatkan Johor banjir besar. Cuak jugak, tak berapa nak lena sebab bising hujan kena kat zink.


Then jam 4.45am, kejut hubby bangun dan buat air panas. Bestnya tak payah panaskan lauk sebab semua dah terhidang. Menantu hantu betul. Haha. Memang begitu kalau balik sana, menantu bongsu katakan.


Lepas sahur, berbual dengan mertua. Hubby tolong urut kaki mak. Masa dia nak solat Subuh, ada pulak lipan kat rumah atas. Kan hujan, jadi dia lari naik rumah. Dah hubby tak berani nak tidur situ, bawak tilam turun ke bawah dan tidur bagai nak rak sampai pukul 9 lebih. Mak, bapak dengan kembar hubby dah bangun, dah siap gi kebun dah. Mak pulak dah siap cuci baju semua dah, yang kami baru bangun. Dia tak kisah, takde apa nak buat pun kan?


Asyik tidur aje hari tu. Hubby la, sebab dia asyik kerja masa Ramadhan ni, even Ahad pun kerja full day. Ni kat kampung baru dapat rehat puas-puas.


Pukul 4, siap-siap nak ke Semerah, hubby nak gunting rambut. Nasib takde orang, kejap aje la. Kemudian, pergi Parit Sulong sebab nak cari perencah Mee Bandung. Nak beli kaftan untuk mak, dengan cari kerepek. Kat sana dah start Pasar Ramadhan, cuma beli masalodeh, popia dengan karipap sardin aje. Seronok sebab kuih dia murah-murah, 4 keping baru RM1.00. Tapi sebab tak ramai orang, tak boleh sesuka hati membeli. Tambah murtabak dengan ayam golek seekor RM16.00.


Kat rumah, mak masak ayam goreng, kangkung rebus, bingka ubi, tomyam ayam. Campur ayam bakar, murtabak, kuih-kuih yang dibeli di PARAM, memang rezeki betul kali ini.


Bye,

27 August 2010

RESEPI : LONTONG GORENG - CATATAN 16 RAMADHAN 1431H

Disebabkan ada lebihan nasi impit masa buat lontong sabtu lalu, dan kami akan balik ke Muar malam ini, maka saya pun search resepi. 


Saya buat ikut suka saya, but basically ikut resepi ini.




Bahan-bahan ( 2 orang )
·         sepinggan lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah didadu kasar2
·         1 senduk cili kisar(lebihkan jika suka pedas)
·         1 biji bawang besar kisar
·         3 ulas bawang putih kisar
·         1 hiris halia kisar
·         200 g daging/ayam cincang - tak masuk
·         200 g udang hidup - kupas kulit - tak masuk
·         3 sb sos tiram - tak masuk
·         2 sb sos tomato
·         2 sb kicap manis
·         daun sop,daun bawang - hiris
·         1/2 cawan bawang goreng
·         2-4 biji telur
·         minyak masak utk menumis
·         garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1.    Satukan semua bahan yg dikisar.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan daging /ayam cincang dan udang dan gaul rata dan masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap.Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
2.    Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sop,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
3.    Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
4.    Ketika menghidang,tabur lagi dgn daun sop,daun bawang dan bawang goreng.Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk.


Memang sedap.
Bye,

26 August 2010

15 Ramadhan 1431H

Saya dah tak ingat apa yang dimasak untuk 13 dan 14 Ramadhan. So nanti saya update kalau teringat.

Untuk hari ni, sangat simple menunya sebab hubby tak teringat nak turunkan ikan dari freezer to fridge. Makanya, menu berbuka adalah:

a) Taugeh kucai kacang goreng berkicap.
b) Sambal kentang tempe
c) Telur dadar special
d) Kuih-muih-Popia goreng 4 keping dan cucur badak 1 keping
e) Teh O panas

Ini aje menunya, tapi takpe sebab tau hubby tak kisah. Pada dia as long as dia tak perlu ke Pasar Ramadhan, apa yang terhidang adalah yang sedap.

Selalu dia cakap, "Abang makan aje apa yang ayang masak". Huhu terharu dengar even dah 4 years of marriage. Agaknya dia dah bersedia kot, sebab masa dia usha saya, awal-awal dah cakap saya tak pandai masak, hanya pandai makan aje.

And bila dengan dia cerita, famili dia orang susah, adik-beradik 8 orang plus parents, total of 10 mulut nak disuap, so mak dia ajar, makan apa yang terhidang dan jangan complaint. Sedap ke tak sedap ke, makan diam-diam. Bersyukur atas apa yang Allah bagi, itu rezeki.

Alhamdulillah, mak mertua saya dah didik anak-anak dia begitu. Senang saya. Hehe.

Oh ye, Jumaat malam nak bertolak ke Muar. Dah setengah bulan berpuasa, belum berpeluang nak balik sana. Itupun PAKSA hubby cuti hari Sabtu untuk balik sana. Dahlah raya pertama kat PJ. But, compensate dengan call setiap minggu, dengan syarat kena ingatkan. Takpelah sayang, tanggungjawab isteri untuk ingatkan tentang perkara ini.

Doakan kami ye, perjalanan yang dirahmati dan dilindungi dari sebarang bencana dan kesusahan terutamanya jam.
Bye,

23 August 2010

12 Ramadhan 1431H

Nikmatnya hari Ahad. Tapi hubby kena kerja, ada kerja urgent. Dah berbisnes sendiri, yang penting siap kerja, duit masuk. Kalau rajin, banyaklah rezeki. Kalau malas, memang takkan maju.

Hari ni, tak perlu masak sebab nak berbuka di rumah PJ dan nak makan nasi ambeng yang adik-adik cakap sedap.

Untuk sahur, saya tak ingat apa yang saya masak. Haha. Kalau ingat nanti saya update.

Tapi bila berbuka, apa yang dicari?

*

*

*

*

*

AIR!

Nasi ambeng tunggu dulu. Then adik ada beli murtabak untuk akak dia yang mengidam. Luckily sedap. Makan kurma, air bergelas-gelas, murtabak aje dah kenyang perut. Nasi ambeng share dengan hubby. Takdelah sedap mana. Bayangkan sambal goreng dia hanya tempe dan suhun sahaja. Saya rasa, saya masak lagi mengancam rasanya. Alhamdulillah, rezeki.

Bye,

22 August 2010

RESEPI : RENDANG AYAM - CATATAN 11 RAMADHAN 01431H

Hubby ada cakap dia teringin nak makan rendang. 

Uihhh sayang, orang belum raya, kita dah raya dulu. Sebab apa? Bila dia cakap macam tu, belek gobok dapur tu, teringat ada ketupat segera yang masih berbaki. Terus terasa nak buat lontong.

Tu yang Raya di bulan Ramadhan. Ketupat, rendang ayam dan lodeh mak minah. 

Resepi saya ambil dari Kak Hanieliza. Memang banyak yang saya cuba menjadi.

Ini resepinya. Letak sini senang nak rujuk di masa hadapan.

RENDANG AYAM 







Bahan-Bahan: 



1 ekor ayam 



1/2 kg pati santan [1 biji kelapa] 
Garam 
1/2 cawan kerisik 
1 helai daun kunyit [mayang halus] 




Bahan untuk dimesin 


3 labu bawang besar 
5 ulas bawang putih 
5 batang serai 
3 inci halia 
1 inci lengkuas 
1 inci kunyit hidup 
15 cili kering 
15 biji cili api 




Cara: 



1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. 
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati. 
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati. 
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.



Saya ada adjust sikit resepi ini. Saya tak letak cili padi tu, tak tahan pedas saya ni. Nanti ada pulak perut meragam.

Senang sangat stail masakan ini. Blend dan tumis aje. *itu yang saya suka ;)

Bila berbuka, boleh pulak saya terlupa sambal kacang. Aiyohh kesian hubby. Orang selatan or Johorian, makan lontong dengan kuah kacang. Kat sini, makan dengan sambal tumis. Pelik sikit la, tapi kalau dah teringin dan malas, bedal aje.

Kemudian, rasanya memang best, cuma nanti nak letak jugak cili padi bagi rasa pedas sikitttttt aje, baru kick.

End product dia akan jadi macam kari kering. Boleh tambah air sikit kalau nak berkuah. Cuma saya silap, blend bahan tumis tu dengan blender kering. Jadi masa menumis, lepas bawang dah naik bau, saya masukkan air sebab nak bagi ayam cepat masak. Saya gunakan santan kotak aje.

Sebab santan dia pekat, saya pi campur air lagi dalam santan ni nak bagi cair. So dua kali letak air, maka watery la rendang saya. Bukan tak jadi, cuma kena bagi atas api lama sikit untuk keringkan kuah dia. Tastewise, memang sedap kebabom.

Macam mana uolls rasa makanan masa memasak? Tak batal puasa kalau rasa, cuma tak boleh lepas kerongkong rasa tu. Maksudnya, cuma letak kat kawasan masin tu untuk rasa, kemudian terus kumur.

Tapi saya tak buat macam tu. Tak reti dan takut tertelan. Apa yang saya buat, setelah diajar oleh Chef Muhammad, iaitu adik saya, ialah dengan bau sahaja. Dari bau tu, kita boleh tahu pedas, lemak, masin, manis, masam, pahit. Betul, saya tak tipu. Kalau terkurang pun sikit aje. Kalau pedas, boleh agak pedas macam mana.

*owh gambar adalah dari ihsan google.
Bye,

21 August 2010

10 Ramadhan 1431H

Hahaha, lambat sangat update sampai terlupa apa menu masak untuk hari semalam.

Apa yang tak kena entah, hari tu saya masak kentang bersambal tak sedap. Rasanya cili giling yang saya beli tu yang tak sedap. Haha, masak tak pandai, cili jugak yang disalahkan.

Jadi bila teringin nak makan sambal sotong, maka saya pun beli cili kering untuk dikisar sendiri. Rajinkan diri, takmau kecewa lagi.

Alhamdulillah, sambal tumis sotong menjadi.

So, menu berbuka dan sahur semalam adalah:-
a) sambal tumis sotong
b) kobis masak lemak
c) kuih-muih - cucur badak, karipap, cara manis.
d) teh o panas/nescafe panas

Bye,

20 August 2010

9 Ramadhan 1431H

Ramadhan kali ini, saya dapati kami berdua agak kurang nafsu makan. Hehe bagus ek, boleh diet.

Tapi serius, waktu berbuka akan dimulakan dengan berdoa. Kemudian 3 biji kurma each. Minum air (plain water) 1 gelas each. Then teguk pulak Teh O barang segelas setiap penghuni rumah. Gelas ketiga terpulang kepada taste masing-masing.

3 gelas air, memang dah mengah. Makan kuih-muih dulu sambil berbual-bual. Dah agak kurang berkocak air dalam usus, baru nak start makan nasi. Tapi banyak manalah nak masuk pun. Nasi boleh lalu satu senduk nasi yang putih ini.

Haha, selamat poket big boss tak perlu menaja pengarah kewangannya berbuka di hotel-hotel besar macam tahun sebelumnya. Tapi memang inilah kenyataannya, lepas berbuka dah takde sesi menyantap lagi.


Hubby pun tak demand menu apa-apa. Cuma kadang-kadang aje dia sebut, most of the time "apa-apa je lah ayang masak", and my answer? "Apa-apa tak jual".  Bila ada idea dan rajin, boleh lah belek-belek sites yang mewah dengan resepi, but time leceh tu yang boring tu.


Menu berbuka:
a) Ikan cencaru goreng
b) Sambal kicap - style johor
c) Kobis masak lemak
d) Daging rendang - beli RM2.00
c) Kuih-muih - pulut panggang, gendang kasturi dan karipap RM2.00/5pcs


Menu sahur:

a) Ikan cencaru goreng
b) Sambal kicap - style johor
c) Kobis masak lemak
d) Telur dadar - hubby yang masak
e) Nescafe panas

Bye,

19 August 2010

8 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, cuaca hari ini cerah tanpa hujan, maka dapatlah saya ke kedai membeli sayuran dan bahan-bahan masakan lain.


Itulah kita manusia ni, hujan merungut, panas pun mengeluh. Macam saya, kalau hujan tu, agak cuak sikit memandu, tambah lagi mata ada 4, jadi risau lah terlanggar dan melanggar kereta lain.


Apa-apa pun, sebelum masuk gear, jangan lupa baca baca doa naik kenderaan, ayatul kursi dan doa ini:


Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim

sebanyak 7 kali sebelum memulakan perjalanan. Insyaallah, kita akan terselamat dari segala kecelakaan.

Tapi kalau panas, kesian kat hubby, terutamanya masa Ramadhan. Kerja menggunakan tenaga macam dia, memang yang betul-betul kuat rohaninya sahaja akan bertahan. Ada jugak yang berbuka bila tak tak tertahan, tapi bila hubby fikir-fikir kan balik, sedangkan bulan puasa yang ramai berpuasa pun tak tahan, apatah lagi ila bukan bulan Ramadhan. Cabaran dia memang lagi hebat. Baiklah dia teruskan puasanya. Kami solat hajat sebelum datangnya Ramadhan, berdoa dan memohon agar kami berdua dapat berpuasa dengan sempurna di bulan yang mulia ini.


Berbalik kepada menu berbuka, saya masak:-
a) Ayam lemak cili padi - tawar sikit, letak kicap ajelah masa makan
b) Sayur kobis goreng
c) Teh O panas
d) Kuih-muih-cucur badak dan cara manis.


Menu bersahur:



a) Ayam lemak cili padi - tawar sikit, letak kicap ajelah masa makan
b) Sayur kobis goreng
c) Telur Dadar
d) Nescafe panas


Bye,

18 August 2010

7 Ramadhan 1431H

Hujan rahmat betul hari semalam. Dari Guthrie Expressway dah nampak kawasan rumah awannya berat aje menandakan hujan akan turun. Tapi tak sangka lebat sampai banjir kilat.

Ada sesetengah kawasan akan dinaiki air bila hujan lebat, yang tu memang saya tau. Tapi ada satu kawasan ni, turun bukit kemudian selekoh ke kanan, boleh banjir kilat kat situ. Memang tak perasan pun air naik.

Dah macam tu redah ajelah. Kereta Myvi depan saya jadi panduan. Dalam hati kata, kalau Myvi boleh lepas, sure kereta saya pun okay. Nasib baik dia tak slow down area banjir tu. Steady aje tekan minyak. Tapi jangan la laju sangat, kalau manual gear 1 aje redah air banjir. Make sure air tak masuk ekzos kereta. If auto (macam saya), drive dalam 20 km/j ke 30km/j sahaja. Jangan berhenti di tengah air tu.

Bila dah dekat dengan rumah, tengok longkang besar tu dah jadi macam fountain dah, menari-nari air hujan tu. Memang lebat betul hari tu. Kesian pada peniaga Pasar Ramadhan. Takpe, ada rezeki untuk mereka.

Disebabkan hujan lebat tu, maka tak dapatlah saya ke kedai membeli sayur. Drawer sayur tu dah kosong, tapi nak meredah hujan tu memang bukan Saudah la kan?

Menu apa ek masa berbuka tu?
a) Telur Dadar
b) Rendang ayam yang mak masak-yummeh
c) Teh o panas

Very simple.

Menu sahur:
a) Telur dadar lagi
b) Sambal tempe kacang
c) Nescafe panas.

Dah hari ke-7 saya masih belum ke Pasar Ramadhan, sebabnya takde kawan, ramai orang, malas, malas. Lagipun saya tiba pukul 5pm, tengah panas, malas. Kalau beli, nanti still kena masak jugak untuk sahur. Pastu, malas jugak.

Kali ini saya masak, simple aje. Hubby pun tak kisah, asalkan berbuka makanan berat. Telur ngan kicap pun okay.

Agaknya dah muak kot, sebulan ayah kat hospital, sebulan jugak dia makan nasi kedai.


Bye,

17 August 2010

6 Ramadhan 1431H

Siapa sangka, at my age, gigi geraham bongsu masih lagi belum habis keluar? I thought when the wisdom teeth tu dah nampak, it won't bother me any more. Huh, sooo not right adik manis.

I woke up around 7.45am this morning. But my eyes was so sensitive to the light, it  gave me headache. And my owh my, the left side of my face was swollen. Culprit? None other than the WISDOM TEETH.

Dah tiga malam tanpa bintang sakit tapi bila makan actifast, okaylah tak berapa sakit.  Dah bangun macam tu, macam mana nak drive gi office kan? Asked my hubby to send me to clinic, and when we arrived, guess what?

Klinik bukak pukul 9.00am time Ramadhan. Adoi, masa tu pukul 8.10am macam tu, kenalah balik rumah dulu. Takkan nak tunggu kan? Kalau kedai mamak kat situ bukak, takpelah jugak. Eh?

Balik and wait till 9.00am pergi balik klinik tu. Sekali tengok ramainya orang. End up 10 pagi baru my turn to see the doctor. My nerves bengkak, buatkan sakit kepala and my face bengkak. She gave antibiotic and painkiller and also MC.

Rekod betul sebab Jumaat dah MC kan? Ini MC lagi. Tapi kali memang tak larat sebab mata sakit and pounding headache, so balik rumah and rehat.

Tapi getting better in the afternoon, so boleh lah buat kerja rumah sikit, iaitu lipat baju. And memasak untuk berbuka dan sahur.

Menu berbuka:
a) sup remnant ayam
b) sayur goreng
c) cendawan tiram goreng
d) teh o panas
c) cara manis dan cucur badak

Menu sahur:
a) sayur goreng
b) Drummet Ayamas goreng
c) telur dadar
d) nescafe panas





Bye,

16 August 2010

5 Ramadhan 1431H

Hari ini paling best sepanjang 5 hari berpuasa. Sebabnya, semua berkumpul di rumah PJ untuk berbuka.


Seronoknya, berbuka ramai-ramai. Tapi sayu hati bila dah tak dapat berbuka setiap hari bersama keluarga. Sejak pindah Shah Alam, dah 2 tahun puasa kat sana (Shah Alam). I miss it. And also kesian kat my mom kena buat seorang. 


Dulu-dulu, kami (me and hubby) akan turun dalam pukul 4.45am. Panaskan nasi, lauk-pauk, buat air, siapkan meja, hidang makanan, kejut adik-adik, then basuh pinggan and kemas dapur. Kira shift sahur tu on us la kan.


Bila balik kerja, kami berdua lepak aje. Adik-adik yang kemas meja, hidang makanan. Paling tidak pun buat air sebab depa suka beli air ais. Kureng sikit la, sejuk, pastu terasa kat tulang belakang. Mak akan masak untuk berbuka dan sahur. Tolong-tolong pun tolong emak aje.


Tapi dah pindah SA, shift sahur ka, shift buka ka, dua-dua pun kena pulun.


Alhamdulillah tahun ni, adik saya take over masak. Bab kemas dan basuh pinggan, pass baton kat adik lelaki saya. Dah tinggal berempat, kenalah buat. Dulu-dulu, akak dan abang (ipar) ada, depa relaks banyak. La ni, kena kerja lebih la ganti masa kami ada.


Oh ye, untuk berbuka kali ini, saya kena masak Nasi Ambeng. Lauk-pauk untuk Nasi Ambeng ni adalah ayam masak kicap, sambal goreng jawa, mee goreng, serunding kelapa dan ikan masin. Makan dengan nasi putih. Ini makanan tradisi Jawa, dan memandangkan saya adalah menantu hantu kepada keluarga Jawa, maka saya macam terror masak masakan ini. Padahal saya adalah terror memakan sahaja.


Sebab banyak proses memasak lauk ni, maka saya agihkan seperti berikut:
- ayam digoreng pada hari sabtu selepas waktu berbuka. Tumis kicap hari Ahad.
- tempe, tahu dan kentang digoreng sebelum ayam sebab ayam lambat masak. Tumis sambal goreng hari Ahad.
- serunding tak buat sebab lenguh nak menggaulnya.
- ikan masin pun tak masuk jugak sebab tak ramai peminat
- mee goreng maak hari Ahad petang.


Boleh tak hari Sabtu tu, ayam kat kedai runcit tinggal seekor sahaja? Harga ayam adalah RM7.10/kg. Takpelah, ambil aje sebab nak tunggu Ahad baru nak goreng time puasa, memang muntah la saya tak tahan dengan bau gorengan tu.


Ahad pagi pergi beli 1 ekor lagi. Harga masih sama. Mula menggoreng jam 2 petang. Kesian jiran-jiran saya terbau gorengan ayam tu. Maafin kakak. Dah habis goreng ayam, terus tumis sambal goreng. Pergh..sedapnya bau. Sekali lagi kepada jiran saya, Maaf Zahir dan Batin.


Relaks sekejap, then pukul 4pm mula tumis ayam kicap. Yang ni sekejap aje, yang lama sebab biar atas api untuk kadar serapan maksimum.


Lepas asar, terus ke PJ. Seperti biasa, kami adalah yang awal. Takpe, boleh chop tempat baring depan tv.


6.45pm baru bangun hidang makanan. Nasib baik dah siap pesan jangan beli apa-apa makanan berat. Kuih pun takde rasanya. Sebab Nana & Umar bawak roti sardin gulung, Ijah goreng karipap. Then kak Linda bawak bubur kacang.


Memang melimpah-limpah rezeki hari Ahad tu.


Ada cerita lawak. Semua dah duduk kat meja. Then abang (sulung) pun tuang air cincau (kot?) ke dalam gelas. Untuk dia la kan. Pastu, boleh dia layan terus suakan ke mulut dan minum? Semua macam terpegun tengok dia buat, then baru ada yang tegur "eh belum azan la". Tergelak semua kecuali anak dia. Fatihah tak perasan papa dia minum sebelum azan and she said this, "Papa ni, azan aje terus minum". Nasib baik cik kak ni tak ikut minum jugak. Adoi memang kena gelak sakan la abang malam tu.
Bye,

15 August 2010

4 Ramadhan 1431H

Aduh, hari lagi teruk dari semalam. Semalam, walaupun sakit, tapi sebab ada kat office maka tak terasa sangat mengantuk dan letihnya.


Bila kat rumah, memang tak boleh buat apa. Melepek aje terbaring. Tak kat depan tv, kat dalam bilik atas katil.


Hubby pergi bengkel pun dia gerak, salam, peluk, cium pun mata tutup. Bukak kejap tengok jam dah pukul 10.00am. Tutup lagi kejap. Bukak balik dah jam 11.00am. Bila tutup dan bukak balik dah pukul 12.00 noon, terus paksa bangun jugak.


Gi living, terbaring kat depan tv. Then my sister called saying she's coming to my house. Ajak dia gi kedai, beli bahan masak. Ada kawan, okay sikit.


Paling kelakar, time puasa kali ni, tak boleh tengok rancangan masakan kat tv. Tak tahan, babe. Tapi kalau kat internet, tak jadi masalah pulak.


Memang sabtu tu banyak tidur aje. Sebab bila bangun, gusi yang bengkak tu acting up. Dari menyampah tak tahan sakit, baik tidur, dapat menjauhkan dosa kecil.


Menu berbuka:
a) Mee hoon goreng - home-made
b) Kuih muih - kuih ketayap dan cucur badak - beli
c) Teh O panas


Menu sahur pulak:
a) Sardin goreng
b) Sawi goreng
c) Nasi panas
d) Nescafe
Bye,

14 August 2010

3 Ramadhan 1431H

Semalam memang dugaan betul.  Terasa sakit perut kat office, so okaylah. Dah habis buat business, tetiba rasa lagi sakit perut tu. Entered the toilet again, tapi tak keluar apa-apa, as if dah kosong la kan perut tu. Tetiba, perut cramp giler. Tak boleh berdiri tegak, kena bongkok, if not sakit sangat.

Dahlah ada meeting kat DBKL dengan big boss lagi. Tapi dah tak tahan sangat, gi klinik. Abandon boss pi meeting sensorang. Kat klinik pulak doktor datang lewat. Selalu by 9, dah ada. Ni kena menunggu 1/2 jam lagi. Sampai berpeluh-peluh menahan sakit.

Doktor suspected either urinary tract infection or ovulation time. Sebab musabab: Puasa, so kurang minum air for UTI. Doktor mintak sampel urine, tapi mana ada nak bagi. Dah keluar masa kat office, dah kering la time macam ni. So she can't determine which causes the pain. She gave me medicine to kill the pain and sachets drinks to drink. And also a medical certificate.

Pergi balik office sebab nak settlekan SIKIT kerja. End up, I stayed until 5.00pm selesaikan kerja urgent. Nak submit Isnin before 12 noon, so by right I have to do it and settled it by yesterday.

Ha, serupa tak MC aje kan? Yang MC adalah masak sendiri. Balik rumah terus baring kat katil nak rehat. Terus tertidur and terjaga pukul 6.30pm. Tak larat sangat, called hubby mintak belikan food and kuih-muih.

So, azam nak memasak sendiri dah bocor sikit. But I didn't regret it, bukan sesaje beli. And beli pun di kedai yang biasa kami makan, so rasa and kualiti terjamin la.

Then terawikh pun tak buat. Malam tadi jam 1.30am, terasa sakit kat area geraham bongsu, only bukan kat gigi, dekat nerve dia and urat kat leher tu. Aduh, sakit giler. Tried tahan, tapi memang tau takkan tahan mana pun. Baca doa hilangkan sakit pun tak jalan, makan ajelah actifast tu. Baru lena tidur sampai nak terbabas sahur. Syukur hubby tersedar jam 4.50am.

Dahlah belum masak sayur, belum buat sambal kicap ngan goreng telur. Tak kalut, cuma risau tak sempat aje. But knowing imsa' is at 5.43am, so cool aje. Mintak tolong hubby buatkan sambal kicap, and I prepared the sawi goreng bersos tiram and telur goreng. Then Nescafe panas and air suam.

Alhamdulillah, sempat sahur, siap ada masa kecederaan lagi.

So, post-mortem 3 Ramadhan:-

a) Membaca al-quran.
- hanya juzuk 30 aje. Ada perubahan dari sebelum. Saya rasa susah sikit kalau bermula denga Al-Baqarah. Ayat surah tu panjang-panjang, jadi saya baca yang senang dulu, then baru ikut turutan. Semangat nih.

b) Berbuka puasa dengan masakan sendiri.
-Yang ni, dah bocor. Tapi with valid reason:Sakit.

c) Terawikh.
-pun bocor jugak. Bangun lewat.

Menu berbuka:
- Nasi putih
- Ayam rendang
- Buncis goreng
- Lepat pisang dan cara manis
- Teh O
- Air suam
- ubat

Bye,

13 August 2010

2 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, dah hari ke-2 berpuasa. Ada bertambah baik dari segi energy. Cuma pengisian Ramadhan masih belum memberangsangkan.

Mari buat post-mortem:-

a) Membaca al-quran.

Belum lagi, huhu. Cuma dengar bacaan al-quran dari Sheikh Ghamdi.

b) Berbuka.

Masih lagi masak sendiri, cuma beli kuih dan roti jala.

c) Terawih.

Haha masih buat lapan sendirian pada jam 414am. Lepas hubby pergi surau, terus tertidur. Letih sangat lah tu.

Menu untuk 2 Ramadhan.
- Nasi goreng udang
- Drummet Ayamas goreng
- kuih karipap dan sosej goreng
- roti jala dan kari.
- sahur: maybe tambah telur goreng

Bye,

11 August 2010

1 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah, selesai 1 hari berpuasa di bulan yang mulia ini.

Post mortem:

a) Masih belum mula membaca al-quran setakat asar tadi. Tapi saya dengar bacaan al-quran sepanjang di pejabat tadi. Dah download bacaan sebanyak 30 juzuk itu, sekurang-kurangnya saya mendengar ayat-ayat suci.

b) Berbuka dengan masakan sendiri kecuali kuih sahaja yang dibeli.

c) Terawih malam pertama hanya 8 rakaat sahaja. Itupun buat pada jam 415am tadi. Malam tadi hubby tak larat nak ke surau, makanya tak pergilah saya. Nak buat awal, mata dah mengantuk, kalau buat masa pukul 10pm tu, sure mata dah takleh lelap. Itu yang tunda ke pagi.

Untuk rekod, menu berbuka/sahur:
- Ayam masak merah
- Sayur campur
- Teh O
- Kuih lepat pisang dan kek kukus
- Tambahan sahur: Telur dadar mayonis

Owh, kuih dan 40 sen sekeping. Ayam masih kekal harga semalam.



Bye,

10 August 2010

Menu sahur 1 Ramadhan 1431H

Just for the record, so I know what I cook.

a) Ikan Selar masak Kicap

b) Kobis tempe masak Lemak.

Owh, by the way, chicken is RM7.10/kg.

Bye,

Kuih Ramadhan 2010

Selamat datang Ya Ramadhan. Saya berharap dan berdoa agar Ramadhan kali ini:-

a) Menjadikan saya muslimah yang lebih baik dari sebelumnya.

b) Dapat membaca Al-Quran sekurang-kurangnya 1 muka setiap hari. Paling 
    tidak pun, bacaan ayatul quran sentiasa berkumandang terutamanya dalam 
    kereta.

c) Puasa saya kali ini, kuat sedikit dari tahun yang lalu dan tiada gastric attack 
    or asthma.

d) Saya nak cuba untuk memasak sahur dan iftar. Tahun ini, untuk mudah, 
    akan berbuka nasi dan lauk-pauk. Semoga hasrat ini tercapai.


Sempena menyambut Ramadhan ini, saya dah beli kuih untuk Ramadhan. Kurma, Kismis, Pistachio, bekal masa berbuka.

Selamat Berpuasa Kawan-Kawan. Maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya.
Bye,

09 August 2010

RM 7.00

Kadar zakat fitrah di Selangor.


dari Bharian:


SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menetapkan kadar zakat fitrah adalah RM7 seorang di negeri ini, bagi 2010, iaitu sama seperti tahun lalu.


Sama eh tahun lepas?Tak perasan lah pulak, sejak hubby bayarkan zakat nih.
Bye,

07 August 2010

Ku ada kamu sayang..

Di kala ku kehilangan

Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk

Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Selagi ku ada kamu

Note: Terima kasih sayang. I love you.

Bye,

01 August 2010

Durian overdose

There goes my pantang..

Durian fiesta at my uncle's house and as a reward, i went home with a bonnet full of durians.....

but without the 'isi', only the kuh-lit.



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign