Tinta Si Isteri Mekanik: September 2010

30 September 2010

3 more to go

Puasa ganti.


Orang lain dah siap puasa enam, saya baru hegeh-hegeh.


Salah saya sebab tak larat nak bangun sahur. Kalau tak bangun, nanti hubby tak kasik puasa. Tau sangat isteri dia ni sure tak larat nanti. Dah lah kena drive sendiri, takut nanti dia yang kena fetch.


Sedangkan time Ramadhan pun lembik, apatah lagi time syaiton dah terlepas ni.


Jumaat puasa lagi, then Isnin Selasa or Selasa Rabu.


Chaiyok chaiyok..


Bye,

28 September 2010

Uncle, nak beraya boleh?

Hubby kena attack masa balik kerja. Hari Rabu lepas.

Sama ayat dia. "Uncle, nak beraya boleh?".

Kelakar betul. Then masuk rumah hubby bagitau yang anak-anak jiran nak beraya. I asked hubby to tell them to come at 8.30pm and ring the bell.

Right on the dot they arrived. Masa tu kuih belum susun dalan pinggan lagi tapi tak kisah la kan.

Bila jemput mereka menjamu selera, saya cakap "Uncle kata, kalau nak duit raya, kena habiskan kuih semua."

Semangat semua nak makan. Kelakar pulak tengok. Sempat nego lagi kalau habis nak RM2.00 untuk duit raya.

Bila tanya kenapa 3 orang aje, anak-anak tu jawab, "Ramai-ramai tak best. Nanti dapat sikit aje."

Hm..materialistik or mata duitan?

Bye,

25 September 2010

Acik..kami datang nak beraya..

Budak-budak sekarang, memang berani.

Hari sabtu malam, masa balik dari open house, ada la anak-anak jiran tu jalan dekat parking. Masa saya park kereta dan keluar, depa dok tunggu aje kat depan tu. Ingatkan depa tunggu kawan, rupanya,

"Acik, kejap lagi kami nak beraya rumah acik boleh?".

"Alamak, acik nak keluar kejap lagi. Hari Isnin boleh?"

"Isnin sekolah".

"Malam la, acik pun kerja. Dalam 8.30pm."

"Okay."

"Tau tak mana rumah acik?"

"Tau."

Lawak betul la diorang ni. Isnin tu, tunggu punya tunggu, pukul 9 baru tiba. Rupanya gi ngaji dulu.

5 orang. Semua perempuan.

And kids say the darndest thing.

Mulut semua kecoh.
Bye,

23 September 2010

Kluang la pulak

Pagi-pagi dah siap nak gi Kluang, Felda Ulu Dengar. Kat sini ada adik mak, Cik Mah. Dia tak sihat, lepas buah pinggang dia rosak kedua-dua belah. Campur pulak dengan sesak nafas dia.


Tiba around 10 lebih. Hm..kena tunggu lunch jugak. Cekap juga anak dara tu masak. Sambal goreng, sayur, sardin, sambal bilis cili padi. Sedap.


Balik singgah kejap kat rumah sepupu. Titipkan amanah. Sekejap aje, tak masuk pun sebab sepupu saya kerja, yang ada anak buah aje. Hehe. Lagipun nak ke rumah kakak ipar. Masa tu dah pukul 1, kami nak balik cepat. Next year ye Kak Ruby and Abg Apar.


Masa ni ada GERAM dengan hubby. Dia CALARkan kereta kami. Dah memang tak lepas masa reverse, dia nak cuba jugak. Akibatnya, bercium dengan dindinglah jawabnya. Ingat sikit aje.


Teruskan ke Olak Batu. Kat sini, turun aje kereta, terus tengok mangsa kejadian. Tak kemek cuma calar yang agak ketara. Jeling hubby, tanda geram. Masuk rumah, merajuk ngan dia. Amik bantal, carik port kipas. Panas wooo, ai kan puteri lilin. Hubby pun baring kat sofa. Konon nak tidur la tu. Tapi ngan hubby, buang karan aje merajuk, confirm tak pujuk. Kita yang merajuk, nanti dia yang kena pujuk. Ada faham?


Isteri mistali ni amik bantal kasik kat dia. Dia cakap dia penat. So nak tidur, bukannya merajuk. Iyolah tu. Saya pun sempat tidur sementara kakak ipar tu masak. Makan lagi kat sini. Udang sos, ikan aam pedas, sayur meranti. Sedap.


Terus balik rumah, tapi lalu Parit Sulong. Singgah cari paper tapi takde. Ajak hubby gi kedai-kedai kat situ, dia ok. Cuma bila ajak jalan-jalan dia malas. Terus sentap. Balik terus masuk bilik. Merajuk dan...
Hubby masuk, pujuk-pujuk terus saya tidur. Hubby kata saya pening kepala, cover line.
Bye,

Raya Ketiga di Batu Pahat

Berkonvoi dengan makcu. Dia dah kat Parit Jawa, kami masih belum siap apa-apa lagi. Dahlah hubby pi pasar Parit Jawa tu belum balik. Cuak seii takut tak sempat catch up ngan makcu.


Hubby balik saya dah siap mandi, gosok baju dan make-up. Then bertolak dan terus ke Batu Pahat. Ikut jalan Kg Sarang Buaya, Semerah then Batu Pahat. Sekali tengok, kami tiba dulu. Sebabnya, banyak kereta, tapi tak jam sangat.


Kami pergi beberapa buah rumah. Saya wakil ayah dengan mak sebab mereka tak balik nak ziarah.


Rumah pertama adalah rumah Pak Long Aman. Kat sana ada Tok Ngah, adik-beradik Tok Mak (bonda mak). Memang setiap tahun rumah wajib pergi. Tapi Tok Ngah pun dah tak berapa sihat, dah banyak lupa. Tambah lagi memang pendengaran dah kurang, bila cakap macam kena jerit-jerit gitu. Nak balik, bila bersalam aje, sure menangis. Cakap kejap sangatla, apala. Tapi saya selalu cakap, kalau nangis tak mau datang lagi. Macam kejam tapi sebenarnya, kalau dia nangis, saya pun join jugak.


Then ke rumah Arwah Pak Wahid/Cik Sarah. Jenguk dia membawa pesanan mak. Alhadulillah, nampak dia bertambah baik, dah boleh cerita tentang arwah dengan tenang. 


Pastu ke rumah Cik Molly/Cik Din, anak Tok Ngah. Kat situ lunch. Asam pedas ayam kampung. Sedap. Nasib baik pakai Premium Beautiful, dapat control sikit intake. Kuih pun sedap, nasi pun tambah.


Lepas Taman Pelangi, Jalan Parit Besar, pergi singgah pulak rumah Tok Uda/Mak Tok kat Simpang Lima, Peserai. Ini adik Tok Bak, ayah kepada mak saya. Kat sini pun kuih dia sedap. :). Tok Uda ni pandai masak tau. Memang masak waktu kenduri.


Dah habis Batu Pahat, tibalah masa ke Parit Belukar Cina, Air Hitam. Masa tu dah pukul 4 lebih. Marhaban belum tiba lagi. Mak dan kakak ipar/biras kelam kabut masak. Asam pedas ikan, sayur goreng, ayam goreng. Simple tapi buatkan saya meratah lauk. Nak makan nasi, tapi dah sendat dah perut ni.


Malam beraya kat Muar aje. Pergi rumah Nyayi (belah mak) then ke rumah sedara-tak-tahu-nak-kaitkan. Kejap aje sebab kena drive, then sakit kepala pulak sampai kena telan paracetamol. Agaknya kurang minum air kosong, plus panas kat sana masa tu. Terus tidur.


Bye,

22 September 2010

Beraya di Muar - Raya kedua

Dari raya kedua sampai Hari Malaysia kami berada di Muar.  Bertolak jam 9.30pagi terus exit Tangkak sampai ke Air Hitam Batu 18 jam 12.00 tengahari.


Semalam masa hubby call mak, riuh betul sebab ramai yang ada. Kak Jam dari Pontian, Abang Aniran dari Kuantan, Kak Ros dari Hulu Langat dah ada kat rumah dah. Biasanya mereka raya kedua baru balik rumah mak, tahun ni raya pertama dah ada dah.


Bila tiba, tengok 2 famili dah takde. Pergi beraya. Tak tunggu kitorang. Tapi takpe, ada Kak Ros and kembar hubby belum beraya lagi. Selamat sikit.


Sampai aje, borak-borak sikit, terus cakap kat Kak Ros, "Akak, kitorang lapar". Hawau tak? Hehe selamba badak. Terus dia siapkan hidangan atas meja. Kami cuma angkat beg masuk bilik. Duduk kat meja, riangnya hati ada ketupat lagi. Lodeh dah takde tapi rendang ada lagi. Sudah cukup.


Petangnya, takde buat apa sangat. Orang kampung datang Marhaban or Baraan. Raya kedua lelaki, raya ketiga perempuan. Tunggu punya tunggu, sampai jam 4.15pm. Giler lambat, itupun ada banyak rumah tak pergi lagi. Kami selamba TURU, hubby penat drive, pastu kami ada bilik, kipas dari KL, lagi syok tidur.


Malam, pi beraya rumah Kak Long/Abg Hamid. Kat sini lawak, adik Abg Hamid tu rasanya tiap tahun memang jumpa dia kat sana. Boleh masa nak balik tu, dia tanya hubby, "Yang ni orang rumah eh?". Tapi pelan-pelan aje tanya, tapi saya terdengar.


Pastu Abg Hamid tanya hubby kenapa saya KURUS. Haha Gelak Devil la saya. Tapi hubby potong stim dia kata memang kena kurus. Menci ai tau, baru nak feeling-feeling.


Pastu gi rumah Embah-apa-tah. Kat sini lawaknya adalah..kan hubby kembar kan? Boleh Embah tu kata kenapa Abg Rahman (kembar) tu lagi tuek (read:tua) dari hubby? Hubby nampak muda. Bangga giler suamiku, yang Abg Rahman sentap sebab Embah kata dia tua. Dia jawab, "Anak dah dua, memang nampak tua". Gelak besar kitorang masa tu. Hubby cakap, misai ngan janggut dia buat dia nampak tua.


Then singgah rumah Cik Man, adik bapak yang bongsu. Kat situ makan mee sanggul yang baru digoreng. Makan dengan sambal kicap. Marvelous Fantastico. Cik Idah, isterinya Cik Man tu dia kerja buat Mee Sanggul ni. IKS.


Baru habis raya kedua.


Bye,

Berita Harian Online | Mohd Fazli dihukum gantung selepas didapati bersalah bunuh Syafiah Humaira

Berita Harian Online | Mohd Fazli dihukum gantung selepas didapati bersalah bunuh Syafiah Humaira

Bye,

19 September 2010

Kemeriahan 1 Syawal

Tahun ini, kami beraya di PJ dahulu.  Seperti biasa, sesi pembahagian menu masakan dilakukan semasa bulan Ramadhan lagi. Dan macam biasa, saya kena masak lodeh dan juga teringin nak masak sambal goreng. Ketupat daun tak buat tahun ini, sebabnya tauke ketupat tu kerja masa Khamis. Masak ketupat segera aje, dahtu, bila pulak dia nak menganyamnya, pukul berapa pulak nak tenggek atas dapur tu. Kak Linda kena masak rendang dan sambal kacang.

Disebabkan saya pun bekerja hari Khamis tu, maka sesi memasak adalah dilakukan di Shah Alam sahaja. Senang sikit.

Lagipun kami ada jemputan berbuka puasa. Menu berbuka tak perlu difikirkan. Hari Rabu dah bergegas ke kedai beli bahan-bahan lodeh dan sambal goreng.  Sayuran seperti kacang panjang, kobis, carrot, tauhu dan tempe serta fucuk dan suhun. Untuk sambal goreng, kentang, tauhu, tempe, suhun dan fucuk.

Sebelum pergi majlis berbuka tu, dah siap goreng tauhu tempe serta dah tumis lodeh tu, cuma belum masukkan santan aje. Bukan apa, takut cepat basi.

Pagi Raya

Bangun dan terus siapkan air minuman untuk hubby. Then terus mandi dan bersiap sebab nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Memang dari kecil lagi semua kena pergi solat sunat ini kecuali bila uzur. Tak best kalau uzur sebab kena siapkan meja untuk orang balik solat. Kalau semua pergi masjid, balik nanti ramai-ramai siapkan hidang juadah.



Bakal-bakal Haji dan Hajjah

Balik solat, terus ramai-ramai siapkan hidangan dan meja. Cuma Umar dan Nana sahaja takde sebab depa beraya Gombak. Makan-makan dan berborak.

Belum sempat bermaaf-maafan, dah Ayahchik sekeluarga datang. Then tengah makan, Ayahchu and family pulak tiba. Penuh rumah kejap. Sekali tengok, nasi impit dah habis, kena masak pulak.

Kecoh sekejap sebab banyak kerja. Tak kisah, sebab Raya kan. Elok aje mereka balik, terus ambil peluang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan.

Memang ratu air mata saya ni. Bersyukur sebab mak dan ayah dipanjangkan umur untuk bersama-sama menikmati Aidilfitri tahun ini. Baru cakap sikit dah meleleh air mata. Masa dengan emak pun, langsung tak sempat. Pastu ngan abang dan kak linda, then dengan hubby, and Ijah dan Muhammad dan Fatihah.

Muka selepas insaf. :)

Break kejap masa solat Jumaat.  Then petang tu hujan lebat, aktiviti paling menarik adalah TURU.. Abang & family dah gi Gombak, tunggu Umar tak sampai-sampai lagi, maka kami semua bergabung tenaga untuk TURU bersama-sama. Bangun, makan lagi sebab Kak Linda bawak juadah dari Gombak.

Malam, ada lagi sepupu datang. Meriah sangat sebab ayah dah jadi Pakcik paling tua yang masih hidup. Rezeki kami beraya di PJ, dapat jumpa ramai sepupu sedara.
Bye,

18 September 2010

Kemalangan dan Kehilangan

Takziah saya dan Rahim ucapkan kepada keluarga Kak Niza atas kehilangan anak saudaranya, Amirul Fahmi Ashraf atau yang kami dan pembaca blognya kenali sebagai Ap.

Dalam last entry Kak Niza ada menyatakan yang mereka (Pah, Kaklong, Ap, Baby dan Amin) akan bertolak balik ke Saujana Utama pada Syawal ke-6.

Ap akan menghadapi peperiksaan PMRnya namun semua itu hanya menjadi kenangan kerana Ap telah menemui Pencipta-Nya dalam kemalangan yang berlaku di Tanjung Karang.

I received a call from a number I am not familiar with. Dalam pukul 3.20pagi. Some more, telefon kat luar tengah charge. Bila baca sms dari nombor yang tak dikenali tu, rupanya Kak Niza beritahu yang Ap dah takde.

Pah cedera teruk di muka dan tangan. Amin (bapa Kaklong, Ap dan Baby) cedera teruk di muka. Kaklong kena jahit di dahi. Syukur, Baby tak apa-apa.

Semalam, Kak Niza called, beritahu Pah kritikal.

Pagi ni, terima sms, Pah dah tranasfer ke Hospital Ipoh, dengan patah tulang belakang, tangan kiri dan kaki kiri patah. Cedera teruk di muka dan kepala. MRI dilakukan bila di Ipoh kerana takut ada bleeding dalam kepala.

Kaklong pulak, tulang pipinya patah dan akan dibedah pagi ini, tapi di Hospital Teluk Intan.

Friends, doakan semoga mereka semua selamat. Tabahkanlah hati Kak Niza dan keluarganya menghadapi dugaan ini, Ya Allah. Kuatkan mereka, satukan hati mereka Ya Allah.




Bye,

10 September 2010

Syawal 1431H

Bye,

08 September 2010

Seloka Hari Raya

Lagu kegemaran saya untuk Hari Raya.


Hail Amir:
Indahnya sungguh di hari raya
Ramainya orang bersuka ria
( 2 X )

Adikku manis cantik bergaya
Bolehkah abang ikut bersama
( 2 X )

Uji Rashid:
Usahlah abang membuang waktu
Mari menuju ke rumah bonda
( 2 X )

Sanak saudara sedang menunggu
Di hari mulia bertemu mesra
( 2 X )

Hail Amir:
Katamu itu abang mengerti
Kusanjung budi puteri ibunda
( 2 X )

Pada yang tua kita hormati
Barulah hidup saling bahagia
( 2 X )

Uji Rashid:
Miskin dan kaya sama sahaja
Hulurkan tangan berjabat mesra
( 2 X )

Hail Amir & Uji Rashid:
Saling bermaaf kita bersama
Lupakan saja sengketa lama
( 2 X )



Dari:
Abdul Rahim & Saudah
Bye,

07 September 2010

A Sad Day

Sebentar tadi, satu-satunya kakak ayah yang masih hidup, Uteh, telah diambil kembali oleh Pencipta-Nya.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Saya akan bertolak ke Kluang sebentar nanti. Doakan perjalanan kami selamat.

Oh ye, hanya seorang sahaja dengan Umar dan Nana.

Hubby tak dapat nak ikut atas desakan kerja.

More stories here and here.




Buat Hajjah Jamilah binti Ahmad

Bye,

03 September 2010

RESEPI : LABU MASAK LEMAK - CATATAN 24 RAMADHAN 1431H

Jam 6.30pm, hubby sms cakap dia balik lewat. Saya ingatkan dalam pukul 7 baliklah dia, tapi sehingga 7.15pm pun masih tak muncul lagi. Telefon cik abang, rupanya dia tak balik sampai kerja dia siap. Alamak, kena berbuka seorang diri lah ni.

Tapi takpe. Ada pengalaman. Biasa aje macam makan sensorang, sunyi? Tak pun. Pasang radio. Tv tutup sebab cerita bosan.

Balik agak lewat sebab ada kerja. Sehingga petang tak tau nak masak apa.

Sampai rumah, masak nasi dulu. Kemudian keluarkan ayam, terus decide nak masak kicap. Tengok-tengok ada labu yang dibeli di Giant semalam. Apa lagi, lemak labu la.

Resepi ni sedap, cuma macam biasa waktu berpuasa ni rasa garam kurang.

Lemak Labu

Bahan-bahan ( 4 org makan )



1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)



1/2 biji bawang besar - dimayang



1 biji cili merah - ditumbuk kasar



2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk



santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)



garam secukup rasa



air secukupnya



sayur bayam/soo hoon



Cara-cara 1.Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk. 2.Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api. 3.Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu). 4.Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak. 5.Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Sedap!
Bye,

02 September 2010

23 Ramadhan 1431H-Menu ekspress

Balik dari pejabat, terus ke Giant Seksyen 13. Tujuannya adalah untuk mengambil spek mata lama berganti lensa baru. Hehe.

Saje menggatal pi bubuh powered lense kat spek hitam. Murah aje tau.

Dah ambil spek, terus masuk Giant. Seronok sikit time ni sebab tak ramai orang. Beli udang saiz XXXL yang berharga RM29.99/kg. Tapi memang berbaloi. Besar betul dan agak fresh lagi.

Yeay, nanti Subway akan dibuka di Giant, menggantikan Dunkin' Donut tu. Nampak signboard dia. Syoknya..

Dan, menu untuk berbuka adalah:
a) Nasi putih
b) Ayam KFC 1 ketul
c) Burger Zinger
d) Potato wedges - fries takde
e) Mirinda Strawberry dan Orange.

Sahur pulak:
a) Nasi Putih
b) Sardin tumis pedas
c) Sup kobis cina

Serik dah makan KFC masa berbuka. Or maybe takleh minum gassy drinks. Rasa nak muntah. Mintak hubby urut sikit, sendawa baru okay.

Sahur pulak belum masak lagi. Tapi kalau lewat, Telur mata Kicap ajelah sayang ooi..

Bye,

Menu 31 Ogos 2010

Hari Kemerdekaan saya tak ke mana-mana. Kat rumah tengok tv dan tidur. Sebabnya? Hubby kerja tapi sampai pukul 12 aje.


Amat memahami sebab nanti duit raya I banyakkkkk..hehehe. Ala dah berbisnes sendiri, ada kerja adalah wang masuk. Kalau malas, memang takde la. Dah biasa dah. Dah nak masuk 4 tahun kahwin dan 2 tahun kerja sendiri, hubby memang workaholic. KERJA, KERJA, KERJA.


Anyway, nak cerita tentang buah tangan dari kampung. Bapak ada tanya saya, nak ubi merah atau tak? Saya tanya, masak apa sedap? Rebus pun ok. Dia tahu saya suka ubi rebus makan dengan sambal tumis. Tapi dah petang sangat dah masa dia cabut ubi tu, jadinya mak tak sempat nak masakkan sambal tumis.


Kemudian, kami pi memetik cili padi, daun kunyit dengan daun limau purut dan limau kasturi. Bawak balik Shah Alam.


Lepas berbuka, siap-siap nak bertolak. Sempat hubby picit kaki mak yang sakit. Sakit-sakit kaki pun, tak reti diam mak ni. Ada aje kerja nak buat.


Tengok-tengok dia hulur bekal. Bestnya. Memang hubby ada cakap kat mak, nak tapau nasi dengan lauk, tak payah masak nanti bila tiba.


Bekal yang dia beri:
a) Nasi putih dan beras - untuk hari esok sebab beras dah habis
b) Ayam lemak cili padi
c) Sambal goreng - heaven
d) Mee goreng
e) Apam berinti - bekal dalam kereta


Apam tu tak habis pun. Simpan dalam fridge, sahur kukus balik.


Lauk-lauk tu banyak, buat dua kali makan - sahur dan berbuka.


Beras tu, mintak sikit sebab memang dah habis, kemudian nak shopping barang dapur on Merdeka day.


So dah janji dengan mak nak berbuka dengan mereka masa Merdeka tu. Hubby kopekkan ubi dan rebus terus. Saya masak sambal tumis ikan bilis. Apam ada lagi. Then tengok nasi sejuk banyak. Terus buat nasi goreng. Siap call mak cakap jangan masak apa-apa sebab nasi goreng, ubi rebus, apam tu banyak.


So menu Merdeka adalah:
a) Nasi goreng bilis udang telur
b) Ubi rebus
c) Sambal tumis bilis
d) Apam berinti.


Alhamdulillah, semua habis.
Bye,

Menu 22 Ramadhan 1431H

Very simple. Sampai ke petang tak tahu nak masak apa. Tengok blog masakan pun still idea tak mari.


Last-last, tiba kat rumah, keluarkan ikan dan rendam sementara saya berbaring sampai 6.30pm.


Menu berbuka:
a) Nasi putih
b) Ikan goreng 3 ekor potong 2
c) Sambal tumis ikan bilis
d) Telur Mata Kerbau
e) Kuih-muih - lepat pisang, karipap, pulut panggang
f) Teh o panas


Ikan tu ingat boleh sampai sahur, tapi tengok hubby selera meratah, suruh aje dia habiskan.


Untuk sahur pulak:
a) Nasi putih
b) Kari ayam
c) Telur dadar
d) Nescafe panas


Kari ayam tu tapau dari rumah mak@PJ masa Merdeka tu. Balik terus frozenkan. Untuk masa-masa kecemasan macam sahur.
Bye,

01 September 2010

TGIF-Ramadhan Buffet Arak

Dari sini.


Berhati-hatilah kawan-kawan semua.


Bye,

22 Ramadhan 1431H

Pagi-pagi bangun nak pergi kerja, muntah nasi yang dimakan masa sahur. Aduh..dahlah tonsil bengkak sebab kurang minum air sekarang ni.


Agaknya, sebab pagi tadi minum Twister Orange kot. Tapi takdelah pulak perut rasa gastrik.


Agaknya, terlebih makan kot. Sebab nak habiskan nasi sesenduk tu, malas nak simpan.


Insyaallah, takde apa-apa hari ini. Setelah 6 hari di bumi Jepun, harapnya dapat berpuasa dengan sempurna dan tak lembik dek kerana muntah ini.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign