Tinta Si Isteri Mekanik: November 2010

30 November 2010

Now is the time


Bye,

Create and Write It


Bye,

29 November 2010

My Sister's Keeper



Sara Fitzgerald’s daughter Kate is just two years old when she is diagnosed with a rare form of leukaemia. Reeling with the helpless shock of it, Sara knows she will do anything – whatever it takes - to save her child.



Then the tests results come back time and again to show that no one in their family is a match for Kate. If they are to find a donor for the crucial bone marrow transplant she needs, there is only one option: creating another baby, specifically designed to save her sister. For Sara, it seems the ideal solution. Not only does Kate live, but she gets a beautiful new daughter, Anna, too.



Until the moment Anna hands Sara the papers that will rock her whole world. Because, aged thirteen, Anna has decided that she doesn’t want to help Kate live any more. She is suing her parents for the rights to her own body.
'Jodi Picoult is not one to shy away from fictional controversy; in fact, the more tangled and messy a moral dilemma appears, the better she likes it.
Daily Mail
'Picoult has been incredibly successful in dissecting the pain that family members go through when faced with sensitive and emotive issues'
Daily Express
'Picoult, once again, grabs a razor-sharp issue and uses her brilliantly intricate pen to expose all the shades of grey with PERFECTION.'
Cosmopolitan

Bye,

Produk Tiruan?

Produk diseludup dari negara jiran 

KUALA NERANG: Dua wanita mendakwa mengalami masalah kesihatan selepas mengambil pil pelangsing yang dibeli melalui ejen yang dikatakan mampu menurunkan berat badan dengan cepat.


Difahamkan, produk itu turut digunakan ahli politik, orang kenamaan, penjawat awam termasuk guru dan polis untuk menurunkan berat badan dalam tempoh singkat.
Produk itu dipercayai diseludup dari negara jiran dan dibungkus semula di sebuah kediaman yang beroperasi di Alor Setar dan dikatakan mengedar di beberapa salun kecantikan di sekitar Jitra dan Alor Setar, selain menggunakan khidmat ejen di daerah lain. 

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Suziana, 26, mendakwa mengalami cirit-birit, pening kepala dan keguguran rambut selepas mengambil pil berkenaan dalam tempoh seminggu selepas disyorkan seorang rakannya. 

Beliau berkata, pil itu dijual dalam plastik lutsinar yang dibungkus semula dengan harga RM70 untuk satu set lengkap bagi kegunaan siang dan malam, manakala set malam pula dijual pada harga RM40. 

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang hanya dikenali sebagai Aisyah, 54, yang ditemui di rumahnya di Kerpan, Jitra kelmarin berkata, pil pelangsing yang diambil sejak setahun lalu menyebabkan dia mengalami sakit sendi kaki yang serius. 
Aisyah yang mengalami masalah berat badan 76 kilogram (kg) berjaya menurunkan ke 70kg dalam tempoh hanya seminggu selepas mengambil produk itu. 

“Akibatnya, saya mengalami cirit-birit, manakala najis menjadi hitam, selain kerap pening kepala dan muntah,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap Bahagian Farmasi Kedah ketika ditemui berkata, pihaknya akan menganalisis sampel pil berkenaan dan akan menjalankan siasatan berhubung perkara itu. 

Beliau berkata, dari segi pembungkusan, pihaknya mendapati ia menyalahi peraturan kerana setiap pil yang diluluskan Kementerian Kesihatan mempunyai label, tarikh dan nama pesakit tetapi pil ini tidak mempunyai sebarang label. 

“Kita percaya kemungkinan besar pil ini mengandungi sibutramine yang boleh menyekat selera makan pengguna tetapi boleh menyebabkan kesan seperti kerosakan jantung, buah pinggang dan hati, selain boleh menyebabkan kematian,” katanya. 

Jurucakap itu berkata, jika didapati bersalah, pengeluar pil itu boleh disiasat mengikut Akta Racun 1952 dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM5,000 atau dua tahun penjara atau keduanya sekali. 

Beliau berkata, kes itu juga disiasat mengikut Akta Pendaftaran Ubat dan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik kerana ia dipercayai mengandungi bahan ubat terkawal dan tidak berdaftar dengan kementerian itu dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Bye,

27 November 2010

RESEPI : MEE BANDUNG MENGGUNAKAN PES ADAMI

Setiap kali balik ke Muar, saya takkan lepaskan peluang untuk membeli perencah Adami. Bukan kat sini takde, ada aje kat Tesco tu, tapi harganya berbeza. Jadi bila balik Muar aje, terus borong. Untuk 4 buah rumah iaitu Rumah PJ (parents), Rumah KL (Abang), Rumah Shah Alam (our house) dan Rumah Putrajaya (Umar).

Bila kemas-kemas kat drawer perencah, rupanya ada beberapa bungkus perencah Mee Bandung Muar ni. Kebetulan pagi ni nak breakfast kat warung kegemaran kami, terus beli bahan untuk masak Mee Bandung ni.

Resepi ada tertera di belakang perencah ni, tapi saya ternampak Encik Mat Gebu ada buat penambahan pada resepi ni. Sebab dah biasa sangat masak cara perencah tu, maka saya pun tiru lah Mee Bandung Muar DTS ni.

Saya tiru dan tampal terus kat sini ajelah.

Mee Bandung Muar

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg mee kuning
300 g daging
10 - 15 ekor udang besar
3 pokok sawi hijau
1 biji tomato, belah 4
Garam dan sedikit gula
Air secukupnya
1 bungkus perencah mee bandung "Muar" (seperti gambar dibawah)
5 - 6 biji telur
5 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
3 keping tauhu, digoreng, hiris nipis*
Hirisan daun sup*
Hirisan cili merah*
Belahan limau kasturi*(*bahan sampingan)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus dengan 1 inci halia (dititik) hingga empuk, ketepikan. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus 10 minit. Kisar kulit udang hingga halus dan tapis untuk stok. Ketepikan. Udang dicuci bersih dan toskan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batang sawi, potong batang sawi dan kerat daunnya. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna kuali). Tumis hirisan bawang putih dan merah hingga harum, masukkan perencah mee bandung dan kacau rata. Tuang air rebusan daging bersama dagingnya, stok kulit udang dan air secukupnya (anggaran 800 ml atau ikut keperluan). Biar mendidih.
  3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dan masak perlahan hingga telur timbul. Kemudian masukkan batang sawi dan udang. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun sawi dan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok, boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE BANDUNG MUAR :- Cuci mee kuning dan celur sekejap, angkat toskan dan isi kan ke dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah bersama2 isi dan satu biji telur untuk 1 mangkuk. Tambah bahan2 sampingan dan hidangkan segera.....Memangg Syiokkkk!!!!!
  5. CATATAN MAT GEBU :-) Untuk telur tu, mat masak asing, cedok keluar kuah mee bandung (anggaran 2 cawan) dan isi kan ke dalam kuali "non-stick", gunakan api kecil, pecahkan sebiji telur dan biar masak hingga kuning telur mengeras. Angkat dan alihkan ke dalam periuk kuah mee bandung. Ulangai proses sama sehingga telur habis.
Tapi saya tak buat yang rebus kulit udang tu, yang lain-lain saya ikut betul-betul. Rasa lebih sedap dengan cara ini. Cubalah.
Bye,

26 November 2010

Mudah Bukan Mudah

tip motivasi: 


untuk berjaya, bukannya mudah. 


kalau mudah semua orang sudah berjaya. 


semua orang suka melakukan perkara mudah sahaja. 


sekiranya apa yang kita lalui setiap hari, adalah perkara2 mudah sahaja- 


ingat... yang mudah tu la orang lain pun buat. 


so, lakukan perkara2 yang susah sekali sekala


-irfan khairi-


Bye,

23 November 2010

Spare

Spare tyre, spare tyre..

Hi abang, nak spare tyre saya tak? Marilah pegang, ambil spare tyre ni..



Apa ni, gelilah..kata abang tu.

Takkan nak tunggu samapai encik abang sayang cakap begitu baru kita terhegeh-hegeh nak cari penyelesaian?

Bila dah dengar begitu, kita akan terdorong mencari jalan singkat untuk menguruskan badan. Crash diet, pil-pil menguruskan badan, all sorts of slimming tea or drinks yang mengatakan boleh menghilangkan berat badan sebanyak 20kg in 1 months!

Desperate measures akan menghilangkan logik kita untuk berfikir. Kita akan terpengaruh dengan iklan-iklan sebegini. "Wow, look at that! She manages to loose 20kg. I think I can too as I am not that heavy".

Trust me, you will follow her step. Spent hundreds ringgit on slimming products. I have been there. You name it, I almost done everything. Slimming teas - dari sungguh tak sedap to okaylah, Slimming pills - dari UK to China products, Slimming drinks - sampai kena gastric attack.

Then those corsetla, girdle la, slimming pants la. Apa sahaja yang menjanjikan SATU Perkara - KURUS.

I still have the last set that I wore during my wedding day. I can't wear it now because it did not grip my body the way it used to.



So what else to do than ditch it?

Beli mahal tapi cuma setakat 1 tahun setengah aje. Takkan tetiap tahun nak beli?

But, with Premium Beautiful, you only have to pay for it ONCE, and you will enjoy the benefits for LIFE.

This is me after a month wearing Premium Beautiful.


Bye,

Korban


Peserta Lembu No.2
a) Salleh Haji Ahmad (Ayah)
b) Normah Sarman (Emak)
c) Abdul Rahim Kassim (Suami)
d) Saudah Salleh
e) Adlan Salleh & Keluarga (Abang)
f) Umar Salleh & Isteri (Adik)
g) Hjh Jamaliah Haji Ahmad (Uteh)

* Muhammad dan Khadijah lembu no.3 sebab kuota dah penuh.


Proses penyembelihan bermula - No.1 dan No.2



Lembu No. 2 - Umar dan Rahim sedang melapah


Senarai penuh peserta - No. 2 dari 7 ekor


Hampir siap - Seorang peserta dapat 4kg daging.


Ladies in action - Masak time


Potong memotong bergotong royong



Hasilnya? Yummeh - Cuba teka masak apa ni?



Anak-anak Tahfiz sedang mengemas dan mencuci



Siap!
Bye,

19 November 2010

Mudahkan Yang Susah



Bye,

18 November 2010

NEVER AGAIN..


Bye,

11 November 2010

Stress


Terkesan di hati bila membaca kisah ketabahan seorang khalifah ini. Jadi bila melawat darussyifa, terjumpa pula doa ini. Marilah kita bersama-sama mengamalkannya kerana kehidupan kita ini penuh dengan tekanan.






Bye,

10 November 2010

Mari kita sama-sama berdoa

Bye,

09 November 2010

DO NOT STOP



Bye,

04 November 2010

Negatif Positif

"Seseorang dengan sikap negatif mlihat masalah dalam semua peluang,


sebaliknya seseorang yang lain dengan sikap positif melihat peluang dalam semua masalah"

Bye,

RESEPI : DAGING MASAK HITAM

Daging Hitam 



200gm daging
1 labu bawang besar-potong bulat
6 biji cili api-hiris or sebijik2
2 ulas bawang putih-hiris
1/2 in halia-hiris
1 sudu makan lada hitam-tumbuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun ketumbar
sedikit minyak masak

masak daging hingga kering air dlm kuali. jika daging keras sila tambah air n masa hingga daging empuk. kemudian masukkan 2 sudu besar minyak n goreng seketika.
masukkan bahan hiris. kemudian masukkan lada hitam, sos tiram n kicap manis.
tambah sedikit air n masukkan daun ketumbar. sesuaikan rasa n angkat.
resepi dari kak Jun. terima kasih kakak.


*Nota sikit:
- Sangat senang sebab bahan tak banyak
- Cuma daging tu kalau kita nak cepat, baik rebus hari sebelumnya dan simpan dalam freezer/fridge. Nak masak, cuma keluarkan dan terus tumis bahan. Saya selalu buat macam tu. Balik kerja, terus goreng/rebus sumber protein untuk menu esok. Jimat masa.
- Petua nak lembutkan daging:-masa rebus, JANGAN letak garam, gantikan dengan gula. Satu sudu besar utk daging dalam 500gm. Daging tu takkan rasa manis, jangan risau.
Bye,

03 November 2010

Dream or Dreaming?

You decide.




Bye,

02 November 2010

Hati-hati Jangan Terleka

Daripada Email.


Semoga menjadi panduan dan ingatan kepada semua.




Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU3 Keramat, KL. 

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. 

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar. 

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam  keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permaianan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan... 

Semoga peristiwa ini  juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign