Tinta Si Isteri Mekanik: Size does matter

22 January 2011

Size does matter

Dalam apa jua perniagaan, kita perlulah mempunyai matlamat dan cita-cita. Bukan hanya perniagaan, hidup kita juga perlukan matlamat dan impian.

Biasanya, impian kita adalah sesuatu yang lebih baik atau lebih hebat atau lebih besar dari apa yang kita punyai sekarang ini.

Bukanlah maknanya kita tak bersyukur, tetapi lebih kepada memotivasikan diri untuk berusaha menjadi lebih hebat.

Contohnya, dari kereta Kancil ke Gen2 ke BMW 5 series, dari apartment ke teres 2 tingkat ke Banglo 5 tingkat. Atau simpanan sebulan dari RM10.00 ke RM10,000.00 sebulan.

Kenapa kita perlukan target yang lebih besar? Atau kenapa kita perlu THINK BIG?


source:google

"I like thinking big.
If you're going to be thinking anything,
you might as well think big."-Donald Trump

Beyond The Quote
Challenge yourself to think on a higher level. Go above and beyond the standard of what is expected and strive for the most extraordinary accomplishments.

Kesimpulannya, apabila kita berfikiran jauh dan berimpian besar, kita akan teruja untuk mencapai cita-cita tersebut. Kalau saya punya impian BMW 5 series, saya akan kumpulkan wang sekurang-kurangnya  mampu membeli Honda CRV. I won't settle only for Perodua MyVi.

Nampak tak saling-kaitan di situ? Walaupun tak dapat apa yang kita mahukan, sekurang-kurangnya apa yang kita usahakan lebih dari apa yang kita miliki sekarang ini.

Right now, I am thinking BIG. BIG Financial Freedom.

Dari sebuah buku yang saya baca, saya akan menjadi JUTAWAN WANG.

I made the right decision when choosing this business. No regret, malahan bersyukur sangat-sangat Allah bukakan hati saya dan merebut peluang keemasan ini.

Remember, in my previous post, in Millionaire's Mind, They saw opportunities other do not see.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign