Tinta Si Isteri Mekanik: Petua Orang Berjaya #2:Saya perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan

02 March 2011

Petua Orang Berjaya #2:Saya perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan

Saya sekarang sedang membaca buku Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk '55 Petua Orang Berjaya'.


Jadi saya coretkan di blog ini agar mendapat manfaat bersama dan menjadi rujukan saya pada masa hadapan.


Kalau kita tak suka kan sesuatu, janganlah salahkan takdir. Jangan salahkan diri sendiri.


Contohnya, tempat kerja kita tak syok. Meja kecik, air cond sejuk sangat. Orangnya dah lah lembab , boring pulak tu. Kita selalunya salahkan siapa? Majikan? Tentu. Kawan-kawan pejabat? Yelah, lembab sangat. 


SALAH Semua tu. Kan tadi dah kata, JANGAN SALAHKAN TAKDIR.


Habis tu, nak salahkan siapa?Salahkan diri sendiri? Saya silap la. Kalau saya pilih XYZA Berhad, sure lagi best.


Kan dah kata, JANGAN SALAHKAN TAKDIR.


Sebenarnya, bukan salah sesiapa pun.


Apa nak buat?


BERUBAHLAH APABILA MAHUKAN PERUBAHAN.


Ambil balik contoh tadi. Meja kecik dan sejuk sangat lah office ni. Kalau dah tak dapat meja besar, nak mintak jugak ke? Silap-silap, bukan meja yang dapat tapi surat warning pulak yang tiba. So apa nak buat? Clear kan meja dengan segera. Masukkan dokumen terus dalam fail. Or ambil fail masa nak guna sahaja. After that, pulangkan balik. Sebelum balik, make it a habit untuk susun stationeries di tempat masing-masing. 


Office sejuk? Pakailah cardigan dan stokin. or Pashmina Shawl. Boleh kurangkan sejuk di samping ada alasan untuk bershopping, ye tak? Kalau husband bising asyik shopping, bagitau office tu sejuk, so I need cardi. Nasib cardigan, kalau winter coat?


Maknanya di sini, kalau kita tak sukakan sesuatu, make changes to suit the something yang you tak suka. So the degree of dislikeness tu akan berkurangan.


Napoleon selalu kena ejek di sekolah tentera sebab dia pendek dari rakan-rakan lain. Dia tak salahkan takdir, tapi dia belajar bersungguh-sungguh tentang ilmu ketenteraan dan menjadi pelajar terbaik.


Okay petua #1 adalah Saya Belum Berjaya.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign