Tinta Si Isteri Mekanik: Success Story

28 March 2011

Success Story

Gembiranya hati saya bila dapat sms yang anak didik saya, Shafiq dapat score A untuk Prinsip Akaun SPM.


Saya mula mengajar dia masa dalam tingkatan 4 lagi. Shafiq sekolah kat SMK Teknik Klang, so tuisyen is only when he's home.


Memang minat Akaun tetapi kurang rajin nak buat latihan. Bukan tak reti langsung, tapi dia taknak buat kerja dua kali. 


Selalunya homework dia akan dibuat masa kelas tuisyen. Shafiq ni, sebab dia minat, senang nak ajar. Konsep dia dah faham, cuma remind dia yang penting. Then terus buat latihan. Plus any homework for that week.


Sangat bangga bila Shafiq bagitahu yang dia dapat 100% masa ujian bulanan and he's the only student yang score.


But I only thought him until July last year. The whole month of July kan ayah dalam hospital, so Saturdays adalah hari membasuh dan memasak untuk family and guest yang datang melawat. And it was the only day untuk saya rehat sekejap. But petang dah nak ke hospital. Sometimes my turn to stay at hospital.


Very tiring. Hati nak ajar Shafiq sebab kesian dia nak SPM. But my mind couldn't concentrate to tutor him. Bonda Shafiq selalu pesan, datang ajar Shafiq bila saya free. Siap boleh bawa saya ke sekolah kalau bukan masa balik dia. Tapi saya dah tak boleh carry additional task ni.


In August, ayah dah discharge but I still tinggal kat PJ. Reason? Kami paling dekat nak ke tempat kerja. I can help my mom to cook and taking care of the home. Hubby paling larat nak angkat ayah ke toilet together with my youngest brother, Muhammad. And ayah paling senang dengan hubby. Tak banyak kerenah.


Hubby sangat memahami. Pagi sebelum pergi kerja, dia akan mandikan ayah dulu. Kena naik atas sebab dia selesa dengan water heater. Kat bawah takde heater, boleh aje nak masak air panas, tapi dia taknak. Nak jalan ke atas, rindu agaknya kat bilik tidur dia.


So bila dah macam ni, saya cakap pada bonda Shafiq untuk cari tutor lain untuk dia. Shafiq nak saya ajar, tapi saya tak mampu nak accommodate request dia. Usahakan cari tutor lain untuk dia, kebetulan tutor kimia dia dapat carikan.


Alhamdulillah, Shafiq score A untuk Prinsip Akaun. Berjaya mencapai target dan matlamat yang kita sama-sama buat.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign