Tinta Si Isteri Mekanik: Siapa Salah? Saya ke Awak?

12 April 2011

Siapa Salah? Saya ke Awak?

Sedikit perkongsian dari Dr Irfan Khairi dan saya ambil dari blog my leader.




-SALAH SIAPA-
Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.

Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita.

Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.

Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan.

Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk.

Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan?

Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign