Tinta Si Isteri Mekanik: 1 Syawal

01 September 2011

1 Syawal

Pagi raya kalau di rumah mertua, saya tak sibuk sebab banyak perkara diuruskan oleh kakak ipar. Maklumlah, menantu yg bongsu ;)

Juadah raya dinikmati di awal pagi. Kemudian para suami bersiap utk solat sunat Aidilfitri di surau. Para isteri tidak berpeluang kerana ruangan yg terhad. Inilah satu-satunya perkara yg tak best beraya di Muar.

Menziarahi sanak saudara adalah acara utama setiap hari raya. Dimulai dengan rumah Nyayi n cik yati. Kemudian ke rumah Cik Mis adik mak mertua. Selepas bertanya khabar, bergerak pula ke rumah Cik Wok, adik bapa mertua. Sambil berjumpa yg lebih berumur, inilah masanya utk berjumpa sepupu-sepapat sebelah hubby.

Waktu malam kami ke rumah kakak yg sulung.

Yang best bila dengar perbualan dalam bahasa Jawa. Walaupun tak faham, tetapi keunikan lenggok lembut bahasanya memang menarik. Terutamanya sewaktu bermaaf-maafan sewaktu nak balik. Memang ada skripnya. Tapi disebabkan kemaafan yg dipohon itu dlm nada yg rendah, tak dapat tangkap butir cakapnya. But it's interesting to watch and learn.
Sent by maxis

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign