Tinta Si Isteri Mekanik: 3 Syawal

07 September 2011

3 Syawal

Takde buat apa-apa..Rehat aje kat rumah.

Sambil layan tetamu yang datang dan siapkan kuih-muih untuk Marhaban Wanita. Di kawasan Johor ni, memang ada kumpulan Marhaban setiap kali Aidilfitri. Macam di kampung hubby, lelaki hari raya kedua dan wanita hari raya ketiga. Tapi kami tak join sebab tak reti bawak motor :)

Tapi petang tu kakak ipar ajak ke Muar. Yeahooo..macam status saya kat Facebook "Jalan-jalan cari bandar."  Ala, pergi pun sebab nak ke TanjongMas Bookstore. Sambil kakak ipar beli buku, saya pun tumpang beli majalah, buat pengisi masa lapang. Mingguan Wanita, Harmoni, Solusi dan Cosmopolitan.

Selalu lalu aje Wetex Parade, Muar ni. Dari belakang@ roundabout tu macam tak best aje. Yang nampak adalah The Store. Padahal bila ke pintu utama, memang happening. Ada Mc D, Baskin Robbins pun ada. Sushi King, Cool Blog pun ada. Sempat membeli.

*picture: Google

Next time boleh ajak hubby lagi..
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign