Tinta Si Isteri Mekanik: Kisah Lucu Di Bulan Ramadhan

09 September 2011

Kisah Lucu Di Bulan Ramadhan

Saya teringat kisah lucu yang berlaku di bulan Ramadhan yang lalu. Tak sempat saya clogkan lebih awal sebab berlaku semasa kami nak balik kampung untuk Aidilfitri.

Rutin kami adalah tidur sebentar selepas solat Subuh. Tetapi, in between akan terbangun untuk ke tandas urusan yang kecil. Masa pun lebih kurang juga iaitu dalam 6.15am-6.30am dan 7.00am-7.15am. Yang pertama tu sebelum nap, time yang kedua masa tengah nap.

Makanya, akan bangun dengan pantas dan terus ke tandas dan kembali ke katil untuk sambung tidur.

Dek kerana terlalu mengantuk, terjadilah peristiwa ini.

Sometimes, kalau kita terlalu mengantuk, tapi kita sudah biasa dengan layout bilik, tanpa membuka mata pun kita boleh jalan dan membelok bila perlu. So saya pun macam tu.

BUT, biasanya tangan pun akan bergerak juga. Maknanya, bila turun dari katil, tangan akan mencari tiang katil (four-poster-bed). Bila dah sentuh tiang, time untuk belok kanan. Cari dinding pulak. Tiba hujung bilik, turn left. Then search for pintu toilet pula. At that time, mata dah terbukak dah.

But, on the last Sunday of Ramadhan, sebab terlalu mengantuk, saya tak gunakan tangan. Just view the layout dalam minda aje. Bila time belok kiri, saya terus langgar dinding! Siap terkebelakang sebab momentum tu kuat. Tapi masa tu mata masih pejam lagi.

But hajat tu dapat disempurnakan dengan paksaan mata untuk dibuka. Bila naik katil, siap cakap kat hubby, "Sayang, sakit....sakit....." Tapi mata pejam walaupun rasa berdenyut-denyut kat bibir and terus sambung tidur.

Bila bangun, lepas mandi barulah nampak bibir saya berdarah dan bengkak. Belah bibir bawah tu bengkak sangat dan pecah. Then hubby cakap, "Kuat bunyi masa ayang langgar tu, sampai abang terjaga".

Ke rumah kakak ipar, dia asyik pandang aje, tapi tak bertanya. Sama jugak masa tiba di Muar. Semua dok tertengok-tengok tapi tak berani nak tanya. Agaknya kalau tak tau kisah sebenar, maunya depa ingat hubby pukul saya agaknya.



Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign