Tinta Si Isteri Mekanik: Ombak Rindu

19 December 2011

Ombak Rindu


Teman officemate tengok cerita ini. Kami tengok show 7.30pm Jumaat lepas.

Tengok di Space U8 Mall@Bukit Jelutong.

Disebabkan banyak kerja, maka selepas Maghrib baru bertolak ke sana. Dekat aje dari office, tapi parking jauh sebab MBO ni kat hujung, kami park kat tengah. Luas betul mall ni, tapi masih belum banyak kedai dibuka.

Beli tiket dan terus masuk panggung sebab dah jam 7.45pm, sure wayang dah start. Memang betul pun.

Saya tak beria sangat nak tengok sebab novel Ombak Rindu ni dah khatam banyak kali dah. Sampai lunyai novel ni saya baca. So memang dah tau jalan certa.


By the way, kalau saya dah baca novel, saya jarang nak tengok movienya. Contoh macam 'Confession of a Shopaholic'. Memang tak tengok pun walaupun semua koleksi Shopaholic saya ada. Kalau 'PS I Love You' tu, saya tengok movie aje without baca bukunya. Agak dah lama baru beli buku dia.

Pada saya, saya tak nak compare movie dan novel. Yelah, novel 1 hari baca, movie pulak 2 jam aje. Memang tak semua boleh diadaptasi.

Tapi kesian kat officemate saya, takde orang nak teman sebab malam shownya. Hubby bagi greenlight, terus confirm dengan Kak Izan.

Komen saya:-

a) Pelakon

- Maya Karin tak begitu sesuai dengan watak Izzah. Sebab rasa 'potong' bila dengar dia cakap. Ala-ala pelat melayu gitu. But kredit to Maya bila dia berjaya melakonkan part yg Hariz marah dia sebab mengandung tu. But tudung Maya tu alahai...sedih tengok. Kalau pakai tudung bawal pun dah ok dah. Or just free hair aje. Cuma saya tak suka scene kain batik dan berkemban terlalu sangat. Kalau dok rumah, pakai baju kedah pun ok sebab t-shirt melekat tu tak sesuai.
- Aaron Aziz memang terkenal dengan scene romantik. Tapi scene marah tu kadang kelakar but overall memang menjiwai watak.
- Lisa Surihani tak sesuai la watak Mila. Over and kaku semacam. I think Faradhiya bagus untuk watak ni. Tengok dia berlakon dalam Annisa dan Spa Q, memang real la.
- Azizah Mahzan sangat tak best dalam filem ni. Saya rasa sebab terover sangat sampai tak syok menonton. Watak Datuk Sufiah tak perlu over, just tegas dan garang dan standard tinggi.
- Bront Palare memang sempoi. Selamba aje dia berlakon. But Maya masa dengan Mail sangat ok lakonannya.

b) Storyline

- Almost sama dengan novel. Ubah pun sikit-sikit aje.

c) Scene

- Rasa macam banyak perkara nak dimasukkan dalam movie ni. So scene dia macam terlalu cepat sangat. Saya rasa starting tu dah buang masa. Should start terus dengan Pak Taha nak bawa Izzah ke KL.Part Mila baru balik dari US pun macam panjang sangat. Boring. :)

Tu sebabnya saya tak suka tengok movie dari novel yang pernah saya baca. Akan compare novel n movie.

Cuma yang buat saya tahan dalam panggung tu adalah sebab kawan. Haha. Oh dan saya sokong buatan Malaysia.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign