Tinta Si Isteri Mekanik: March 2011

31 March 2011

Giveaway by CUPPIES4YOU

***
Giveaway by CUPPIES4YOU



Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!


So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.
  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.


***



Bye,

28 March 2011

Success Story

Gembiranya hati saya bila dapat sms yang anak didik saya, Shafiq dapat score A untuk Prinsip Akaun SPM.


Saya mula mengajar dia masa dalam tingkatan 4 lagi. Shafiq sekolah kat SMK Teknik Klang, so tuisyen is only when he's home.


Memang minat Akaun tetapi kurang rajin nak buat latihan. Bukan tak reti langsung, tapi dia taknak buat kerja dua kali. 


Selalunya homework dia akan dibuat masa kelas tuisyen. Shafiq ni, sebab dia minat, senang nak ajar. Konsep dia dah faham, cuma remind dia yang penting. Then terus buat latihan. Plus any homework for that week.


Sangat bangga bila Shafiq bagitahu yang dia dapat 100% masa ujian bulanan and he's the only student yang score.


But I only thought him until July last year. The whole month of July kan ayah dalam hospital, so Saturdays adalah hari membasuh dan memasak untuk family and guest yang datang melawat. And it was the only day untuk saya rehat sekejap. But petang dah nak ke hospital. Sometimes my turn to stay at hospital.


Very tiring. Hati nak ajar Shafiq sebab kesian dia nak SPM. But my mind couldn't concentrate to tutor him. Bonda Shafiq selalu pesan, datang ajar Shafiq bila saya free. Siap boleh bawa saya ke sekolah kalau bukan masa balik dia. Tapi saya dah tak boleh carry additional task ni.


In August, ayah dah discharge but I still tinggal kat PJ. Reason? Kami paling dekat nak ke tempat kerja. I can help my mom to cook and taking care of the home. Hubby paling larat nak angkat ayah ke toilet together with my youngest brother, Muhammad. And ayah paling senang dengan hubby. Tak banyak kerenah.


Hubby sangat memahami. Pagi sebelum pergi kerja, dia akan mandikan ayah dulu. Kena naik atas sebab dia selesa dengan water heater. Kat bawah takde heater, boleh aje nak masak air panas, tapi dia taknak. Nak jalan ke atas, rindu agaknya kat bilik tidur dia.


So bila dah macam ni, saya cakap pada bonda Shafiq untuk cari tutor lain untuk dia. Shafiq nak saya ajar, tapi saya tak mampu nak accommodate request dia. Usahakan cari tutor lain untuk dia, kebetulan tutor kimia dia dapat carikan.


Alhamdulillah, Shafiq score A untuk Prinsip Akaun. Berjaya mencapai target dan matlamat yang kita sama-sama buat.


Bye,

26 March 2011

Aw..Geli la..

This was a busy week for me. That's why no entry since Monday.


Setiap malam memang balik lambat dan tidur lambat. Sebabnya?


- Selasa malam teman hubby berurut refleksologi di Pusat Urut Tradisional & Refleksologi di Giant Kota Damansara.  Su, the masseuse, is partially blind.





Sorry gambar last ni senget. To those interested, they are now in Giant Kota Damansara. For March, the location is near The Chicken Rice Shop. After that, they will be relocated but still in Giant.


They do have a centre/kedai. It is in front of the Giant Kota, same row with Ice Room, on top of Kia Motors.


For 15 minutes, the fee is only RM10.00. They will only do reflexology at the foot area only. For 30 minutes of massaging, they will massage until knee area. 


It was ticklish for me in the beginning, but after about 5 minutes, it was okay. They were great, greater because their kekurangan tidak menghalang mereka untuk berdikari.  


Then Wednesday night is blocked for Business Management class. Free of charge. Those interested in joining the FREE Class, call me or leave a comment in this entry.


Thursday night, I went to my aunt's house because she will be going to Makkah and Madinah for pilgrimage. But she's going to Istanbul for a short vacation.


This is me inside the VIP Room at KLIA, yesterday.




p/s: The Premium Beautiful's rebate is ending. Sangatlah rugi bagi mereka yang tidak membelinya.


Bye,

13 March 2011

Kisah Mekanik dan Kereta

Di suatu petang di Bengkel Rahim Auto.


Mekanik: Dah berapa lama pakai kereta ni bang?
Customer: Dah 10 tahun bang.


Mekanik: Servis ok tak? Ikut jadual?
Customer: Tak berapa Ok bang. Kadang terlebih jugak.


Mekanik: Tayar ni dah tak berapa elok bang. Kalau jalan jauh kena jaga-jaga sikit ni. Kalau boleh, sebulan dua ni tukarlah bang.
Customer: Ye ke bang? Oklah tu. Nasib abang bagitau.


Mekanik: Pernah overhaul tak kereta ni? Dah 10 tahun.
Customer: Entah, saya pun tak tau.


Mekanik: Saya tengok macam ada leaking ni. Ni belting ni kena tukar. Timing belt pernah tukar tak?
Customer: Ada sekali je. Berapa bang? Tapi tengah takde bajet ni.


Mekanik: Siap pasang semua RMxxx.00. Saya risau kalau putus, lagi banyak masalah. Lagi besar duit dia bang..


Bye,

11 March 2011

Berita Tergempar: Gempa Bumi dan Tsunami di Tokyo Sebentar tadi




Gempa bumi berskala 8.9 telah melanda Tokyo dan sekarang tsunami telah melanda bandar tersebut.

Gerun tengok video tsunami.

Kawan-kawan, marilah kita berdoa agar semua rakyat Malaysia di Tokyo selamat dan semua yang berada disana dilindungi Allah.

Alhamdulillah, abang sulung Odah dapat contact our cousin dan beliau dan bakal suaminya selamat.



Bye, 

09 March 2011

Which one?

(LV) Neverfull MM Damier Canvas Tote Bag

GG Twins Large Hobo with Interlocking G Ornaments

Ladies Web Large Hobo with Engraved Gucci Script Logo

Bye,

04 March 2011

Kisah Hujan

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!


Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


Bye,

02 March 2011

Petua Orang Berjaya #2:Saya perlu Berubah Apabila Mahukan Perubahan

Saya sekarang sedang membaca buku Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah yang bertajuk '55 Petua Orang Berjaya'.


Jadi saya coretkan di blog ini agar mendapat manfaat bersama dan menjadi rujukan saya pada masa hadapan.


Kalau kita tak suka kan sesuatu, janganlah salahkan takdir. Jangan salahkan diri sendiri.


Contohnya, tempat kerja kita tak syok. Meja kecik, air cond sejuk sangat. Orangnya dah lah lembab , boring pulak tu. Kita selalunya salahkan siapa? Majikan? Tentu. Kawan-kawan pejabat? Yelah, lembab sangat. 


SALAH Semua tu. Kan tadi dah kata, JANGAN SALAHKAN TAKDIR.


Habis tu, nak salahkan siapa?Salahkan diri sendiri? Saya silap la. Kalau saya pilih XYZA Berhad, sure lagi best.


Kan dah kata, JANGAN SALAHKAN TAKDIR.


Sebenarnya, bukan salah sesiapa pun.


Apa nak buat?


BERUBAHLAH APABILA MAHUKAN PERUBAHAN.


Ambil balik contoh tadi. Meja kecik dan sejuk sangat lah office ni. Kalau dah tak dapat meja besar, nak mintak jugak ke? Silap-silap, bukan meja yang dapat tapi surat warning pulak yang tiba. So apa nak buat? Clear kan meja dengan segera. Masukkan dokumen terus dalam fail. Or ambil fail masa nak guna sahaja. After that, pulangkan balik. Sebelum balik, make it a habit untuk susun stationeries di tempat masing-masing. 


Office sejuk? Pakailah cardigan dan stokin. or Pashmina Shawl. Boleh kurangkan sejuk di samping ada alasan untuk bershopping, ye tak? Kalau husband bising asyik shopping, bagitau office tu sejuk, so I need cardi. Nasib cardigan, kalau winter coat?


Maknanya di sini, kalau kita tak sukakan sesuatu, make changes to suit the something yang you tak suka. So the degree of dislikeness tu akan berkurangan.


Napoleon selalu kena ejek di sekolah tentera sebab dia pendek dari rakan-rakan lain. Dia tak salahkan takdir, tapi dia belajar bersungguh-sungguh tentang ilmu ketenteraan dan menjadi pelajar terbaik.


Okay petua #1 adalah Saya Belum Berjaya.
Bye,

01 March 2011

Orang cemerlang 


sentiasa


Belajar daripada kesilapan lalu.









Orang yang berjaya 


bukannya 


tidak pernah jatuh 


tetapi 


bangkit semula setiap kali jatuh.









Kegagalan sebenar 


ialah 


apabila kita


BERHENTI MENCUBA

-facebook Dato' Dr Fadzilah Kamsah-

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign