Tinta Si Isteri Mekanik: April 2011

27 April 2011

2nd Wordless Wednesday



Bye,

25 April 2011

Al-Insyirah




Bye,

20 April 2011

My First Wordless Wednesday



Bye,

14 April 2011

Waiting Games

" Don't wait for an opportunity 
to start what your mind 
has already started. 

Just make it happen!"


Written in 2011 by Frank Chidi --- Nigeria



Bye,

13 April 2011

RESEPI : ORGAN MASAK KICAP BERLADA HITAM

Masa Memasak: 20 minit.


Bahan-bahan:


*500gm Organ - rebus dan potong kecil - paru, hati, limpa
*1 sudu besar Lada hitam
*8 sudu besar Kicap
*perap selama 15-20 minit


**2 ulas bawang merah
**1 ulas bawang putih
**hiris


****1 kuntum bunga lawang
****5 kuntum bunga cengkih
****1 batang kulit kayu manis
****5 biji buah pelaga
****bahan tumis


***lada merah - hiris
***bawang merah - potong bulat


Cara-cara:


- Tumis bahan tumis bertanda **** sehingga wangi.
- Masukkan bahan hiris bertanda *** sehingga layu.
- Masukkan bahan yang telah diperap bertanda *.
- Tambahkan sedikit air jika suka.
- Renehkan sebentar dan masukkan bahan perasa & Bamboo Salt Premier Food.
- Masukkan lada merah dan bawang merah dan sedia dihidang.




Bye,

12 April 2011

Siapa Salah? Saya ke Awak?

Sedikit perkongsian dari Dr Irfan Khairi dan saya ambil dari blog my leader.




-SALAH SIAPA-
Cuba kita jujur dengan diri kita. Di mana keadaan kita ketika ini? Ianya adalah salah kita.

Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kerja kita, ianya salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan kewangan kita, ianya salah kita.

Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan hidup kita, ianya salah kita.
Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perniagaan kita, tentunya ianya salah kita.

Dalam apa sahaja yang terjadi, jawapannya tetap satu- di mana sahaja kita berada ketika ini, ianya salah kita.

Sekiranya keadaan kewangan kita teruk, ertinya kita yang teruk dalam mengurus kewangan.

Sekiranya pendapatan kita teruk, ertinya ilmu, skill dan kebolehan kita adalah teruk.

Sekiranya perniagaan kita kini teruk, ertinya kita seorang usahawan yang teruk.
Pahit, tetapi benar. Lain kali kita menghadapi apa sahaja masalah, siapa yang kita harus persalahkan?

Orangnya ada di depan kita apabila melihat cermin.


Bye,

Pukul dia Pukul dia..

Macam dalam cerekarama aje kisah ni. Kalau betul ibu mertua jadi dalangnya, memang zalim. Tak percaya jodoh itu Allah yang tentukan.




KUALA LUMPUR: Kerana mementingkan darjat seorang wanita berusia 50-an didakwa sanggup mengupah sekumpulan tiga samseng bagi membelasah menantunya di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Lebih kejam, wanita terbabit turut mengarahkan kumpulan samseng itu untuk memaksa lelaki berkenaan berusia lewat 20-an supaya menceraikan isteri yang juga anak kandungnya berusia awal 20-an. 
Difahamkan, tindakan itu dilakukan wanita terbabit kerana tidak merestui hubungan perkahwinan pasangan berkenaan sejak enam bulan lalu kerana hanya bekerja sebagai operator di sebuah kilang di ibu kota dan tidak mampu memberikan kemewahan kepada anaknya itu, selain tidak setaraf dengannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa cedera pada kepala dan badan selepas dibelasah lebih 30 minit.



Tidak berpuas hati dengan tindakan itu selain yakin ibu mentuanya menjadi dalang insiden terbabit, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini.


Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang menaiki motosikal dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bekerja mendakwa tiba-tiba dihalang sebuah kereta.

“Selepas itu, tiga lelaki masing-masing berusia lewat 30-an turun daripada kenderaan itu sebelum mengarahkannya menceraikan isterinya.

“Tersentak dengan itu, mangsa mempersoalkan tindakan kumpulan terbabit sebelum cuba untuk meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, tindakan mangsa menyebabkan seorang daripada suspek memaki-hamunnya menyebabkan berlaku pertengkaran lebih 10 minit di kawasan berkenaan.

“Pertengkaran itu yang tidak menemui penghujungnya bertukar pergelutan apabila seorang daripada suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum menumbuk muka mangsa.

“Mangsa yang terjatuh mendakwa bukan saja ditendang, malah turut dipijak ketiga-tiga suspek. Ketika itu, mangsa hanya menahan kesakitan dengan menutup kepalanya menggunakan tangan,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas membelasah mangsa lebih 30 minit, seorang daripada suspek mengarahkan mangsa menceraikan isterinya selain mengugut untuk membelasahnya jika enggan berbuat demikian.

Mangsa yang sudah melangsungkan perkahwinan dengan anak wanita terbabit sejak enam bulan lalu mendapatkan rawatan di sebuah hospital berhampiran kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan.

Sebaik pulang ke rumah dan berbincang dengan isteri serta ahli keluarga lain, mangsa tampil membuat laporan insiden itu kerana yakin ibu mentuanya menjadi dalang.

Difahamkan, ibu mentua mangsa tidak merestui hubungan perkahwinan itu sebaliknya terpaksa bersetuju untuk melangsungkan majlis berkenaan kerana didesak anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.




Bye,

10 April 2011

Self Reward

Saya baru perasan yang bila saya nak reward myself, I LOVE FOOD. I like to eat at new restaurant, game at trying new flavour or new food.


Saya jarang beli handbags or shoes unless it is a necessary. I bought my attire when the mood strikes. But if given chances, hari-hari for dinner memang boleh makan kat luar.


Western, malay, chinese, japanese, italian, indian food, everything asalkan sedap dan er...sedap.


That's why I can't DIET. Even kalau sebut perkataan DIET pun, my body will respond to it. Not in a good way though. Bila saya sebut nak diet aje, my body akan jadi acidic. Berasid. Then perut pulak asyik lapar aje. Kalau biarkan plus dengan badan berasid tu, akan kena GASTRIC ATTACK.


Those yang kenal saya tau how bad gastric attack affect me. Sampai lembik kerana muntah, sampai tak larat nak ke toilet untuk muntah. Memang tak buat apa. Tidur untuk elakkan muntah. Even kalau pergi klinik and doctor jab me with anti-muntah meds, after 8-hour, memang akan muntah balik. Air masak memang tak boleh minum as it will trigger muntah lagi.


Tried a lot of diet products, tapi memang tak berkesan. Either I became bored consuming it or akan malas dah nak diet.


That's why when I heard about Premium Beautiful, i did research about it. Then berani kan diri buat INVESMENT untuk produk DIET ini. Well it would not be the most expensive diet product sebab Slimming Centre lagi MAHAL dari Premium Beautiful. Triple times more. So tak berapa takut kalau Premium Beautiful fail. Sebab Slimming Centre pun FAIL.


Memang best pakai Premium Beautiful. First time minor senggugut dah hilang. Terasa macam kena tuam dengan hot pack kat kawasan perut tu.


Tak perlu makan fruits sahaja all day, I can add carb to my meal. Sebab Premium Beautiful membantu saya dalam PORTION Control. Premium Beautiful membantu saya untuk cut down my cravings towards fried meal. Premium Beautiful membantu saya berpeluh sebab saya susah nak berpeluh.


Dulu nak belanja family memang fikir 10 kali. Sebab bajet KETAT. Tapi bila ada side income, memang best.


This was on Sunday last week. Being with family is important to me.


Sempat main UNO Mickey & Minnie

Ayah

Mak

Abang

My love

Moi :p

My sister

My brother and Sister In Law

Fatihah, my niece and her mom, my Sister in Law..




Bye,

02 April 2011

RON 97 - RM2.70/liter

Bermula tengah malam tadi, RON97 naik lagi 20sen bagi setiap liter.


Mungkin ada yang kata, alah saya tak pakai RON97, tak ada kena mengena pun. Tapi, tahukah anda semua bahawa sebarang kenaikan harga petrol akan menyebabkan 'chain reaction'?


Menurut Wiki,


Chain reaction is a sequence of reactions where a reactive product or by-product causes additional reactions to take place.


Bila harga petrol naik, harga barang-barang juga akan naik. Ye ke? Iye sebab caj penghantaran akan meningkat juga. Even semalam, supplier minyak hitam bengkel hubby dah siap cakap, mulai hari ini minyak hitam akan naik RM5.00. Memang banyak sebab sebelum ni kalau naik pun just like 2 ringgit aje.


Dulu saya memang mengeluh. Duit dapur yang hubby bagi dulu RM250.00. Itu tak masuk beli bahan basah kat kedai runcit. Ingat, kami berdua aje. Sekarang, RM350.00 pun tak cukup dah. Beli beras, minyak masak, Dynamo, Softlan, Dettol Shower Gel dah seratus ringgit. Belum lagi ambil frozen food yang hubby suka like curry puff, instant pizza, burgers, hotdogs, his pratha, pau etc.


Every month memang kais bulan makan bulan. Simpanan memang very minimal. Itupun memang kalau tak ada apa-apa memang tak sentuh. Kalau ada apa-apa memang akan ambil jugak.


Berapalah sangat gaji mekanik hubby. Gaji saya memang lebih, tapi hutang pun lebih jugak. Kereta dan rumah 850 sq.ft. kami aje dah 1/3 of the gross salary. Bayar kad kredit yang ada LIMA. Minimum payment sahaja yang mampu.


Apa yang saya mampu hanyalah berdoa agar saya dapat menyelesaikan masalah saya ini.


Kemudian, saya start home tuisyen. Memang masyuk sebab dengan 2 student, saya dapat income RM600.00. Cuma 2 malam seminggu untuk 2 jam. Seronok sangat sebab saya dapat bagi duit lebih pada mak dan ayah. Siap dapatkan part-time maid untuk mak.


Tapi business ni tak berterusan. Habis student ambil SPM, I have to search for new ones. Saya cari lagi business yang boleh menambahkan pendapatan saya.


Saya nak freedom in shopping. Selalu masuk boutiques tapi letak balik walaupun hati meronta-ronta nak beli. My thoughts? Swipe aje, then tiap bulan bayar la..Tapi minimum ajelah. Hutang makin bertambah, tapi duit gaji masih macam tu jugak.


Bila Hanis tunjukkan peluang perniagaan ni, saya teruja. Sangat-sangat teruja. Saya katakan YES tapi kena mintak izin suami dulu. It took 2 days to convince him the benefits from this business.


Dengan business ni, saya dah dapat closekan Credit Card untuk 2 bank. Seronok sangat sebab ada duit lebih untuk shopping.


Dalam 2 bulan ini akan dapat closekan 1 bank lagi yang mempunyai baki terbesar.


Yang penting, AMBIL PELUANG bila ianya muncul. 


Jangan tunggu lama-lama sebab masa tidak menunggu kita.


Pantas bertindak dengan menghubungi saya di 017-8802541 dan sebutlah peluang perniagaan agar anda memenangi hadiah istimewa dari saya.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign