Tinta Si Isteri Mekanik: May 2011

30 May 2011

Rasa Mas

Buy this (Chicken Chop with Rice/ Breaded Wedges)

RM 12.90


and get this for FREE.


Actually my colleague bought a BIG Promo Coupon for only RM20.00. The salesperson was good, so she bought it.


This coupon will expire on 31 July 2011 so last Saturday, we went to Giant Kota Damansara's outlet. It is situated next to KFC and JM Bariani on first floor.


My husband wanted to try their Mee Bandung so I get to eat the Chicken Chop.  We added Kid's Platter (A plate of RasaMas chicken drummets, nuggets, crispy fried potato wedges and fresh green salad) for RM 7.90. 






For beverages, we choose Teh Tarik and Iced Milo . Not much too choose from though.


Taste-wise?


a) Chicken Chop with Rice/ Breaded Wedges (RM12.90)
     - The chicken was overcooked. Very dry and too salty for me.
     - The gravy was way too thick. It was a black pepper mushroom sauce.


b) Mee Bandung (RM 7.90)
     - The gravy smells great from the aromatic udang kering.
     - Tasted okay for KLians style of Mee Bandung
     - Not authentic though.


c) Kid's Platter (RM 7.90)
     - 3 nugget, 3 drummet and potato wedges. No sight of fresh salad.
     - Only given a small packet of chili sauce. Tak cukup.
     - Potato wedges sedap, tak macam KFC yang akan sakit kepala bila makan.


d) Teh Tarik (RM 2.50)
     - Sedap.
     - Come together with a piece of Butter Cookies. Macam Danish biscuits. Sedap.


e) Iced Milo (RM 2.80)
     - Biasa aje. Not the best.


f) Service and Ambience
     - A bit slow in service department, sampai I nak cabut ke KFC.
     - At the table we choose, no fork and spoon and tissue for us.
     - Noisy as the staff who's wiping the utensils campak-campak the fork and spoon dalam  tray.
     - No sabun at the washing area.
Bye,

28 May 2011

Surprise!!! Er...Not

My parents celebrated their 38th anniversary this year. And we thought it would be nice to surprise them with a small gathering. Only our siblings and them on 23rd April 2011.


We are all scattered in Klang Valley, but it is hard to meet up in PJ. It's because my younger brother, Umar, who lives in Putrajaya would lepak PJ on Saturday because his wife is working that night. Then my big brother, Adlan, staying in the heart of KL, will come suka hati dia. While me, live in Shah Alam, would come either Saturday or Sunday, depending on my business matters.


So for their anniversary, we'll meet up at my house. Both me and my parents were invited to a wedding in Klang. So I'll chauffer them and then tell them we have to stop at my house to fetch my husband. My siblings will gather at my house and "Surprise!"..


But the secrecy backfired. Haha, so much to surprise them..


What happened was, my mom had a headache and she didn't want to attend the wedding. I went with my father only. Then I asked my mom to go to my house because my aunt will be there too. BUT, my sister didn't know the altered plan and she left WITHOUT my mom. Helped me to buy K.F.C. while Umar was already at my house. With my father it was okay except when my my other brother kept calling me to confirm the year of anniversary as he was buying the cake. 


So when I reached Shah Alam, my husband and Umar had already 'hide' their cars, so my father would think he hadn't come home and he had to come up. Sekali depa tak kunci pintu pulak..And my father perasan and said "Eh, awak tak kunci pintu ke?"..


Argh...stress mak.


Semua tak menjadi. But it was memorable and sweet. Family always comes first.


And my mom pesan, "Tak payah la nak surprise-surprise. Mak ngan ayah boleh agak.."


Bye,

24 May 2011

Lazy..

Today I Don't Feel Like Doing Anything
I Just Wanna Lay In My Bed
Don't Feel Like Pickin' Up My Phone
So Leave A Message At The Tone
'Cause Today I swear I'm Not Doin' Anythin'

I'm Gonna Kick My Feet Up
Then Stare At The Fan
Turn The TV On
Throw My Hand In My Pants
Nobody's Gon' Tell Me I Can't

I'll Be Lounging On The Couch, Jus' Chillin In My Snuggie
Click To MTV So They Can Teach Me Howda Dougie
Cause In My Castle I'm The Freakin' Man


Bye,

23 May 2011

Impossible?

"Impossible 
is just a big word 
thrown around by 
small men who find it easier
to live in the world 
they've been given 
than 
to explore the power they have 
to change it. 

Impossible is not a fact. 
It's an opinion. 

Impossible is not a declaration. 
It's a dare. 

Impossible is potential. 
Impossible is temporary. 

Impossible is nothing." - Adidas

Bye,

21 May 2011

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un

sumber:google


2011/05/21

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, dekat sini, hari ini.

Setakat 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.


Semua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki. 

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau. 
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - BERNAMA 

Bye,

11 May 2011



08 May 2011

Rahsia Mak Mertua!


Sejak dua minggu ini, Maria memang tensen. Dia sibuk. Sibuk sebagai ibu menghantar anak-anak ke sekolah, itu dah biasa. Sibuk sebagai isteri, jaga makan minum suaminya Samsul, itu juga dah biasa. Tapi kesibukan melayan ibu dan bapa mertua yang sudah tiga minggu datang berbulan madu selepas bapa mertuanya secara resmi bersara, itu luar biasa!

Maria tensen! Apa lagi apabila pagi, petang, malam tidak mengira masa terpaksa menjadi penonton dua sejoli pencen itu berkasih sayang, bergurau senda di beranda, di ruang tamu, di balkoni dan di mana saja. Berbulu mata Maria. Lagi dia geram apabila ibu mertuanya lebih-lebih pula tersenyum nya setiap pagi, dengan wajah berseri-seri. "Ish, power sangat kah orang tua tu!" hati Maria tertanya-tanya. Kemudian hatinya merungut, "Kenapa lah si Samsul tak menuntut ilmu kuat tu sikit dari bapaknya!"

Mak Salmah, tapi pak mertua nya, Pak Din, memanggil Sal, membasuh pinggan di dapur apabila Pak Din tersengeh-sengeh melintasi Maria di ruang tamu terus ke dapur. Mata Maria mengiringi Pak Din ke dapur. Tiba-tiba dia ternampak, Pak Din merangkul Mak Sal dari belakang. Maria bingkas dari sofa dan melangkah ke laman di belakang villa. "Ish...please lah! Jika tak tahan, pergi masuk biliklah!" Hati maria memberontak. Terlintas juga di hatinya, kenapa lah si Samsul tu tidak se romantis bapaknya.

Paling Maria tensen ialah kerana sejak pak Din dan Mak Sal bertapa di rumahnya, dia tidak dapat menyertai 'coffee morning' dengan rakan-rakannya Aida, Zarina, Elis, Fiza! Lebih-lebih tensen kerana belum sempat dia nak tayang-tayang bracelet baru bling-bling yang di hadiahkan oleh Samsul. 

Maria tersenyum sendiri sambil menyiram pokok cactus yang tidak meminta pun untuk di siram. Dia memang suka apabila Samsul belikan hadiah. Selalu juga dapat. Bah kan setiap kali Samsul kecundang di sebelah malamnya, besuknya pasti dia mendapat hadiah. Yang dia tensennya, semakin kerap suaminya kecundang, semakin Samsul mengelak dari masuk bilik tidur. Kadang2 Maria sangkakan Samsul seperti ketakutan. Pernah Samsul bergurau dengannya, "You ni mengalahkan harimau!" dan apabila dia bertanya kenapa, Samsul menjawab, "Iya lah hari2mau!!"

Petang itu, Maria baru habis sembang di telefon dengan Elis, bertanya khabar mengenai morning coffee apabila Samsul pulang dari kerja. Samsul bertanya di mana ibu dan bapaknya, dan Maria berbisik "Sejak asar tidak keluar dari bilik. Bukan macam you, takut nak masuk bilik!" Samsul cuma tersengeh, dan terus masuk bilik. Maria tersenyum, blushing. Dia berlari-lari anak mengikuti Samsul ke bilik. Maria menutup pintu, dan menguncinya. Maria menghampiri Samsul, dan berbisik dengan suara ala-ala menggoda, "I nakkkk..."

Samsul yang bertuala lari lintang pukang keluar dari bilik. Terkebil-kebil Maria. Dia ke cermin, melihat raut wajah dan bentuk tubuhnya. "Masih menten macam ni pun dia tak nak. Ish...laki aku ni!" bentak hati Maria.

Malam itu apabila Samsul lena di buai mimpi, Maria mengatur strategi.

"Maria nampak Mak dan ayah begitu bahagia. Apa rahsia agaknya?" tanya Maria mereka berdua ke pasaraya pagi itu.

Orang lama, terkilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Begitulah dengan Mak Sal. Dia menghidu sesuatu, lalu lantas menjawap soalan Maria dengan pertanyaan, "Eh, kamu dengan Samsul pun mak nampak bahagia. Bukan begitu?" Mak Sal memancing.
"Memang lah bahagia. Tapi nak bahagia sampai bila-bila seperti mak dan ayah juga. Nak juga tahu rahsia" jawap Maria.

Mak Sal merenung muka Maria. Dia dan Pak Din memang nya ada berbincang mengenai anak mereka Samsul dan Maria. Sejak mereka di situ, belum nampak lagi pasangan muda itu berkasih sayang atau pun bermanja-manja. Gejala itu jugalah, Pak Din dan Mak Sal berpakat untuk mengada-ngada di depan mata Maria dan Samsul.

Kata Mak Sal, "Rahsianya? betul Maria nak tahu?"
Maria mengangguk.
"Ada empat jenis RAS" kata Mak Sal, sambil mengeja R, A, S = RAS.
"RAS tu apa mak?" Maria merenung Mak Sal, penuh minat.

Mak Sal tidak terus menjawap. Dia menyentuh pipi Maria dengan hujung jarinya, dan berkata, "RAS pertama ialah paRAS. Maria ada paras yang cantik. Samsul pun hansem. Jadi RAS pertama dah lulus!" Maria senyum. Kembang hatinya di puji sebagai cantik. Sudah bertahun Samsul tidak memuji!
"Jangan lupa, lelaki juga suka di puji!" bagaikan mengerti, Mak Sal menambah. Maria menyedari, dia juga sudah lama tidak memuji Samsul atau memberi kata-kata perangsang. Bahkan dia selalu mengutuk Samsul, walaupun secara bergurau.

Setelah beberapa ketika, Mak Sal menambah, "Jangan lupa juga, harus cantik2 dan wangi2 di bilik tidur. Tukar pakaian. Pakaian di dapur untuk di dapur. Pakaian ke pasar, untuk ke pasar. Di bilik tidur, godalah suami!"

"RAS kedua ialah, waRAS!" Kata Mak Sal. Harus guna kan kewarasan kita dalam hubungan rumah tangga. Jika suami penat, kita damaikan dulu fizikalnya. Picit bahu. Urut betis. Gosok-gosok lengan. Jika dia kalah, jangan perli dia!

"Tapi Mak, jika dia lemah?" tanya Maria sambil menggigit bibir.
"Beri dia ubat kuat!"
"Mana nak cari ubat kuat?" tanya Maria.
Mak Sal terus menjawap, "Ubat kuat di mulut kamu!"
"Mak ni! Ke situ pulak!' Cakap Maria, menahan malu, tersipu-sipu.

"Eh, betul lah. Mak kata, ubat kuat untuk suami ialah kata-kata semangat dari mulut isteri. Pujilah dia. Jangan sekali-kali mengatakan dia lemah kepadanya, lagi lah longlai dia!"
"oh, saya ingatkan mak sebut mulut tadi tu cakap pasal apa tadi!" bisik Maria.

"Mak tahu. Yang tu pun penting. Guna mulut tu! Bukan untuk makan jer!!" Mak Sal menjeling wajah Maria yang masih kemerahan kerana malu.

"Lagi mak, RAS seterusnya?" tanya Maria.
"Ha, ketiga ialah beRAS!" kata Mak Sal.
"Apa pulak kena mengena dengan beras?"

Mak Sal menarik nafas. "Begini. Beras maksudnya, kamu harus jaga makan minum suami. Jika nak jaga kebahagiaan, jamu suami lebih dari kamu menjamu tetamu. Suami itu lebih istimewa dari tetamu paling istimewa! Dan bukan kemewahan makanan yang menjadi ukuran, tetapi kasih sayang yang kamu rasa ketika menyediakan makanan tersebut!"

Maria tunduk. Dia tersedar dia bersalah. Dia memang malas untuk memasak dan jika memasak pun dengan perasan terpaksa!

"Yang ke empat mak?" tanya Maria. Tiba-tiba datang perasan ingin memeluk ibu mertuanya.

Mak Sal tersenyum sebelum menjawap, sama seperti senyuman berseri-seri yang Maria lihat setiap pagi Mak Sal keluar dari bilik.

"KeRAS! Suami haruslah keras untuk kita dapat menikmati perkahwinan dan kebahagiaan."
"Mak ni!" Kali ini Maria berpura-pura malu. Dia sebenarnya ingin mengetahui rahsia power bapak mertuanya.

"Bagaimana?" tanya Maria, menduga Mak Sal.

"Yang ke empat bergantung kepada yang ketiga-tiga awal tadi. Jika kamu jaga paras, berbicara dengan kata-kata yang memberi semangat, dan jaga makan minum suami lebih istimewa dari tetamu paling istimewa, selalunya yang ke empat akan mencacak~!" Sebaik habis ayat itu, Mak Sal ketawa ber kekekeke!

"Dan, jangan main terkam jer! Bagai kamu masak sup, gunakan api yang slow untuk mendapat sup yang lazat. Goda lah suami dari pagi, ke tengah hari, sebelum datangnya malam!"
Maria menggigit bibir lagi.

Rupanya, bukan bapak mertuanya yang hebat! Rupa-rupanya Mak Sal yang hebat kerana mengetahui rahsia memberi power kepada suaminya yang sudah mencecah enam puluh dua tahun!

Seminggu berlalu dan Mak Sal dan Pak Din berangkat pulang ke Malaysia. Mereka tidak tertahan lagi dengan kesejukan musim sejuk di Dubai yang mula mencecah paras 14 darjah Celcius. Semasa menghantar mereka ke lapangan terbang, Mak Sal sempat berbisik ke telinga Maria, "Satu lagi rahsia. Lain kali, cuba pula jadi kucing farsi dan biarkan suami yang jadi harimau! Lelaki lagi power jika mereka rasa mereka yang berkuasa!"

Di morning coffee ke esokan harinya, Maria beriya-iya bertanyakan risipi memasak dari kawan2nya. Bagai juru trengkas dia menyalin risipi2. Elis, sambil menggelengkan kepala supaya terbuai-buai subang yang bergayut di telinganya, memberi risipi makanan jawa. Pagi itu baru Maria tahu yang Elis itu rupa2nya orang jawa. Risipi membuat sambal belacan jawa pun ada rupanya! Hebat juga si Elis.

Aida melentik-lentikkan jari-jari sambil menulis risipi di buku nota Maria. Jenuh juga jari jemari nya menari-nari sebelum kawan-kawan nya terperesan cincin permata berlian baru di jari hantu. Aida tersenyum puas menerima pujian! "Hadiah tahun baru!" Katanya.
Aida mengajar cara-cara memasak makanan barat. Pesan Aida, "Raw meet is good for him! So steak is best when cooked rare!!!" Ingin saja Maria menjawap, "Jika over cook, kepuasan pula yang rare!!!"

Zarina pula tergaru-garu kaki yang tak gatal. "Eeee cantiknya kasut kamu!" Jerit Fiza setelah perasan kasut tumit tinggi baru Zarina. Setelah berpuas hati dengan pujian kawan2nya barulah hilang gatal di kaki Zarina dan tidak perlu di garu lagi. "Bila datang mood mengawan, aku senang jer. Aku belikan strawberry dan fresh cream!" Berderai mereka ketawa teringatkan cerita dato' K bersama Siti!

"Menu aku malam ni ialah...jeng jeng jeng...!" Maria nampak gembira dengan risipi2 yang baru di pelajarinya.

"Apa?" tanya Fiza.
"Nanti lah aku cuba dulu, jika berkesan aku sharing nanti!" Mata Maria bercahaya. Tiba-tiba dia teringat pesan ibu mertuanya. "Jamu lah suami lebih istimewa dari tetamu paling istimewa.Bukan kemewahan makanan menjadi ukuran, tetapi kasih sayang yang kamu rasa ketika menyediakan makanan untuk nya"

sumber: sini

Bye, http://signatures.mylivesignature.com/54487/131/0AD62E9F2A5B7CC9DF2E623439856744.png

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign