Tinta Si Isteri Mekanik: 2012

16 December 2012

Tengah Musim

Perjalanan dimulai seawal jam 645am. Dengan harapan cepat pergi dan cepat pulang. Namun apa yang dirancang sedikit tersasar kerana perubahan rancangan di saat-saat akhir. Namun berada di lebuhraya pada jam 830am adalah satu kejayaan.

Masih awal pagi tetapi penghuni lebuhraya telah mula memenuhi PLUS. Perjalanan ke arah selatan diiringi dengan beberapa konvoi kenderaan mewah seperti Mazda Rx-8, Toyota Wish dan Mitshibishi Lancer. Pemanduan masih dapat dikawal tidak melebihi 110 km/j.

Wow. Dalam perlahan-perlahan tu sampai juga di R&R Pagoh jam 1030am. Tempat wajib singgah kalau ke Kluang. Ada satu gerai Nasi Ambeng tapi buka jam 1130am. Hm..memang tak dan nak tunggu. Tapi takpe, sebab kat rumah ni ada satu gerai Nasi Ambeng yang sangat sedap.

Tukar driver dan mula gerak jam 1130am. Terus menuju ke exit Ayer Hitam dan ke rumah sepupu di Lorong Sekolah Arab. Dijamu dengan cekodok pisang yang sedap :).

Terus bergerak ke Dewan Kg Melayu untuk ke majlis perkahwinan tersebut. Majlis menyambut menantu. Ramai sepupu dan kaum keluarga menunggu kami kerana ayah adalah 'orang tua' yang masih tinggal. Dan ayah dan mak diminta untuk berada di meja makan beradap. Maknanya selepas jam 3pm baru boleh gerak.

Alhamdulillah, perjalanan kembali ke ibukota sangat mudah kerana cuaca yang tidak hujan dan lebuhraya yang agak lengang, satu situasi yang memeranjatkan.

Bye,

09 December 2012

P.B.D Street Carnival 2012

Bye,

07 December 2012

Anda adalah magnet kebaikan dan menarik segala perkara baik datang kepada anda - Part 1

A great sharing dari Lunafamily.

==================================================



Bill Walsh Vision To Wealth Malaysia
Nama Program : Vision To Wealth

Tarikh                    : 26 November 2012
 Lokasi                    : Wisma MCA, Ampang


1. It is about growing, launching and expanding your business.
Bagaimana melancarkan, menubuhkan dan membesarkan perniagaan anda.

2. Everything start with a great leader.
Segala-galanya bermula dengan pemimpin yang hebat.

3. You have to have schedule and system.
Anda perlu mempunyai rancangan dan sistem.

4. Leader plan a system.
Pemimpin merancang sistem yang diperlukan.

5. Success have a team. You can’t do it by yourself.
Kejayaan dicapai secara berkumpulan dimana anda tidak akan dapat melakukannya sendiri.

6. Spend quality time with quality people.
Luangkan masa yang berkualiti dengan orang yang berkualiti dan positif.

7. If you not willing to pay for success, you will be left by others who will.
Sekiranya anda tidak mahu membayar suatu harga untuk kejayaan, anda akan ditinggalkan oleh mereka yang mahu.

8. Invest in your education.
Melabur untuk ilmu.

9. When your mind is expand, it won’t turn back.
Setelah minda anda diisi dengan ilmu, ianya tidak akan kembali ke saiz asal.

10. When you change your language, everything is change.
Sekiranya anda mengubah kualiti komunikasi kita, segalanya berubah.

Bye,

01 December 2012

JJCM BATU PAHAT : Cendol


Akhbar Cendol. Paling sempoi bila makan lepas balik dari Pasar Pagi. 


Semangkuk RM1.00 sahaja. 

Mengimbau kenangan masa nak fitting baju bersanding menyambut menantu ;-)

20 November 2012

Lovely story

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.

Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.

Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata.
Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib.

"Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap." Wajah Rashid kelihatan keruh.


Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta Atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan.

Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia Menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah... abang tunggu kat sini. Tak ada parking," jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.

"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha... terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa... kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti." Zakiah tidak membantah. 


Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. 

Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.

Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

"Ya Allah... selamatkan kami... " bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.


"Tersepit... tak boleh tarik... Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital." Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!" Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.

"Tolong saya, encik... " pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap... cik... berdoa kepada Allah... cik akan selamat."
"Sabar encik... tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." 


Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu.Syukur. Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah... selamatkanlah aku... "

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.



"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik... kenapa tak boleh keluar?" Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya.


Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya. "Ini bukan kerja manusia macam kita... kena panggil orang yang tahu... "terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

"Tuan... tolong saya tuan... "
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala... "
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan... "
"Kamu berdoa kepada siapa?" Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"

Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!" Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

"Abang... bang! Abang!!"

Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.

"Sedapnya tidur... naik serak suara Kiah mengejutkan abang... "

Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.

"Kiah tunggu sekejap... abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

 

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :- 

"ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".


bicara dari hati syira : Pengajaran Daripada Kisah Jangan Tinggal Solat|Syira
Under Creative Commons License: Attribution

Bye,

01 November 2012

Nasi beriyani yang berjaya saya masak






Kedai Rempah Batu Pahat


Kedai yang memang pilihan hati sejak dari dulu lagi. Arwah Tok Bak pun belanja kat sini and my mom pun suka sangat dengan rempah kari kat Batu Pahat ni.

Kami pernah mencuba campuran rempah kari dari Muar, tetapi rasa karinya kurang. Kenapa beli rempah timbang, dan bukan rempah paket seperti Adabi, Babas dan lain-lain? Sebab rasa karinya berbeza dari kari paket. Ada yang hanya kari semata-mata, ada yang dicampur dengan jintan, lada putih. Macam-macam mix dan kami serasi dengan kari campuran SIY Sdn Bhd.

Lokasinya berhadapan dengan Pasar Melayu di Jalan Ibrahim. Saya beli rempah kari 1 kg hanya RM 12.00. Kalau buat mee kari dan kari ayam, fuhhh sedap terangkat. Sesuai untuk yang suka kari yang pedas. Tapi kalau taknak pedas, just mention pada staf yang mencampur tu.

Rempah sup/soto pun sedap. Kami beli untuk masak sup tulang di Institut Tahfiz SABA, Kerling. Pergh...memang jadi Sup Tulang Power terus.

Kalau ada yang berminat, boleh email pada saya di saudahsalleh@gmail.com. Setiap bungkus hanya 200gm. Harga untuk rempah sup/soto berbeza. Nanti saya confirm balik.

27 October 2012

Cendol@Batu Pahat


Sent by maxis

23 October 2012

RESEPI : NASI AYAM BELANGA UNTUK JAMUAN KESYUKURAN

Mudah dan sedap sangat sebab menu ni pukul 3 dah habis. Odah masak untuk 50 orang makan. Hubby dapat makan sekali tapi sebab ramai tetamu datang, tak jadi tambah. Bila petang, semua habis.

So ini resepinya. First time guna minyak bijan. Harum baunya.

Odah guna resepi Ummi - Home Sweet Home. Suka tengok resepi dari kak Ummi ni. Lain kali kalau buat Nasi Ayam Belanga ni, Odah nak goreng ayam tu pulak.

Okay Odah copy and paste resepi tersebut.


NASI AYAM BELANGA

Resepi: Suzi
Bahan-bahan:
  • 2 pot beras
  • 2 sudu besar minyak sapi ( Ganti dengan majerin pun boleh)
  • Rempah tumis
  • (*Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, jintan manis, jintan putih).
  • 1/2 ekor ayam, direbus dengan air secukupnya
  • Garam secukup rasa 1 batang serai
Bahan Perap:-
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap manis
Cara-cara:
  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil2. Rebus ayam + garam + serai sampai empuk. Simpan air stoknya untuk memasak nasi.
  2. Basuh beras dan toskan airnya.
  3. Perap ayam seketika dengan halia + bwg putih yg telah ditumbuk. Campurkan sekali kicap dan minyak bijan.
  4. Panaskan minyak sapi dalam periuk/belanga dan tumiskan bahan2 rempah hingga naik bau wangi. Masukkan beras dan kacau2 seketika. Terus tuangkan air stok ayam.
  5. Bila nasi hampir masak, susun ayam atas nasi dan letakkan daun pandan. Tutup periuk dan biarkan hingga tanak. Sesekali elok di kacau supaya rata masaknya.
Cara hidang :
Boleh dihidang begitu saja bersama sup lebihan air rebusan ayam, kicap cair + cili padi dan cili sos cair + tumbukan sedikit halia.

Bye,

28 September 2012

Friday Jokes :)

MUTHU AND THE INTERVIEWER

Interviewer : 'What is your birth date?'

Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'

MUTHU AND HIS MANAGER 
The Manager asked Muthu at an interview....
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O-X.'

MUTHU AND LONDON TRIP
After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look like a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'
Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'...that's why.'
Wife : ?????????

MUTHU AND TOURISTA tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in
his village .. and Muthu said ... 'No sir, only babies were born here.'

MUTHU AND HIS EXPERIMENT 
Muthu was doing an experiment with a cockroach.. First he cut off one
leg and told it to 'WALK! WALK!' The cockroach walked.
Then he cut off it's second leg and told the same.... The cockroach walked. Then he cut off the third leg and did the same. Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk! But the cockroach didn't walk. Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'

MUTHU AND DRIVERWhen Muthu was traveling with his wife in a motorized tricycle, the
driver adjusted the mirror. Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the
back. I will drive...'

MUTHU GOES TO HOTELMuthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin. Seeing this, the manager
asked what was he doing. Muthu pointed towards the signboard '* WASHBASIN*'

MUTHU AND INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'
Muthu: 'It's simple.... I will just stop my imagination.'

Bye,

27 September 2012

Double Down

Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.

So, celebration mesti ada. Pilihan adalah di antara Monster Burger atau KFC. Tiba-tiba hubby masuk ke KFC, maka I follow you sayang.

Memang tau ada menu baru, so terus order. And Green Curry dah takde huhu. Hubby order Colonel's Chicken Rice.


Zinger Double Down *picture google*

Verdict? Sedap. Tapi looks are deceiving! Kecil je, lagi kecil dari Zinger. As per picture, memang takde roti. Sesuai untuk yang tengah berdiet tapi ada cheese yang banyak. Cheese keping, pastu ada cheese yang letak kat wedges tu and ada chicken slice yang garing.

Go and try tapi kalau tengah lapar, jangan order sebab takut tak cukup.


*Berminat dengan tips-tips penyelenggaraan kereta? Like Rahim Auto di Facebook.

Bye,

20 September 2012

Jamuan Kesyukuran : The Prep 2

Lepas fikir main menu, tibalah pulak untuk dessert. Dessert ni memang nak buat banyak jenis sebab buat pun sekadar 1 adunan.

Bread pudding ni memang teringin nak buat. So confirm.

Pastu tengok pulak Cream Caramel (Puding Gula Hangus) pun nak jugak.

Mintak adik gorengkan popia. Tapi dia kata kena pergi tahlil kat Gombak, so saya order Samosa Daging dan minta tolong officemate gorengkan. Popia tu pun ada juga sebab dia kata around 3pm tiba.

Tengok pulak resepi Kek Batik, rasa macam senang aje. Hehe memang senang pun, cuma 4 bahan aje. Confirm buat.

Sosej untuk kanak-kanak, tapi tak risau sangat sebab ada Nasi Ayam Belanga tu.

Air pulak, hubby nak Ribena Laici, tapi cakap kat dia, nanti laici tersangkut pulak dalam drink jar tu, so tukar. Nak F & N Orange plus orange cut dalam bekas air.

Preparation start hari Khamis lagi. Pergi rumah mak pinjam perkakas sebab mak bising kata tak perlu beli. Gunakan apa yang ada. Betul-betul takde baru beli. Rumah saya kan kecil so memang tak banyak perkakas hidang ni.

Then Friday pergi SEGI nak beli pinggan, mangkuk, cawan serta sudu garfu. Boleh pulak yang ada hanya cawan sahaja. So ambil 150pcs. Takpe sebab memang nak pergi TESCO Paradigm Mall nak shopping bahan.

Malam jumaat tu dah start susunatur perabot. Keluarkan console table bilik dan meja printer untuk jadi meja hidangan. Tak guna dining table sebab fikirkan uncles yang susah nak makan. Ini semua berdasarkan pengalaman la ni. Lagipun meja dining kami tu berat sangat. Odah memang tak angkatla. Nak tunggu adik datang on Sunday malam, rasanya lambat. So decide tak payah alih. Start letak dan susun peralatan hidangan.

Sabtu pagi-pagi fetched my mom and went to Tesco. Straight ahead to poultry area, ambil 3 ekor ayam minta potong 20. Ayam tu besar, so potong 20 tu takdelah kecil sangat. Then terus cari bahan dalam list and searched for pinggan dan mangkuk. Pergi tengok tempat tu, hanya tinggal pinggan kertas aje. Huhu. Mangkuk pun takde. Yang ada hanya fork sahaja.

Balik PJ siap-siap terus ke open house my cousin. Balik dalam pukul 4. Then ambil barang lagi yang tak cukup. Balik Shah Alam dah malam. Malam tu pulak terus siap dan solat pergi pulak Carefour Kota Damansara. Cari juga pinggan mangkuk sudu garfu. Yang ada hanya mangkuk, sudu dan garfu. Pinggan still takde.

Kaki dah penat sangat so singgah Manjakaki Reflexology, urut kaki. Sakit-sakit sebab semuanya tengah sakit. Lega sikit.

Ahad memang tak keluar mana dah. Pagi saya terus buat dessert - Bread Pudding dan Cream Caramel. Sambil-sambil tu tolong hubby kemas rumah. Just vacuum dan mop je. Tapi penatnya. So petang lepas lunch dan solat, terbaring berdua kat depan tv. Terjaga jam 530pm terus mandi dan solat. Start buat condiments main dish. Basuh ayam dan rebus dan perap. Pastu goreng tauhu. Dah sejuk hiris kecil-kecil. Siapkan potong bahan-bahan mee kari. Ayam, fish cake dan taupok etc.

Jam 945pm pi rumah dealer Samosa, then hantar ke rumah officemate saya then ambil adik saya yang bongsu. Balik rumah dah dekat jam 1am dah, kat PJ ambil rice cooker dan kipas. Terus minta Muhammad buatkan Kek Batik. Sambil tu saya tumis untuk kuah mee kari.

Jam 3am baru tidur. Bangun jam 630am. Solat Subuh terus masuk dapur. Masak nasi pulak. By 8am dah siap nasi dan kuah. Start potong salad, timun dan tomato. Celur mee. Start plating dessert. By 1030am dah siap, last vacuum dapur sekali lagi. Mandi dan siap-siap, dah jam 11.45am. Terus hidang kuah mee dan masukkan nasi dalam tumbler.

Alhamdulillah, semua siap by 12.00pm.

Bye,

19 September 2012

Jamuan Kesyukuran : The Prep 1

Bila kami decide nak buat jamuan, perkara pertama bermain di fikiran adalah MENU. Apa yang nak dihidang pada tetamu. Kemudian, BAJET. Sebabnya ini akan menentukan samada kami boleh afford catering atau masak sendiri.

Oleh kerana jamuan ini diputuskan secara mengejut, iaitu dibuat semasa selepas Ramadhan, makanya bajet kami adalah kecil. Memang tak terlintas nak menjamu secara ramai, makanya rezeki yang Allah berikan telah kami agihkan semasa ziarah-menziarahi pada bulan Syawal.

Tapi bajet kecil bukanlah penghalang. Sebabnya kami teruja nak jamu tetamu. Kami teruja nak share rezeki Allah ini dengan ramai saudara-mara dan rakan-rakan. Makanya menu yang dipilih adalah menu yang mudah untuk dimasak tapi menyelerakan.

Menu Mee Kari memang dah confirm. Sebabnya ianya mudah dimasak. Yang remeh adalah tang condiments ie tauhu digoreng dan dihiris, cili merah dipotong serong, taugeh dibuang ekornya, limau kasturi dibelah dua dan bawang goreng.

Kemudian, rasanya macam sikit pulak menunya. Maka kami decide menu nasi. Wah, macam-macam pilihannya. Nasi Mandy, Nasi Beriyani, Nasi Tomato etc. Tapi semuanya kena dengan lauk yang agak berat untuk saya masak seorang diri. Macam Nasi Tomato kena ada ayam masak merah dan dalca serta jelatah. Nasi Mandy kena ada ayam bakar dan sos. So scrape all of that. Alamak, apa lagi ni. Masa surf ternampak menu Nasi Ayam, tapi sebab nak masak untuk 50-60 orang, oven kecilku tak mampu nak bakar ayam banyak-banyak. Tapi kemudian terclick pada resepi Nasi Ayam Belanga.  Memang senang buatnya sebab ayam tu cuma rebus, perap dan tanak dengan nasi aje. So decide buat menu ini.

Untuk Main Menu, rasanya cukup dua jenis. Satu mee satu nasi.

Bye,

18 September 2012

Jamuan Kesyukuran : The Day

Tapi sangat puas sebab tetamu yang hadir makan bersungguh-sungguh. Suka sangat sebab semua masakan saya menjadi. Lapang dada saya bila semua dessert habis licin sampai saya pun tak dapat rasa.

Menu kami pada 17/09/2012:-

A) Nasi Ayam Belanga
B) Mee Kari
C) Puding Caramel
D) Bread Pudding
E) Kek Batik
F) Kek Pisang
G) Samosa Daging
H) Popia Goreng
I) Egg Tart
J) Iced Sasparila

Jam 6 petang, kakak saya baik hati gorengkan mee. Sebabnya? Semua dah licin habis. And yet ada lagi tetamu nak datang.

Jamuan kesyukuran kami ni tak besar, a simple affair. Cuma immediate family, uncles and aunties and cousins sebelah my mom and dad. Friends, officemate and neighbours. I cooked for 100pax tapi tak cukup. 

Dengan area yang kecil, it seemed that mereka dapat makan dan duduk. People come and go. Those yg habis makan, kalau ramai yg datang, boleh bangun and beri ruang utk yg baru hadir. 

Alhamdulillah. Saya pun tak tau macam mana ramai boleh muat dalam satu masa. Dan bestnya tiada kejadian tumpah menumpah berlaku.

Lagi satu bestnya, NO PICTURES. At all. Boleh terlupa :)


Sent by maxis

04 September 2012

Sentiasa Ingat DIA!

Setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat adalah doa! 




Semua orang mampu 

jika mereka mampu mula merubah 

cara mereka berfikir. 




Berfikir sebagai orang yang berjaya, 

anda akan mula nampak hidup anda mula lebih berjaya. 




Berfikir sebagai orang papa, 

anda akan terus hidup papa kedana.



dan kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran. 



Dalam senang ingat Dia, 

dalam susah ingat Dia.


Bye,

28 August 2012

Sila baca dan buat.

Doakanlah orang lain!

Kalau tak pun tak payah buruk kan org lain

kerana setiap apa yg kita fikir, rasa, cakap dan buat (amal)

semuanya adalah DOA!

Semoga kita semua dilimpahi rahmat & kasih sayangNya!

Ameen.

* Peringatan buat diriku yg sering lupa dan lalai.
Sent by maxis

20 August 2012

Selamat Hari Raya

Taqabbalallahu minkum.

Semoga Allah menerima amal kita semua.
Sent by maxis

17 August 2012

Baju Raya Oren

Have you heard this Panggilan Hangit? Memang kelakar sampai berair-air mata saya. Siap buat special appearance lagi pagi ni. Selebriti gitu.

Memang Abang Azaman ni orang yang happy go lucky la. Dengan ketawa dia, big laugh orang putih kata.

Started dengan FBI call Abang Azaman, cakap yang seluar raya tu tersilap potong, tersilap bajet. Potong sampai paras lutut.

Pastu FBI suggest pakai seluar oren, ha masa ni dia dah start gelak. Pastu suggest pakai track bottom oren dengan baju melayu dia. Dah Abang Azaman ni cakap sukan 1Malaysia.

Hadoi..memang pecah perut dengar. Berderai-derai air mata keluar tadi. Dahlah dengar dalam kereta masa nak gi buat banking.

Memang sporting sampaikan FBI pun dk tergelak aje. Bukan gelak sikit-sikit, gelak yang tak boleh cover punya.

Sape yang tak sempat dengar, ni Odah letak link dia. But kalau tak boleh jugak, dalam website Hotfm ada.

Bye,

16 August 2012

Feeling Raya belum mai!

Lagu raya pun malas nak dengar.  Rasa sedih sangat Ramadhan dah nak pergi. Rasa macam tak puas 'berulit' dengan Ramadhan.

Tu kot sebab feeling raya belum mari. Pastu baju raya ada kat PJ rumah mak. So tak tengok lagi and fitting. Tu pun sebab jugak kot.

Rasanya Sabtu ok kot sebab nak shopping, Nak pi Jalan TAR beli tudung and brooch. Kalau dapat capal pun ok jugak.

Sabtu pun start masak memasak untuk raya.

Anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas kesilapan saya sepanjang tempoh hayat ini.

Bye,

30 July 2012

Tragedi Nasi Hangit 10 Ramadhan



Huhu sedih kisahnya.

Kami tiba dari kampung jam 1 pagi. Jadi sementara saya siap-siap simpan barang, hubby masak nasi. Nothing different. Bila dah siap semua, kami masuk tidur. Saya sempat ke dapur ambil air lagi sambil jeling kat rice cooker nak make sure ianya ON.

Tadi keluar dari bilik dah terbau. Tapi tak register yang nasi hangit. Tapi bila dah dekat, dalam hati terdetik 'Nasi ni hangit ke?'. Sekali buka tudung periuk, nampak ini...



Ingat sempat nak masak semula, tapi tak hilang kerak hangit dia. Makanya, hubby kena keluar pi cari nasi. Mamak la yang terdekat.

Lepas ni, hubby kata start balik tunggu nasi masak baru boleh tidur. Padahal malam tadi kat kampung, baru borak tentang nasi. Then mak call kejut sahur sebab memang pesan takut tak terbangun, terus hubby cakap, "Mak, nasi hangit..". Tergelak mak dengar.

Alhamdulillah, saya terjaga awal, maka sempatlah buat corrective action. If not, kesian kami berdua. Agaknya ini teguran Allah, jangan cakap besar sangat, Allah bayar cash terus. Ampunkan kami Ya Allah.

27 July 2012

7 Ramadhan

Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru Sabtu lepas kita mula berpuasa.

Kali ini, every weekend memang akan balik kampung. Solat terawih kat masjid dan cuba untuk buat 20 rakaat. Tapi only on Saturday aje dapat 20 rakaat. Pancit I tell you. Hahaha. Nasib baik bawak bekal air dari rumah. Walaupun beraircond, tapi dugaan Ramadhan kali ini agak berat. Terasa tekak kering betul. Kena pulak Ustaz jenis baca 5 ayat tapi mendayu-dayu, untuk mengelakkan mengelamun, terpaksa baca surah yang panjang sikit. Pastu, habis je 2 rakaat, cepat-cepat capai air. 20 rakaat, 500ml air habis. Tu pun bercatu.

Kawasan rumah mak ayah saya memang senior citizen ramai. So bila habis je 8 rakaat, memang hanya tinggal 1 saf aje. Saya tengok gigih makcik-makcik pakcik-pakcik solat 20 rakaat walaupun menggunakan kerusi. Memang saya salute. Tapi geng surau dah semakin sikit, sebabnya Allah lebih sayang mereka. Yang muda-mudi, 8 rakaat je terus balik. Itulah yang saya katakan, dugaan Ramadhan ni lebih berat untuk saya tahun ini.

Tapi on weekdays, saya buat kat rumah aje. Sebabnya kat surau memang buat 8 rakaat terawih, 3 witir dan ada tazkirah. Tapi tak syoknya, 4 terawih, tazkirah, 4 terawij, 3 witir. Saya pulak wudhu' jarang dapat simpan kalau duduk sesaje. Tapi kalau solat, insyaallah ok. But kat rumah pun buat 8 aje. Lagipun kalau saya solat di surau, hubby akan balik sesama saya, tak join moreh. So biarlah dia bersosial dengan jiran-jiran setaman.

Ramadhan kali ini menduga kami berdua. Saya tak berapa larat in terms of energy. Cepat pancit. For hubby, cuaca panas. Hubby kalau balik, bukak baju, on kipas full blast, terus baring kat simen untuk sejukkan badan. Tau tak elok but kena buat, kalau tak memang tak tahan. Tapi rezeki Ramadhan memang murah. Every day ada je kereta masuk bengkel. Alhamdulillah.

Iftar, memang simple. Tak makan nasi, cuma kuih-muih dan murtabak/simple food. Banyaknya air. Teh  O satu jug besar. Tambah air masak lagi memang penuh perut. But it's good. Cepat kurus hehe. Takdelah, senang sikit nak beribadah.

Sahur memang mesti nasi. Saya pulak masa sahur memang selera. Mesti ada telur dadar. Alhamdulillah rezeki memang murah, biasanya 3 lauk. 1 lauk main, kadang beli aje kat Pasar Ramadhan. Beli kat tempat yang biasa aje. 1 lauk sayur and 1 lauk telur dadar.

Tapi kena tambah dengan kurma. Siap-siap beli kurma Mariami 2 kg sebab tahun lepas 1kg tak cukup. Ini pun baru 7 hari dah separuh bekas habis. Hubby makan kurma 11 biji masa sahur hari ini sebab semalam makan 7 biji, ada energyla. Taklah lembik sangat bila balik petang.

Azam Ramadhan kali ini, nak banyakkan membaca Al-Quran. Solat sunat pun juga. Kurangkan dengar music, lebihkan pada bacaan ayat suci atau dengan CD motivasi etc. Saya mesti banyak bersedekah dan sentiasa memaafkan orang.

Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Bye,

18 June 2012

Tips SIHAT cantik


Bye,

16 June 2012

9 Formula Untuk Memulakan Sesuatu Perniagaan

Ramai orang yang bekerja atau mereka yang baru menceburi bidang perniagaan yang bertanya saya tentang bagaimana untuk memulakan perniagaan mereka. Tetapi, ramai mereka ini yang ingin berniaga apabila ditanya kenapa mereka mahu berniaga, rata-ratanya akan menjawab "Sebab ingin kaya!" atau "Ingin banyak duit!". Tetapi berdasarkan pengalaman serta kajian saya sendiri, saya mendapati hampir 90% yang baru berniaga, mereka bukan sahaja tidak buat banyak duit, tetapi akhirnya mereka bukan sahaja "tutup kedai" atau gagal serta mengalami kerugian atau menanggung hutang.

Saya bukan berniat menakut-nakutkan anda, tetapi itulah hakikat mereka yang mula berniaga tanpa prinsip M.E.S.T.I (M=Mentor, E=Elmu, S=Sistem/Strategi yang betul, T=Tindakan yang betul & I=Impian yang jelas). Ramai yang ghairah melihat orang lain berniaga dan berjaya merubah hidup mereka, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak ada ilmu berniaga atau mereka tidak ada mentor yang terbukti berjaya yang mereka boleh pelajari daripadanya dan mereka lebih rela "melanggar dinding" menghabiskan duit, buang masa dan tenaga "mencuba nasib" di dalam perniagaan baru yang mereka ingin mulakan.

Tahukah anda bahawa ada 9 formula atau langkah yang anda perlu lakukan untuk anda meningkatkan peluang kejayaan di dalam sesebuah perniagaan apatah lagi jika ianya akan menjadi perniagaan baru anda?

Pertama: Matlamat Perniagaan & Peribadi Yang Jelas

Sebelum anda mula berniaga, anda perlu jelas dengan apakah sebab utama anda ingin memulakan perniagaan tersebut? Kenapa anda ingin berniaga? Apakah yang anda inginkan daripada perniagaan tersebut? Apakah matlamat peribadi yang anda ingin capai dengan menggunakan perniagaan tersebut sebagai alat? Apakah impian anda? Adakah anda lakukannya untuk orang-orang yang anda sayangi? 

Kebanyakan mereka yang berjaya di dalam perniagaan adalah mereka yang pada asalnya mempunyai matlamat yang jelas tentang kenapa mereka mahu mulakan perniagaan tersebut. Dan ramai juga yang bermula dengan tidak menyangka yang ianya akan menjadi perniagaan yang berjaya tetapi mereka mempunyai matlamat peribadi pada asalnya yang mereka ingin capai. Contohnya, Warren Buffet, salah seorang billionnaire dunia, lebih 35 tahun dahulu beliau bermula hanya daripada minat beliau terhadap produk-produk baru yang ada dipasaran dan menyebabkan beliau suka untuk membeli saham-saham yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar produk-produk tersebut dan akhirnya semua saham yang beliau beli meningkat beratus ribu kali ganda berpuluh tahun kemudian. Mark Zuckerberg bermula dengan matlamat peribadi untuk mengenali ramai gadis-gadis di universitnya dan akhirnya terciptalah satu sistem internet yang dipanggil "Facebook". Ada sesetengah jutawan peserta program saya yang bermula daripada tanpa wang atau sedikit wang di dalam poket mereka tetapi disebabkan mereka bermatlamat untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada orang yang mereka sayangi, maka mereka mulakan perniagaan tersebut.

Kenapa matlamat yang jelas ini penting? Selain daripada ianya dapat membantu anda untuk mempunyai fokus yang anda ingin capai, ianya adalah lebih penting dikala anda berdepan dengan cabaran ataupun halangan di dalam perniagaan anda supaya anda akan sentiasa ingat, kenapa anda mulakan perniagaan tersebut dan untuk apa atau untuk siapa serta kenapa anda perlu buat sehingga berjaya.

Tuliskan dengan jelas apakah matlamat yang anda ingin capai serta tarikh ataupun tempoh bila anda mahu merealisasikan matlamat tersebut. 

Kedua: Kenalpasti apakah masalah yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk atau perkhidmatan berkualiti tinggi yang bakal anda berikan?

Ya. Ini adalah sebab kenapa ramai usahawan terutamanya usahawan baru gagal memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan berkesan. Ramai usahawan yang saya jumpa bila ditanya, apakah masalah kritikal yang dihadapi oleh ramai orang yang menyebabkan mereka sangat memerlukan produk atau perkhidmatan anda? Ramai usahawan ini tidak mampu menjawabnya atau mereka menjawab tanpa keyakinan yang tinggi sehingga mereka tidak mampu meyakinkan saya sebagai pelanggan untuk menggunakan produk mereka, sedangkan produk mereka sebenarnya berkualiti tinggi.

Sebab itu amatlah penting untuk anda mengenalpasti sebanyak mungkin masalah yang boleh diselesaikan lantaran menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Contoh, sekiranya anda menjual karipap panas berintikan daging serta kentang diwaktu petang dan ianya memang sangat sedap. Masalah yang anda boleh selesaikan ialah anda menyelesaikan masalah mereka yang ingin minum petang berbekalkan karipap panas dikawasan-kawasan pejabat bukan? Anda juga menyelesaikan masalah isteri-isteri yang ingin menghidangkan karipap panas sedap untuk anak-anak mereka serta keluarga diwaktu petang dikawasan-kawasan perumahan. Anda juga menyelesaikan masalah mereka yang rindu karipap panas masakan ibu mereka dikampung. 

Lebih banyak masalah yang anda boleh kenalpasti yang bakal anda dapat selesaikan dengan produk atau perkhidmatan anda, maka lebih mudah anda akan dapat pasarkannya serta lebih yakin orang dengan anda.

Ketiga: "Bootstrap"

Ramai orang yang beranggapan bahawa untuk berniaga, anda perlukan modal wang permulaan yang besar. Terus-terang saya katakan bahawa anda tidak semestinya bermula dengan modal yang besar, malah ramai peserta program-program keusahawanan saya yang memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan dengan tanpa modal atau dengan modal yang paling minima terlebih dahulu sehingga mereka benar-benar yakin untuk membesarkannya. Teknik memulakan perniagaan tanpa modal ini dipanggil sebagai "Bootstrap". Anda mulakan dengan apa sahaja yang anda ada. Anda gunakan apa sahaja bakat, minat atau kemahiran yang anda ada untuk ditawarkan kepada mereka yang perlukannya. Atau ramai yang bermula dengan menjual produk atau perkhidmatan orang lain terlebih dahulu. untuk menimba pengalaman serta mengumpulkan modal. Teori kisah Mat Jenin adalah sangat berguna untuk diambil iktibar. Mulakan dengan mengambil upah panjat kelapa, kemudian duit upah itu digunakan untuk membeli ayam, bila ayam bertelur, jual telurnya dipasar, kemudian kumpul duitnya sehingga cukup beli kambing, selepas bela kambing, jual susunya dan kemudian jual kambing sehingga dapat beli lembu, apabila telah mempunyai lembu, perah susunya dan jual sehinggalah satu hari nanti lembu semuanya boleh dijual dan Mat Jenin menjadi kaya.... Masalah yang ada dalam kisah Mat Jenin adalah, ianya adalah angan-angan sahaja tanpa tindakan. 

Tetapi, kita boleh ambil iktibar kaedah "Bootstrap" yang digunakan serta kesabaran juga amat penting selain daripada sentiasa bersedia untuk memperbaiki diri.

Keempat: Test, Trial & Adjust

Sekiranya anda ingin berniaga serta memasarkan produk baru dipasaran ataupun anda ingin memasarkan perkhidmatan yang terbaru. Anda perlu "menguji" permintaan dipasaran dengan menjalankan percubaan serta ujian demi ujian dan bersedia mengubahsuai produk atau pekhidmatan anda sehingga ianya benar-benar mudah diterima oleh pasaran. Tidak ada produk yang baru dijual yang tidak diuji terlebih dahulu serta dibuat kajian pasaran. Contohnya karipap berinti daging dan kentang yang ingin kita pasarkan, ianya perlulah diberi makan kepada beberapa orang dalam tempoh sesuatu masa dan mendapatkan maklumbalas jujur mereka agar anda dapat mengubahsuai rasanya atau bentuknya sehingga anda benar-benar puashati sebelum anda jual dipasaran. 

Kelima: Mengembangkan perniagaan menggunakan keuntungan daripada perniagaan anda bukan dengan pinjaman

Formula ini amat kritikal di dalam perniagaan, apatah lagi jika ianya adalah perniagaan baru. Hanya perniagaan yang untung ketika kecil yang akan untung bila ianya besar nanti. Konsistensi di dalam keuntungan akan membuatkan perniagaan anda mempunyai potensi aliran tunai yang bagus. Perancangan kewangan serta menyimpan sebanyak mungkin keuntungan secara konsisten akan membuatkan anda dapat mengembangkan lagi perniagaan anda tanpa anda perlu meminjam. Contohnya, anda telah memulakan perniagaan karipap anda ini secara kecil-kecilan dengan satu tapak. Dan tapak ini boleh berikan anda keuntungan bersih RM100 sehari. Apabila anda kumpulkan sebahagian duit keuntungan ini, maka ianya memungkinkan anda untuk membuka tapak yang kedua, ketiga, keempat dan tapak-tapak berikutnya dengan mudah tanpa pinjaman. Bayangkan jika dalam tempoh tertentu anda dapat mengembangkan tapak perniagaan anda kepada 10 tapak, maka ini bermakna anda boleh mendapatkan keuntungan bersih RM1,000 sehari melalui perniagaan karipap panas anda tersebut. Anda tidak perlu meminjam untuk mengembangkan perniagaan anda.

Keenam: Pilih "tentera" anda dengan teliti dan betul

Maksud "tentera" di sini adalah pekerja.Tidak ada orang yang akan mampu melakukan semua perkara berseorangan. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang pandai memilih pekerja yang bagus untuk membantu kejayaan perniagaannya. Dalam hal ini, anda perlu belajar bagaimana memilih pekerja mengikut kriteria yang anda tentukan. Anda perlu tuliskan "pekerja impian" yang anda mahukan sebagai satu garis panduan anda di dalam memilihnya nanti.

Ketujuh: Mendapatkan fasiliti kewangan berdasarkan aliran tunai perniagaan anda yang positif

Setelah anda berniaga di dalam satu tempoh waktu dan anda berjaya konsisten di dalam keuntungan serta aliran tunai anda menunjukkan peningkatan yang konsisten serta positif, anda akan meletakkan diri anda serta perniagaan anda di dalam kategori usahawan yang mempunyai kredibiliti untuk diberikan pinjaman. Walaupun adalah bagus jika anda boleh mengembangkan perniagaan anda tanpa membuat sebarang pinjaman bank tetapi sekiranya aliran tunai anda adalah positif dan bagus, anda mungkin layak untuk mendapatkan fasilit atau pinjaman bank. Sebab itu amat penting untuk mempunyai disiplin dengan memasukkan duit jualan anda ke dalam satu akaun anda atau akaun perniagaan anda supaya ianya menunjukkan aliran tunai yang bagus dan konsisten. Kesilapan ramai usahawan baru dan kadang-kadang yang lama adalah mereka tidak memasukkan duit jualan mereka ke dalam akaun bank mereka terus, malah mereka terus ambil duit tersebut untuk beli stok atau sebagai modal pusingan. Ini merupakan kesilapan yang paling besar. Sekiranya satu hari nanti anda perlukan fasiliti kewangan daripada pihak bank, mereka tidak berapa berminat dengan "kisah" jualan perniagaan anda yang tinggi tanpa mereka dapat melihatnya masuk ke dalam akaun bank anda. Fasiliti kewangan atau pinjaman bank akan lebih mudah anda dapat sekiranya anda boleh menunjukkan aliran tunai yang konsisten, positif dan bagus masuk ke dalam penyata akaun bank anda. 

Kelapan: Mulakan dengan berniaga secara sampingan

Ya benar! Sekiranya anda masih bekerja, saya mencadangkan agar anda mulakan perniagaan anda secara sampingan. Saya mempunyai peserta seminar saya yang suaminya masih bekerja sebagai seorang jurutera dan isterinya seorang pembantu perubatan, tetapi mereka juga memiliki sebuah perniagaan butik pakaian kanak-kanak dan bayi di sebuah pasaraya yang mereka jalankan secara sampingan. Saya juga mempunyai beberapa orang lain yang masih bekerja tetapi mengambil tempahan membuat kek dirumah setelah habis waktu kerja mereka. Anda hanya akan berhenti kerja apabila anda sendiri benar-benar yakin dengan perniagaan yang anda lakukan dan anda telah bersedia memberikan lebih banyak masa untuk pulangan yang lebih daripada masa yang anda gunakan untuk bekerja.

Kesembilan: Kuasai pemasaran- Sentiasa bersedia untuk "kembali ke sekolah"

Kunci utama kepada kejayaan sesebuah perniagaan juga sudah pastinya bergantung kepada konsistensi pelanggan yang membeli daripada anda bukan? Jika produk makanan yang anda buat adalah sangat sedap tetapi jika tidak ada yang tahu serta mahu membelinya, maka anda mungkin terpaksa makan sendiri produk-produk tersebut. Ramai usahawan baru dan lama yang tidak sedar betapa pentingnya ilmu pemasaran supaya anda sentiasa menarik ramai pelanggan agar jualan anda serta keuntungan anda sentiasa tinggi. Ramai jug yang tidak tahu bagaimana untuk menjalankan strategi pemasaran yang mudah dan berkesan untuk perniagaan mereka. Sebagai usahawan, produk atau perkhidmatan anda pasti alan gagal jika ianya tidak dipasarkan dengan betul dan di sinilah pentingnya untuk anda bersedia "kembali ke sekolah", kembali meningkatkan ilmu pemasaran anda dengan belajar melalui buku-buku ataupun menghadiri seminar-seminar keusahawan atau pemasaran agar perniagaan anda tidak ketinggalan. Anda pasti hampir gagal jika pesaing anda mempunyai ilmu pemasaran yang lebih hebat daripada anda walaupun mungkin produk atau perkhidmatan mereka tidaklah sehebat produk anda!

Bye,

14 June 2012

9 Petua Doa Mustajab


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 
  • Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.
  • Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  • Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  • Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”
  • Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  • Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”
  • Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


Thank you.
Bye,

09 June 2012

Infinite Capacity


I am looking for a lot of men who have an infinite capacity to not know what cannot be done. ~ Henry Ford




Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign