Tinta Si Isteri Mekanik: Day 1 in 2012

02 January 2012

Day 1 in 2012

Saya memang dah berjanji dengan emak untuk ke Jakel, tapi sebab sibuk sikit dengan bisnes, makanya tahun dah habis baru sempat ke Jakel.

Biasanya kalau ke KL, memang suka pergi pagi-pagi. Park kereta tengok parking ticket jam 10.33am. Kena tengok untuk bajet masa dan harga parking. Saya memang akan park di Semua House. Convenient dan senang. Kalau beli barang banyak, boleh simpan dan sambung shopping lagi :).

Tapi parking rate memang tinggi. First hour RM4.00, second hour RM3.00. Selepas tu RM2.00. Semalam parking RM11.00 for 4 hours.

Straight ke Jakel. Malas nak melencong memana. Ground floor langsung tak menarik. Dengan sales assistant yang annoying semacam, so cecepat kami pi Tingkat 2. Tengok nak pilih kain, ada pulak Happy Hour, kain-kain yang RM45.00 semeter depa bagi RM10.00. Punyalah ramai menyerbu, hehe saya pun sama. Tapi corak semua saya tak berkenan, maka sibuk pi kat Cotton yang beri harga terbaik.

Tengok-tengok mak saya yang mabuk Happy Hour. Punyalah banyak dia ambil. Tu sebab saya tak berkenan, corak lebih tu mak-mak nya taste. Menimbun. Nasib kami dah ada sales assistant yang ok. Biasanya kami nya style adalah cari SA yang boleh kami tolerate dan really assist kami masa pilih dan potong kain. I don't like SA yang semua cantik, semua kena dengan akak and pandai-pandai pilihkan untuk kita. Kira macam pushy SA pun memang kami reject ar. So dengan Yeni, kami pilih kain dia terus potong masa Happy Hour tu.

All in all kami spend RM1k++ untuk kain sahaja. And my mom is the winner. Saya dalam kata tak nak beli apa-apa pun RM200 jugak kempis. Sebabnya COTTON ar..

Tapi syukur alhamdulillah saya dapat penuhi janji saya dengan bonda saya.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign