Tinta Si Isteri Mekanik: Apa yang kita cakapkan pasti terjadi!

20 February 2012

Apa yang kita cakapkan pasti terjadi!

Apa yang kita cakap memang boleh terjadi sebab ianya adalah DOA.

Tak percaya?

So, jangan percaya cakap saya, BUAT aje.

Cuba cakap masa tengah bersiap untuk pergi pejabat "Jalan sesak la hari ni". Apa akan jadi? Confirm jam sepanjang perjalanan. Lampu asyik merah aje. Bila dah gini, cer cakap "Alah..sure lambat ni". Confirm lambat sampai office. Then cuba sebut pulak "Arghhh tensionnya". Rasa-rasa apa jadi?

Eh, saya tak cakap bohong tau. Kan dah kata, jangan percaya? Buat aje.

Ada satu ayat Allah yang berkaitan dengan apa yang saya ceritakan di sini.



Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.


Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata.


Jadi, jika sedang merancang KEJAYAAN dan KEKAYAAN, ayat-ayat yang disebut dan sebarang lintasan fikiran hendaklah yang berkaitan dengan kejayaan dan kekayaan, kehebatan dan power-power, semoga kata-kata itu akan termakbul sebab ianya satu DOA. Nikmatilah faedah dari nikmat berkata-kata agar kita berjaya dunia akhirat. Amin.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign