Tinta Si Isteri Mekanik: Banyak memberi boleh KAYA?

06 April 2012

Banyak memberi boleh KAYA?

Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi) 


Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia
(QS. Al-hadiid 57:58) 


Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245) 


Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya
(QS.Muhammad :38) 


Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya 
(HR.Muslim) 


Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, kerana di dalamnya terdapat banyak rahsia dan antaranya ialah  :
1.  Menyembuhkan berbagai penyakit.
2.  Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
3.  Diselamatkan dari segala keburukan.
4.  Menenangkan hati dan jiwa.
5.  Melapangkan rezeki.

Bagi ibu bapa, mereka tidak seharusnya menerima sedekah, keranya selayaknya mereka menerima HADIAH. Pemberian kepada kedua ibu bapa dianggap hadiah. Ada orang hidupnya sederhana tetapi kerana layanan baik pada kedua ibubapanya maka hidupnya aman dan sejahtera. Berbeza dengan orang yang banyak memenuhi kehendak sendiri tanpa menghiraukan kebajikan ibu bapa, hidupnya biasa dengan ujian, musibah kerana mengabaikan tanggungjawab pada yang berhak.


Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah,  sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si fulan.. sekian untuk si fulan dan sekian lagi untuk si fulan ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )

*sumber*
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign