Tinta Si Isteri Mekanik: Strategi Hati Menambah Rezeki

29 April 2012

Strategi Hati Menambah Rezeki

Apakah amalan-amalan untuk menambahkan rezeki? Sebenarnya rezeki kita boleh bertambah dengan segera. Macam mana?

First thing, kita kena luaskan pengertian rezeki. Jangan kita limitkan rezeki tu pada wang ringgit sahaja. Kebahagiaan, kesihatan, ilmu, masa, sahabat, even idea pun actually rezeki. Bernafas pun rezeki juga. Senyum pun rezeki tau. Dapat bangun berdiri pun rezeki juga. Kemampuan untuk bersolat, untuk berdoa pun rezeki juga. Jadi sebenarnya, apa jua yang datang dari Allah adalah rezeki.

Bila kita dah aware tentang maksud rezeki, next step adalah jalinkan silaturrahim. Selain menjaga tali dengan orang yang kita suka, kita juga digalakkan untuk menghubungi orang yang memutuskan silaturrahim dengan kita. Orang tak suka, kita datang. Orang benci, kita merendah diri dan meminta maaf.

Langkah ketiga adalah dengan memberi. Lagi banyak kita beri, lagi banyak Allah tambahkan rezeki kita. The more we give, the more we get. Syokkan? Kalau kita ada RM10, kita sedekah RM5. Walaupun kita hanya tinggal RM5, tapi di sisi Allah, wang kita dah bertambah. Malah dikalikan dengan 700 kali. Setiap harta yang dibelanjakan pada jalan Allah diumpamakan akan menumbuhkan 7 tangkai dan setiap tangkai akan membuahkan 100 biji. Maksudnya rezeki kita akan bertambah 700 kali ganda.

Lastly, untuk menambahkan rezeki, kita hendaklah bersyukur. Hanya dengan bersyukur, rezeki akan bertambah. Ucapkanlah Alhamdulillah, yang bermaksud Segala puji bagi Allah. Then, syukur dengan hati. rasakan yang rezeki tu adalah kurniaan Allah. And then syukur dengan tindakan. Gunakan kekayaan tersebut untuk kita membantu orang lain, iaitu berzakat dan bersedekah. Orang yang bersyukur juga akan berlapang dada, dia rasa cukup dengan apa yang dia ada. Bila kita rasa tenang, happy, kita think positive always,kebaikan akan datang pada kita. The Law of Attraction kata, positive attracts positive, while negativity will always attracts negative things.

Alhamdulillah, setakat ini sharing Odah. Semoga apa yang Odah tulis ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada kita semua.

*sumber: Solusi Isu No. 42.
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign