Tinta Si Isteri Mekanik: What's my story for Perodua?

16 May 2012

What's my story for Perodua?

Kisah yang saya share kan di What's Your Perodua Story?



Saya dapat lesen di Perlis, semasa saya belajar di UUM. Lulus masa final semester di sana, makanya balik KL memang takut nak bawak kereta di main road.

Masa tu, yang berani bawa hanyalah Perodua Rusa 1.6. Drive hanya di kawasan perumahan sahaja sebab masih cuak nak drive dengan kereta yang banyak. Masa dengan Perodua Rusa ni lah belajar serta mahirkan diri guna clutch dan gear, belajar keluar simpang, naik turun bonggol, lalu jalan yang sempit. Mencabar tapi seronok walaupun adakalanya termati enjin sebab tak pandai seimbangkan antara clutch dan gear.

Bila saya menyambung pelajaran, kereta memang sangat diperlukan sebab tiada pengangkutan awam ke Universiti. Tambahan pula dengan adanya 'extra car' ini memudahkan kehidupan kami sekeluarga.

Pemilihan Perodua Kancil sangatlah tepat, kecil tapi berkuasa serta jimat. Senang sangat nak parking, naik bukit ada power, minyak RM20.00 pun dah full. Memang syok.

Dengan Kancil ni, saya belajar drive di Kotaraya Kuala Lumpur. Ingat lagi masa first bawa kereta adalah ke Semua House sebab nak beli barang perkahwinan abang saya. Dahlah tak tau jalan sangat, hanya harapkan emak saya yang dah berhenti kerja 5 tahun. KL kan cepat membangun, takutlah jalan yang emak tahu tu tiba-tiba tutup atau jadi jalan sehala. Siap pesan dengan emak, kalau sesat jangan marah. Hehe. Berjaya parking di Semua House yang parkingnya tinggi dan berpusing. 

Semenjak dari itu, keyakinan saya semakin bertambah dalam pemanduan. Dengan Kancil itulah saya bawa emak saya ke mana sahaja yang dia mahu, dapat hantar adik-adik saya ke sekolah serta dapat hantar rakan-rakan mereka ke rumah. Dapat ke kuliah dan bershopping sampai padat bonet dan seat. Dan dapat diwarisi oleh adik lelaki yang kemudiannya menyerahkan kepada adik perempuan kami semasa beliau di tahun akhir UTP. Merata Kancil ini pergi, dengan beberapa universiti dapat Kancilku ini masuk bermula dengan UiTM, Politeknik Port Dickson, ITTAR dan terakhir adalah Universiti Teknologi Petronas.

Dengan Kancil ini jugalah saya bertemu jodoh dengan suami saya. Setelah tempoh jaminan tamat, saya menghantar Perodua Kancil merah saya ini ke bengkel di mana suami saya bekerja. Beliau yang bertanggungjawab menyelenggara kereta kesayangan saya ini. Bila rakannya yang servis kereta, dapat rasa perbezaannya, rasa tak best bila memandu. Jadi saya minta pemilik bengkel untuk hanya arahkan suami saya sahaja yang menyelenggara kenderaan saya. Memang tak sangka yang sebuah Kancil dapat menjodohkan kami berdua.


Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign