Tinta Si Isteri Mekanik: January 2012

29 January 2012

Coffee break

21 January 2012

Gorgeous sunrise

Perkara yang jarang saya dapat nikmati.

Alhamdulillah, gorgeous day starts with happy and positive mind.

Happy Chinese New Year and Happy Holiday..

18 January 2012

Doa untuk Mak


kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan

hangat dalam dekapanmu

memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

ibu terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku

putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku


Bye,

17 January 2012

Er..bau apa malam malam ni?

After wealth sharing@Empire Subang, lalu di Lovely Lace..

Ternampak air freshener and ada promosi 'Buy 2 for RM19.90'. Memang berkenan tapi takde tester nak bau.



But then SA recommended this diffuser.

Ada promo jugak, 'Buy 2 get 1 refill free'. Bau Tiger Lily pulak sedap and sweet gitu.

One bottle can last for 3 months so this stock can last till end of 2012.



13 January 2012

Wardina Safiyyah

Mereka merompak "perasaan selamat" saya.

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam "SHHHHHH" katanya. "Barang kemas mana?" "Barang kemas mana?" katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin "Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas" Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, "Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil" balas saya "Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas" kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan 'memori' jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di'lupa'kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, "Syukur Ya Allah" "Alhamdulillah" dan "Innalillah" bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, "Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang" dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka "Jangan sentuh isteri saya", "Jangan kacau anak saya". Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata "Sini, sini" cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

"Imran!!! " jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. "Naughty man, Ummi" kata Imran pada saya. "Dia hit ayah Imran" katanya. "Imran tak de sword, Imran" katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. "Ya Allah pelihara anakkau" bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya "Barang kemas mana?" Ikhwan berkata "Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung" MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat 'hak'nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di'post' sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, "Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas" Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. "Sini banyak barang mahal" tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja 'harta' saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata "Quran tak nak?" memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad "Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk"
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan" "
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk"   
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan"
"Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  "Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka" doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. "Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu" Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. "Why did they do that Ummi?"

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina
Bye,

11 January 2012

E-Book percuma




Cara muat-turun ebook adalah seperti di bawah
Klik Link Ini Resipi-Popular-JMC. Pastikan komputer anda mempunyai PDF reader software.
1. Muatturun dan simpankan di mana-mana folder (cth: atas desktop atau my document)
2. Klik kanan file yang dimuatturun dan pilih extract all..
3. Ikut arahan Wizard dan buka folder yang telah diunzipkan tadi.
4. Buka file Resipi-Popular-JMC.pdf

Bye,

06 January 2012

Day 6 in 2011 *updated*

While day 2 was my day, Day 6 is His.





Penangan Premium Beautiful, Nurich Lacto Lite dan Maharani *wink wink*.

Celebration?

Simple je. Birthday boy penat so order in.

Apa yang boleh hantar to our house even though the store is quite far and their competitor is nearer but do not deliver to our house?

Dominos Pizza la.

First Class Passion Meal.


We choose combo meal for RM55.00.
- 1 regular first class pizza
- 1 regular pizza
- 1 twisty bread
- 1 crazy chicken crunchies - tom yam
- 1 garlic cheese onion rings.

And add-on Sprite - request dari birthday boy.

Present?

Secret..sebab er.....sexy sangat. Hehe. Just a joke.

Bye,

04 January 2012

Masterchef Malaysia

Finalist :

Ezzani


Vs


Wahidan.


Doktor gigi


Vs

Pekebun.
Sent by maxis

Day 2 in 2012

It is the best day this new year because

*

*

*

*

*

Celebrate dengan family, uncles, aunties, cousins and niece on 01.01.12 for dinner.

Surprise birthday celebration organised by my sister and our cousins.

On the day itself, just laze around the house. Sleeping. Relaxing. Movies. Dinner baru keluar celebrate dengan hubby.

Hubby tanya nak hadiah apa? I couldn't decide yet. KIV dulu.

Bye,

02 January 2012

Day 1 in 2012

Saya memang dah berjanji dengan emak untuk ke Jakel, tapi sebab sibuk sikit dengan bisnes, makanya tahun dah habis baru sempat ke Jakel.

Biasanya kalau ke KL, memang suka pergi pagi-pagi. Park kereta tengok parking ticket jam 10.33am. Kena tengok untuk bajet masa dan harga parking. Saya memang akan park di Semua House. Convenient dan senang. Kalau beli barang banyak, boleh simpan dan sambung shopping lagi :).

Tapi parking rate memang tinggi. First hour RM4.00, second hour RM3.00. Selepas tu RM2.00. Semalam parking RM11.00 for 4 hours.

Straight ke Jakel. Malas nak melencong memana. Ground floor langsung tak menarik. Dengan sales assistant yang annoying semacam, so cecepat kami pi Tingkat 2. Tengok nak pilih kain, ada pulak Happy Hour, kain-kain yang RM45.00 semeter depa bagi RM10.00. Punyalah ramai menyerbu, hehe saya pun sama. Tapi corak semua saya tak berkenan, maka sibuk pi kat Cotton yang beri harga terbaik.

Tengok-tengok mak saya yang mabuk Happy Hour. Punyalah banyak dia ambil. Tu sebab saya tak berkenan, corak lebih tu mak-mak nya taste. Menimbun. Nasib kami dah ada sales assistant yang ok. Biasanya kami nya style adalah cari SA yang boleh kami tolerate dan really assist kami masa pilih dan potong kain. I don't like SA yang semua cantik, semua kena dengan akak and pandai-pandai pilihkan untuk kita. Kira macam pushy SA pun memang kami reject ar. So dengan Yeni, kami pilih kain dia terus potong masa Happy Hour tu.

All in all kami spend RM1k++ untuk kain sahaja. And my mom is the winner. Saya dalam kata tak nak beli apa-apa pun RM200 jugak kempis. Sebabnya COTTON ar..

Tapi syukur alhamdulillah saya dapat penuhi janji saya dengan bonda saya.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign