Tinta Si Isteri Mekanik: 2013

23 December 2013

Shah Alam Berselawat

Teks : Saudah Salleh

Alhamdulillah.  Saya dan suami telah dipilih oleh Allah swt untuk sama-sama berselawat dengan Tuan Habib Syeikh Abdul Kadir Assegaf. Seramai lebih 15,000 orang telah hadir ke Stadium Malawati Shah Alam.




Setiap kali ke Majlis Selawat, auranya terasa berbeza dan seperti baru pertama kali menghadirinya.

Saya suka ke majlis seperti ini kerana inilah peluang terbaik untuk berdoa. Taman syurga.






Terima kasih Ya Allah. Inilah konsert penutup bagi 2013.

Terima kasih kepada Richwell yang menganjurkan majlis sebegini.

Terima kasih kepada semua crew yang berkhidmat dengan cemerlang.

Semoga kami dapat hadir ke setiap Majlis Berselawat pada tahun 2014. Insyaallah.

21 December 2013

Seminar Penyusuan Ibu oleh Puan Suraya Ali

20 December 2013

Seminar Tauke Borong Indonesia

17 December 2013

Balik kampung kerana kecemasan!

Hari Sabtu yang lepas, saya peruntukkan untuk menggembirakan hati bonda saya. Beliau mengajak ke KL, katanya ingin membeli-belah kain, brooch dan lain-lain. 

Namun, kesihatan beliau kurang memuaskan maka perancangan ditukar kepada membeli-belah pokok-pokok di nurseri di kawasan Sungai Buloh.

Kali ini katanya ingin membeli pokok orkid dan tanah sahaja. Lainnya banyak nak tengok-tengok aje.

Sampai ke kedai orkid yang biasa kami kunjungi, punyalah seronok bonda saya melihat banyak bunga orkid sedang berkembang. Harga pula murah kerana biasa berurusan di sini.

Kemudian, bergerak ke nurseri bunga yang terletak di Jalan Subang-Sungai Buloh. Lagilah seronok.  Dalam pada nak tengok-tengok aje, membeli jugalah bunga bernilai RM50.00. Murah sangat sebab dapat sepasu ros merah RM15.00, sepasu ros merah RM13.00, pokok puding 3 pokok RM10.00 dan pokok bunga cantik 3 pokok RM10.00 serta tanah 2 bag RM2.00.

Jam 1.00 tengahari, saya menerima panggilan dari suami. Katanya bapak sakit dan dimasukkan ke hospital. Bila ditanya apa perancangan,  beliau kata belum ada lagi. 10 minitt kemudian, sah kami pulang ke Muar.

Tetapi bertolak malam kerana beliau perlu menyelesaikan janji beliau kepada pelanggan. Kereta kami juga perlu ditukar tayar belakang dan dicuci agar perjalanan kami mudah dan selamat.

Alhamdulillah,  perjalanan lancar dan kami tiba di Muar pada jam 12.00 tengah malam.

Alhamdulillah juga kerana esoknya, bapak telah didiscaj dari hospital dan kami dapat meluangkan masa bersama beliau sebelum pulang ke sarang pada hari Isnin.


16 December 2013

Buruk Bersepah

Teks: Saudah Salleh

Saya suka almari yang berlaci. Lagi banyak lagi suka.

Sebabnya? Dapat menyembunyikan kesemakan dan ketidaksusunan barangan dalam laci. Sepah? Tutup laci habis cerita.

Saya ada satu laci khusus untuk menyimpan kain di dapur. Kain lap tangan dan kain pengesat atau lebih dikenali sebagai kain buruk.

Bila buka sahaja laci tersebut, sakit mata kerana bersepah. Sakit hati sebab tak sempat mengemas.

Tadi saya berkesempatan untuk mengemas laci kain. Bila keluarkan dari almari, Astaghfirullah.  Banyaknya kain dalam laci. Macam-macam benda rupanya dalam laci kain. Ada bag kitar semula, ada alatan pembaikan seperti playar dan  screwdrivers dan kain lap bercampur aduk.



Untuk proses pembersihan, saya keluarkan semua benda dari dalam laci.

Asingkan mengikut kategori. Saya longgokkan kain lap tangan di satu bahagian. Asingkan kain buruk dan sisihkan dan buang kain buruk yang buruk.


Kemudian saya susun kotak kasut dalam laci. Saya gunakan juga tutup kasut. Sebabnya, kotak tak cukup.
Lipat semua kain mengikut saiz kotak tersebut. Untuk mudah, jadikan satu kain sebagai 'guide'.



Mulakan menyusun semua kain ke dalam laci mengikut kategori. Susun sampai muat semua kain dalam laci tersebut.

Peralatan bertukang tu saya masukkan dalam kotak yang tinggi. Potong ikut ketinggian laci. Kalau rajin, balutkan kotak dengan pembalut hadiah.


Senang hati, jimat masa dan senyum terukir.

12 December 2013

Kereta berbau busuk

Teks : Saudah Salleh

Dahulu, saya membeli barang basah apabila balik dari pejabat. Senang sebab tak perlu rancang menu dari awal.

Ini kerana saya pergi dan pulang dengan suami.  Mudahlah nak singgah menyinggah.

Tetapi apabila suami mempunyai perniagaan, saya memandu berseorangan dan suamu tidak benarkan saya menyinggah. Untuk keselamatan katanya.

Jadi, saya hanya membeli barang basah pada hari Jumaat sahaja di pasar malam berhampiran pejabat.
Barangan basah seperti ikan, udang, sotong dan sayur-sayuran sangat segar di sini. Harganya masih munasabah dan boleh diterima.

Tetapi, saya selalu kena marah dengan suami sebab selalu terlupa membawa baldi untuk letakkan barang belian. Kenapa perlukan baldi?

Sebabnya air dari barang basah akan tumpah ke karpet kereta dan menyebabkan kereta berbau busuk!
Hampir semingggulah nak hilangkan baunya, itupun tak hilang betul. Hanya harapkan pewangi kereta sahaja melindungi bau tersebut.

Semasa menelek barangan di Daiso, terjumpalah penyerap bau ini. Car seat deodoriser. Murah aje hanya RM5.00. Maka saya beli dan letakkan di bawah kerusi pemandu.


Lega hati, bau hilang, poket senang.

11 December 2013

11 Disember 2013

Teks : Saudah Salleh

Cantik tersusun tarikh hari ini.
11.12.13.

Apa yang menarik pada tarikh ini pada saya?

Yang pertama adalah saya bercuti. Gembira.

Yang kedua, Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.  Daulat Tuanku.

Yang ketiga, suami pun cuti. Berbanding tahun lepas, perniagaan dibuka pada hari ini. Memandangkan perniagaan suami di Selangor dan sebagai tanda penghargaan kepada staf, maka hari ini bengkel tutup.

Yang keempat, hari ini kami akan ke Banting. Menziarahi anakanda saudara yang memerlukan sokongan moral dan membuat perancangan baru untuk Semester 2, Matrikulasi Banting.

Yang kelima, hari ini mencuba produk baru.

Yang keenam, hantar kereta pelanggan ke rumah mereka dan mengambil satu kereta pelanggan.

Penuhnya jadual. Alhamdulillah.

04 December 2013

Kelas 'Basic Make-Up' Bersama Hazwani Themakeuplover

Teks : Saudah Salleh

Memang sifat wanita sukakan kecantikan. Baju cantik, rumah bersih, tudung lawa.

Saya juga sukakan kecantikan. Tambah lagi kalau make-up, lagi rasa cantik. Rasa, kalau pakai make-up bertambah lawa. Bertambah yakin. Hihi.

Nak lawa make-up, tapi tak pandai.  Takde ilmu make-up. Main bantai je sapu foundation. Lipstick merah mata hijau. Hahaha sangat tak cantik. Bila macam tu, tak nak pakai make-up sebab tak lawa. Padahal tak nak belajar.

Jadinya, apabila terlihat tawaran yang menarik dan semestinya murah, maka saya terus mendaftarkan diri untuk kelas make-up ini.

Hanya RM100 sahaja belajar dengan Wani. 3 jam lebih rasa macam tak cukup. Tapi kena jelas, make-up ni, bila dah belajar, kena sentiasa berlatih. Setiap hari. Sebab kena mahirkan betul-betul teknik yang diajar. Nak tepek foundation pun ada caranya. Awal-awal ni belum mahir, ambil masa 3 minit sebab nak pastikan rata. Kalau setiap hari kita pakai foundation, minggu ke-3 pasti dah boleh dikurangkan masanya kepada 1 minit.

Hasil belajar. Natural sahaja. Hanya mata 'smokey eyes'

Paling menggigil bila kena praktikal adalah bahagian kening. Sebab saya ada pengalaman, make-up di kedai,  tebalnya kening saya dilukis. Spoil betul. Selepas kejadian itu, memang saya tak sentuh langsung kening saya semasa make-up. Tapi sebenarnya,  kening lah yang menyerlahkan dan membentuk muka kita. Sebab itu, belajar make-up dengan pakar. Dengan guru make-up yang betul.

Membazir? Boleh tengok youtube? Memang betul, boleh.  Saya memang dah buat. Belajar dengan youtube. Tapi tak jalan. Tak pandai juga. Pulak tu, saya memang kena talaqqi berdepan dengan guru. Lebih cepat faham. Teknik make-up ni, setakat tengok je, tak boleh. Sebab kita cuma nampak je, kita tak rasa. Kita tak rasa tekanan yang macam mana akan buatkan foundation kita tahan lama. Kita tak rasa eyeliner tu dibentuk. Kita tak rasa macam mana loose powder diaplikasikan. Jadi macam mana nak hasilkan make-up yang cantik kan?

Ringkas dan penuh dengan tips-tips. Tips memilih berus, tips warna, tips memilih make-up murah dan mahal. Semuanya Wani ada kongsikan.

Untuk yang berminat, selalulah tengok blog Wani iaitu di themakeuplover.blogspot.com. Kelas pertama dah selesai. Nantikan kelas seterusnya.



Belum ada set alat solek yang lengkap. Tetapi mengaplikasikan teknik foundation dan eyeliner. Saya hanya gunakan Foundation SilkyGirl dan Liquid Eyeliner SilkyGirl. Kening tak bentuk sebab Eyebrow Pencil belum beli. Lipstick belum pakai lagi. Nak tunjukkan make-up yang natural, seolah-olah saya tidak memakai sebarang make-up.



01 December 2013

Kemas kereta dalam masa 5 minit!

Teks : Saudah Salleh
Gambar : Google

Kereta kita ni boleh diibaratkan sebagai kawan baik kita. Iyalah, dia yang bawa kita ke mana-mana yang kita dan keluarga kita suka.

Pergi kerja, hantar anak ke sekolah, singgah ke kedai, membeli-belah di hujung minggu. Memang seronoklah bila ada kereta.

Tapi, kalau dah nama bawa setiap hari, kebarangkian untuk bersepah adalah tinggi, lebih-lebih lagi kalau anak-anak suka makan dalam kereta. Ataupun kalau kita selalu tinggalkan beberapa pasang kasut. Ataupun kita tinggalkan fail-fail mesyuarat atas kerusi penumpang.


Bila kita biarkan keadaan kereta bersepah, lama-kelamaan kita akan malas untuk mengemasnya. Bayangkan jika satu hari, bos nak tumpang kereta kita ke tempat mesyuarat. Atau kawan-kawan ajak keluar makan dengan tumpang kereta kita. Takkan kita nak biarkan mereka melihat kereta yang bersepah kan?

Ada 3 perkara yang boleh kita buat setiap hari untuk mengemas kereta, iaitu dalam masa 5 minit sahaja! 

Yang pertama, sediakan BAKUL untuk menyimpan permainan dan barang-barang milik anak-anak khusus untuk kereta. Iyalah, biasanya untuk mengelakkan anak-anak bosan dalam perjalanan, kita biasa bekalkan mereka dengan alatan permainan, atau sediakan buku mewarna dan pensel warna. Jadi untuk elakkan kereta bersepah, siapkan bakul dan masukkan semua alatan tersebut ke dalam bakul tersebut. Kita boleh simpan bakul tersebut ke dalam bonet atau letakkan di bahagian kaki di kerusi belakang.

Bakul boleh dalam bentuk segi empat atau berbentuk poket. Contohnya seperti di bawah.



Yang kedua, BUANG sampah dalam kereta kita. Setiap hari. Waktu yang sesuai dalah pada waktu petang. Sebab kita tidak mengejar masa.Kutip semua plastik makanan minuman serta sisa makanan yang berterabur. Kalau ada penyedut hampagas mini, boleh digunakan pada masa ini. Mesti dibuat setiap hari terutamanya jika anak-anak suka makan dan minum dalam kereta. 

Yang ketiga, BERSIH kan kereta kita setiap hari.  Keluarkan pelapik kaki dan buangkan pasir serta habuk yang terlekat dengan cara mengibasnya. Lap 'dashboard' dengan tisu basah agar habuk terus melekat kepada tisu tersebut. Lap steering, brek tangan serta semua permukaan yang kita dan anak-anak sentuh. Lap cermin yang ada bekas tangan anak-anak. Selain dari tisu lembap, boleh juga gunakan Sabun Cecair dan Kain. Sediakan BAKUL untuk alatan mengemas dan simpan di bahagian bonet kereta. BASUH kereta kita seminggu sekali untuk mengekalkan kebersihan luarannya.

Apabila kita membersihkan kereta setiap hari, hanya 5 minit sahaja masa yang diperlukan untuk mengekalkan kebersihan kereta.

27 November 2013

Rojak Bellamy

Teks : Saudah Salleh

Minggu lepas, selepas mesyuarat, bos saya mengajak kami mencuba Rojak Sotong di Jalan Bellamy. Menariknya, semua pun tak pernah makan Rojak tersebut. Hanya mendengar khabar kesedapannya dari rakan-rakan.

Lokasi warung rojak ini terletak di Jalan Bellamy dalam kawasan PENAMA, berhampiran Ikan bakar Bellamy.  Tak susah mencarinya. Cuma taip Jalan Bellamy ke dalam Waze atau GPS.

Kawasan kedai tersebut sangat bersih dan selesa, dengan ruang makannya yang luas. Pesanan diambil dengan cepat dan dihantar dengan tepat.

Pilihan menu pula banyak dan murah memandangkan lokasinya di tengah-tengah kota metropolitan ini.

Untuk rojak hanya RM3.50. Rojak mee pula kalau tak salah RM4.00. Cendol pun ada di sini.

Tapi saya syorkan untuk memesan Rojak sotong yang hanya berharga RM5.00 sahaja. Murah bukan?




Biasanya, penentu kesedapan rojak adalah pada kuahnya. Kuah Rojak Bellamy ini sangat sedap, rasa pedas dan sedikit manis ditambah dengan sambal sotong mengenakkan lagi kuahnya. Tidak terlalu pedas bagi membolehkan anak-anak kita turut sama menikmati juadah ini.


Satu lagi keistimewaan warung ini adalah waktu perniagaan tujuh hari seminggu. Dari jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang bagi hari Isnin hingga Sabtu, manakala Ahad dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 3.00 petang.

Cubalah. Dengan menu 1Malaysia dan harga yang murah, berbaloi-baloi.

26 November 2013

Tersadai di tepi jalan

Teks : Saudah Salleh

Semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya terlihat sebuah kereta berhenti di tepi lebuhraya. Terpandang si bapa sedang menelek bahagian depan kereta, manakala si ibu mengelek anak berada di luar kereta.

Kasihan melihat mereka.  Berpanas berpayung kerana kereta rosak.

Kereta rosak, banyak sebabnya. Antara puncanya adalah tidak menyelenggara kereta mengikut jadual.

Asasnya, jalan terbaik adalah selenggara kereta setiap 5, 000 kilometer. Seboleh mungkin elakkan memandu kereta jika tempoh servis  melebihi 5,000km.

Minyak enjin berfungsi sebagai pelincir kepada enjin kereta. Oleh kerana ia bertugas setiap kali kita menggunakan kenderaan,  minyak enjin akan 'kotor'apabila melincirkan enjin.
Apabila kita menangguhkan penukaran minyak enjin, enjin kita semakin 'kotor' dan minyak enjin menjadi berat.

Seperti manusia, semakin berat semakin bahaya. Membuatkan kereta kita berat dan tidak 'pick-up' semasa memecut. Tak syok lah kan pandu Mercedes tapi kelajuan hanya 70km/j.

Makin berat minyak enjin, makin membahayakan sistem enjin kereta. Timing belt boleh putus, lepas tu enjin kena overhaul yang mana kita kena bayar beribu-ribu pulak. Baik beli LV kan.

Apa yang perlu kita pemandu tahu apabila kita hantar servis? 

Yang pertama, minyak enjin samada biasa, semi or fully synthetic.  Minyak biasa untuk kereta usianya lebih 5 tahun. Semi dengan fully synthetic untuk kereta baru.

Kedua, oil filter. Ambil yang original.

Ketiga, upah. Di antara RM10.00 hingga RM50, bergantung kepada bengkel. Jika ke Pusat servis Honda atau Perodua, harganya berbeza ya.

Ini sahaja yang dikatakan servis kenderaan. Mudah bukan?

20 November 2013

Saya Mohon Maaf

Saya sedang mengemaskini blog dan label saya.

Adakalanya saya cuai, terus menekan butang 'publish'. Maka beberapa entri telah dijadualkan pada hari ini.

Nampak macam banyak entri kan? Tetapi sebenarnya salah sendiri.

Maaf kan saya.

Bye,

HotPindang Kitchen, Seksyen 10 Shah Alam

Teks : Saudah Salleh

Saya sangat gemarkan asam pedas tetapi masih belum menguasai cara memasak.
Pada asasnya, resepi semuanya sama, hanya perlu pandai mengimbangi rasa masam dari asam jawa dan rasa pedas dari cili.

Kerapkali, asam pedas saya cair. Ini kerana air asam saya terlampau banyak.
Bila juadah tidak menepati rasa, saya rasa malas nak masak asam pedas lagi. Tapi, keinginan tetap ada.

Jadi bila berjumpa dengan juadah yang menepati citarasa yang berada di Shah Alam, punyalah seronok.
Lebih-lebih lagi apabila pemilik restoran adalah kenalan saya. Lagi seronok kami berurusan dan memberikan sokongan kepada mereka.

Sebelum ini saya telah mencuba Asam Pedas Ikan Senangin. Maka kali ini saya memesan Asam Pedas Ikan Pari. Set ini didatangkan bersama dengan semangkuk nasi putih, ulaman timun, lobak merah dan salad, telur masin dan keropok ikan.


Minuman di dalam gambar ini dinamakan Jus Bermadu yang mengandungi serai, daun pudina dan madu. Manakala satu lagi minuman adalah Asam Boi Limau.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati.

Alamat HotPindang Kitchen:
11 & 13 Jalan Cheong Sam 10/11
Seksyen 10
40000 Shah Alam

19 November 2013

Kenapa Hijrah?

Teks : Saudah Salleh

Apabila membaca kembali entri-entri saya sebelum ini, saya rasakan ianya tiada hala tujuan.
Banyaknya menulis kerana sebagai kenangan.  Sebagai ingatan. Resepi. Restoran yang dikunjungi. Hari Raya.

Tiada fokus tertentu. Hanya sekadar menulis.
Hijrah ini bermula apabila melihat rakan-rakan blogger dapat menjana sesuatu dari tulisan mereka. Wang, pengalaman pertama, rakan-rakan dan sebagainya.

Sebenarnya, saya terjumpa blog-blog yang mempromosikan kelas penulisan. Jadi saya berminat untuk menyertainya.

Niat saya kini telah berubah. Melalui blog, saya akan berkongsi beberapa perkara.

Yang pertama adalah berkaitan pengalaman hidup. Terutama peristiwa yang bersejarah.

Yang kedua, saya kongsikan berkaitan kereta.  Berkenaan penyelenggaraan 'nadi' pergerakan kita. Di bengkel kami di Shah Alam, banyak kes 'kebocoran wang' adalah disebabkan penyelenggaraan kereta yang tidak mengikut jadual. Ada juga komen yang kami terima, pemilik kereta tertipu dengan bengkel lain. Jadi saya tidak mahu pemandu dan pemilik kereta mengalami situasi tersadai di tengah jalan.

Yang ketiga, saya kongsikan kata-kata yang memberi saya manfaat agar rakan-rakan pembaca juga mendapat manfaatnya. Ianya lebih popular dengan nama 'Quotes'.

Selebihnya, saya kongsikan artikel-artikel, trivia peristiwa, resepi yang telah saya cuba dan apa jua yang menarik untuk dibaca.

Semoga penghijrahan paradigma saya dalam bidang penulisan ini akan membantu ramai orang serta sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada pembaca blog ini.

16 November 2013

Hijrah

Teks: Saudah Salleh
Saya mula menulis blog setelah teruja membaca blog rakan-rakan. Pada pendapat saya, blog adalah sebenarnya diari, cuma ianya dalam bentuk elektronik.

Mengapa saya berfikiran sedemikian? Banyak blog yang saya baca berkisar tentang keluarga, berkaitan perkara harian, cerita tentang pengalaman bercuti, restoran baru, resepi dan sebagainya.

Apabila saya membaca kembali entri-entri awal, oh sungguh 'muda' karangan saya. Sungguh tidak matang kerana ianya seperti karangan pelajar sekolah sahaja. Tiada bermanfaat kecuali untuk saya.

Semakin lama berblog, semakin tiada arah tujuan selain sebagai sebagai kenangan sahaja.
Saya terfikir, saya mesti buat sesuatu.

Dan saya lakukan dengan menukar tajuk blog. Ini perkara kedua yang saya buat.
Perkara pertama? Nantikan perkongsian saya seterusnya.

30 October 2013

EMOSI

Hanya ada DUA (2) emosi sahaja 
sepatutnya dalam diri kita.

Yang pertama, BERSYUKUR.

Yang kedua, BAHAGIA.

Sedutan dari Islam itu Indah, Pro. Dr Muhaya.

Bye,

17 October 2013

Aidil Adha 1434H

Kali ini di Petaling Jaya sahaja. So relaks sebab tak perlu cuti hari Isnin tu. Boss pun baik hati sebab beri cuti half day, only work till 2.00pm sahaja.

Sepatutnya kena masak lodeh dan rendang ayam. Barang dah beli, tapi bila petang kakak ipar whatsapp kata dia masakkan rendang, terus masukkan ayam dalam fridge balik.

Cuma siapkan sayur-sayur - hiris kacang panjang, kobis, carrot dan goreng tempe sahaja.

Tapi masak pagi raya je. Senang.

Tapi tercair pulak kali ini. Setelah sebulan tak masak, first dish tak berapa menjadi. But looking at the way the family eat, sedap je.

Lepas tu, hubby ambil bantal terus tidur. Tengah demam, so tak pergi tolong di masjid. My sisters, brother and niece pergi beraya kat IKEA. Nak ikut but tak larat. Ordered Karipap dan Hotdogs je.

I suka beraya di Petaling Jaya sebab boleh solat Aidiladha di masjid. Kalau di Muar, kena buat sendiri di rumah. Khutbah I buka RTM1, khutbah dari Masjid Negara.

Raya kedua, baru our turn untuk Ibadah Korban di Institut Tahfiz SABA, Kerling. Memang setiap tahun buat di sini.

I kena masak Sup Tulang. Guna kayu api best. Tapi sebab kayu basah, asap je banyak. Api pun kecil. 10.30am air pun tak mendidih lagi. Sangat risau but ramai menolong. Kayu api ditambah dan pakar api tolong buatkan supaya api besar.

Memang last sekali juadah yang siap, Alhamdulillah sedap. Hihi.

Gambar memang tiada sebab tak larat. So apa pun takde.
Bye,

01 October 2013

Minda Kaya vs Minda Miskin

Artikel Pilihan: Minda Kaya vs Minda Miskin

Oleh: Irfan Khairi



Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.



Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.



Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil


Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.



Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.



Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"



Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!





Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.



Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.



Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.



Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci


Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.



Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"



Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!



Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!





Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain


Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".



Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!



Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.



Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!



Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.



Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?



Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.



Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.



Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!



Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!



04 September 2013

Allah is PERFECT!

A King had a male servant who, in all circumstances always said to him; My king, do not be discouraged because everything Allah does is perfect, no mistakes.

One day, they went hunting and a wild animal attacked the king, the servant managed to kill the animal but couldn't prevent his majesty from losing a finger. Furious and without showing gratitude, the King said; if Allah was good, I would not have been attacked and lost one finger.
The servant replied;  Despite all these things, I can only tell you that Allah is good and everything He does is perfect, He is never and will never be wrong. Outraged by the response, the king ordered the arrest of his servant.

Later, he left for another hunt and was captured by savages who use human beings for sacrifice. In the altar, the savages found out that the king didn't have one finger in place, he was released because he was considered not "complete" to be offered to the Gods.

On his return to the palace, he authorized the release of his servant and said; My friend, Allah was really good to me. I was almost killed but for lack of a single finger I was let go. But I have a question; If Allah is so good, why did He allow me to put you in jail?. He replied; My king, if I had gone with you, I would have been sacrificed because I have no missing finger.

Everything Allah does is perfect, He is never wrong. Often we complain about life, and the negative things that happen to us forgetting that nothing is random, and that everything has a purpose. Allah knows why he chose you to receive this message today, please bless someone with it by sharing it.

Everything happens for a reason, things do happen for our own Good. Allah is Great..

02 July 2013

Monsters Sambung Belajar di Monsters University









Monsters University. 

Kisah tentang:-
1. Kerja berpasukan (teamwork)
2. Sokongan (support)
3. Kepercayaan (trust)

4. Keyakinan (believe)
5. Kegembiraan (having fun while trying)
6. Latihan (practice)

7. Impian (dream)
8. Fokus (focus)
9. Perancangan (plan)

10. Senyum (smile)
11. Kekuatan (strength)
12. Kelemahan (weakness)

Wow.


Bye,

11 June 2013

Lock your doors ladies!

Ingat.

Jadikan amalan. Masuk kereta terus lock. Kalau auto-lock system berfungsi apabila kereta dihidupkan, biasakan masuk kereta, tutup pintu dan start your car and activate the door-locking system. Barulah letak handbag, shopping bag dan lain-lain.

Sangat menakutkan mendengar/membaca kisah sebegini. Kecuaian boleh mengundang penyesalan!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rampas kereta di lampu isyarat

Lebih malang lagi, si adik berusia 33 tahun itu difahamkan turut dicabul suspek dalam kereta berkenaan sebelum kakaknya berusia 38 tahun berjaya mendapatkan bantuan polis yang kemudian mengejar suspek sejauh dua kilometer dan menahan mereka.

Menurut sumber, sebelum kejadian jam 4 pagi itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.
“Sebaik mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat Taman Cheras Indah, dua lelaki menghampiri kereta mereka lalu membuka pintu pemandu.

“Seorang suspek merampas beg tangan mangsa yang diletakkan bersebelahan menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.

Sumber berkata, suspek menumbuk perut wanita terbabit lalu menariknya keluar daripada kereta sebelum kedua-dua lelaki terbabit melarikan kereta berkenaan.
Katanya lagi, adik mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan turut dilarikan bersama kereta itu.

Namun, kejadian itu tidak berpanjangan selepas mangsa mendapatkan bantuan orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, adik mangsa berjaya diselamatkan polis dan kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk membuat laporan

Sumber Harian Metro.
Bye,

23 May 2013

Kewajipan isteri satu je, layan suami

Menarik untuk diberi perhatian!

- suami beri lebih dan terbaik sangat dialu-alukan.


- isteri menerima dan bersyukur sangat digalakkan.


- yang penting ELMU.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
para suami sekalian wajib baca!!

kalau masyarakat memang amalkan budaya islam...rasanya mst xde suami yg sggup kawen smp 2,3...yelah mane nk masak lg, kmeas rumah, jage anak...kalau 2,3?? huhuiii pastu kite tgk lak sape yg rajin berleter kt umah...toing3...! jom..bace!

Pak Ngah Adan : "Apasal monyok ni Muin?"

Muin : "Tah le Adan, bini aku tu, maleh beno masak gulai tempoyak feberet aku"

Pak Ngah Adan : "Ate, apasal kau tak masak sendiri je?"

Muin : "Mane le aku tau masak Adan oi, aku ni kan suami, bior la bini aku masak, aku makan je"

Pak Ngah Adan : "Patutnye kau la yang masak"

Muin : "Ish.... kan masak tu tugas isteri?"

Pak Ngah Adan : "Bila masa pulak masak ni jadi tugas isteri?"

Muin : "Laaa, kan dari dahulu kala lagi"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya, kita ni dok amal budaya sampai tak ikut ajaran agama"

Muin : "Ajaran agama? lain ke yang Islam ajar?"

Pak Ngah Adan : "Memang la lain, tu pasal kita kena belajar"

Muin : "Sebenarnya ikut Islam macam mana?"

Pak Ngah Adan : "Kalau ikut Mazhab Syafie dalam kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, kewajipan isteri satu je, layan suami, yang lain semua kewajipan suami"

Muin : "Hoh, layan suami je?"

Pak Ngah Adan : "Haah, kewajipan yang kena isteri buat layan suami je"

"Yang lain-lain, dalam urusan rumahtangga semua urusan suami. Macam sediakan rumah, kemas rumah, basuh pakaian, basuh pinggan mangkuk, jaga anak, sampai susukan anak pun kewajipan suami"

Muin : "Susukan anak pun suami kena buat? biar betul"

Pak Ngah Adan : "Kalau isteri tak mau susukan anak, suami tak boleh paksa, dia kena cari ibu susuan atau cari la susu kambing ke, lembu ke."

"Tapi Islam ni indah, Allah tak wajibkan, tapi Allah anugerahkan kasih sayang kepada ibu untuk dia susukan anak tu."

Muin : "Oooooo, apa lagi kewajipan suami?"

Pak Ngah Adan : "Suami wajib bagi makan kepada isteri. Minimum 1 mud atau satu cupak Baghdad lebih kurang tadahan 2 tapak tangan makanan ruji kepada isteri setiap hari. lauk pauk tu tak wajib dah. Wajib sediakan tempat tinggal. Wajib berikan sepasang pakaian setahun"

"Kalau isteri malas nak suap makanan, maka wajib suami suapkan makanan tu ke mulut isterinya"

"Tapi kalau suami nak bagi lebih tak jadi masalah. Takkan nak bagi makan nasi tak berlauk pulak kan?"

"Suami tak wajib bagi duit kat isteri dia, tapi boleh ganti duit kalau isteri tu rela dan nak uruskan sendiri, macam gantikan makanan dengan duit, isteri makan sendiri la. Duit isteri adalah hak isteri sepenuhnya, dia boleh buat apa sahaja dengan duit tu tanpa minta izin suami. Tapi baiknya bagi tau la kalau benda tu besar macam nak beli kereta tu"

Muin : "Kalau isteri tak tuntut hak dia?"

Pak Ngah Adan : "Itu kebaikan dalam berkasih sayang dan berumah tangga. Kalau isteri rasa cukup sekadar apa yang suami bagi tanpa tuntut apa-apa, itu baik. Sama macam suami bagi lebih dari kewajipan dia, itu baik"

"Kalau isteri redha melakukan kewajipan suami, itu sangat baik. Macam isteri redha memasak, mengemas rumah, basuh pakaian, jaga anak, susukan anak. Itu akan meringankan suaminya dan akan mendatangkan keredhaan suami dan Allah kepada si isteri. Tapi kalau isteri tak mau buat, suami tak boleh paksa. Malahan berdosa suami memaksa isteri melakukan yang asalnya adalah kewajipan suami itu sendiri"

"Tapi tolak ansur dalam rumahtangga itulah yang sebenarnya pengikat cukup kuat dalam rumahtangga, yang mendatangkan keharmonian dan rahmat Allah"

Muin : "Ooooo, baru aku tau"

Pak Ngah Adan : "Itu la masalahnya orang kita ni, belajar tak berapa mau, akibatnya hak dan tanggungjawab sendiri pun tak tau. Suami sibuk nak tambah bini, sebab tak tau betapa beratnya kewajipan suami. Kalau semua benda bini nak buat, memang best la kawin ramai. Isteri pulak dalam tak sedar ditindas secara rela. Bila badan letih mulut pun mula la membebel. Kadangkala pi marah suami pulak. Tak pasal-pasal hilang pahala dan dapat dosa"

"Imgat Muin, ramai perempuan masuk neraka disebabkan mulut mereka. Sebahagiannya sebab berleter sebab letih. Letih pulak sebab buat kewajipan suami yang dia rasa itu kewajipan isteri. Naya betul....."

Wallahualam

dipetik dari alamsukma.blogspot.com


Bye,

30 April 2013

Write everyday.


  • Writing helps you reflect on your life and changes you’re making. This is incredibly valuable, as often we do things without realizing why, or what effects these things are having on us.
  • Writing clarifies your thinking. Thoughts and feelings are nebulous happenings in our mind holes, but writing forces us to crystalize those thoughts and put them in a logical order.
  • Writing regularly makes you better at writing. And writing is a powerful skill to be good at in our digital age.
  • Writing for an audience (even if the audience is just one person) helps you to think from the perspective of the audience. That’s when the magic starts, because once you get into the reader’s mindset, you begin to understand readers and customers and colleagues and friends better. You have empathy and a wider understanding of the world.
  • Writing persuasively — to convince others of your point of view — helps you to get better at persuading people to change their minds. Many people don’t want to change their minds when they feel someone is attacking their position, so they get defensive and dig into their position.
  • Writing daily forces you to come up with new ideas regularly, and so that forces you to solve the very important problem of where to get ideas. What’s the answer to that problem? Ideas are everywhere! In the people you talk to, in your life experiments, in things you read online, in new ventures and magazines and films and music and novels. But when you write regularly, your eyes are open to these ideas.
  • Writing regularly online helps you to build an audience who is interested in what you have to share, and how you can help them. This is good for any business, anyone who is building a career, anyone who loves to socialize with others who are interested in similar things as them.

Bye,

02 April 2013

Mustajab Doa


Sebaik baik doa adalah apabila kita mendoakan orang lain dan mereka tidak mengetahuinya.

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Ameen.

29 March 2013

Perkara Berfaedah

25 January 2013

Pra Syarat Kejayaan

Dua orang pelari hendah berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. 


Pemuda pertama TANPA berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut sehingga sampai ke garisan penamat. 


Dari garisan penamat itu, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu. ;)))


*google*


So, apakah kesimpulannya atau moral of the story?



Anda JANGAN BERLENGAH lagi, FAST ACTION MASSIVE RESULT! kerana orang lain telah pun BERMULA dan mungkin telah berjaya.



Jangan terlalu memilih mana2 bentuk BISNES/PELUANG yang ada di depan mata.JUST DO IT!



Pilih memilih itu bukan pra-syarat untuk berjaya.



Tapi PRASYARAT KEJAYAAN ialah TERUS BUAT!DAN KEKALKAN PECUTAN SERTA MOMENTUM!KEEP FOCUS!



Salam kejayaan buat semua rakan seperjuangan.
All the best!



Bye,

23 January 2013


Apa yg saya belajar dari bowling:-

Apabila sasaran kumpulan adalah jelas, semua ahli akan berusaha mencapai matlamat tersebut. Tetapi ianya boleh dilakukan dalam keadaan yang santai dan enjoying the effort.

Kalau sedikit tersasar, rakan-rakan yg positif akan sentiasa menyokong kita agar kita lebih bersemangat utk berusaha mencapai sasaran tadi.

Kita juga perlu menjadi ahli pasukan yang sentiasa memberikan usaha terbaik dan penyokong yang positif.

Itulah yang dinamakan TEAMWORK.




*google*



Saya doakan agar kita semua adalah ahli teamwork yang terbaik. Ameen.

Puan Sa'udah Salleh
Director Rahim Auto


Bye,

18 January 2013

Nikmat Malam Jumaat ;)

Ayat 1 - 9 : 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : 
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

Ayat 12 : 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : 
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : 
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 : 
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : 
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : 
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : 
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : 
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : 
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : 
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : 
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : 
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : 
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

* Kredit to Auntie Nani
Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign