Tinta Si Isteri Mekanik: Spa, Surprise and Birthday Celebration

15 January 2013

Spa, Surprise and Birthday Celebration

Perancangan

6hb Januari adalah tarikh lahir cinta hati saya, iaitu hubby.  Disebabkan 'surprise gift' semasa birthday saya, saya buntu memikirkan hadiah yang bersesuaian dengan beliau.

Bajet tidaklah sebesar Samsung Galaxy Note II, memang pening nak berikan hadiah apa.

Kemudian saya terfikir tentang spa kerana hubby asyik komplen katanya badannya sakit-sakit dan perlu diurut. Biasanya kami berurut seluruh badan dengan orang buta, tetapi pusat urutan tersebut telah ditutup kerana tuan punya bangunan inginkan kembali premisnya. Hanya boleh refleksologi sahaja di Giant Kota Damansara. Pernah belikan Groupun tetapi bila diberitahu bahawa perempuan yang akan mengurut, terus tak nak pergi.

Alhamdulillah, kami memang mengenali pemilik spa di Concorde Shah Alam dan dengan kerjasama beliau, dapatlah surprise spa party dilaksanakan dengan sempurna.


Hari Kejadian

Pada mulanya memang tak nak beritahu, cuma cakap yang dia akan ditutup matanya dan duduk di bahagian penumpang. Tapi dia tak nak sebab nanti dia rasa loya. Hehehe. So, cuma beritahu dia nak kena jumpa Kak Maz, owner spa untuk ambil voucher. Then kena ke KL untuk surprise tu. Dia percaya dan ini memudahkan parti terperanjat saya.

Me : 'Laju sikit yang, ayang janji pukul 11pagi ni'
Hubby : 'Ok ok. Janji kul 11, sempat lagi ni'.

Tapi tetap pecut.

Sampai Concorde Shah Alam, park je dekat tepi jalan.

Hubby : 'Takpe ke ni?'
Me : 'Takpe, kejap je'

Then whatsapp dengan Kak Maz cakap kami dah nak naik lif. Sempat dia buat plan yang dia and staff akan nyanyi Birthday Song masa masuk nanti.

Sampai je di spa, kiss kiss dengan Kak Maz, terus the whole staff wish and sang the song. Mula-mula hubby tak perasan yang lagu tu untuk dia, boleh tak?

Then only dia sedar and tersipu sipu malu. His face - PRICELESS. Sangat best dapat terkejutkan dia dengan perancangan yang mudah.

Thanks to Kak Maz for the help.

Visit her spa @ Concorde Shah Alam.

First class spa with first class treatment at a traction of your budget.

Bye,

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign