Tinta Si Isteri Mekanik

21 November 2009

Salam cemerlang Saudah. Semoga Saudah sentiasa bermotivasi untuk teruskan kerja harian.

Kali ini saya nak kongsikan senjata yang Saudah boleh gunakan untuk mengekalkan permintaan tuisyen.

5 senjata cara menarik perhatian parent dan pelajar ( pelanggan )

1. Gunakan teknik pengajaran yang lain daripada yang lain
Teknik amat penting dalam sesi pembelajaran. Saya ambil contoh untuk memudahkan pemahaman Saudah. Seorang guru yang hebat ilmunya tetapi bermasalah dari segi penyampaian, pasti memberi kesan ketidakfahaman oleh pelajarnya.

Jadi untuk menjadi seorang guru yang dikagumi, penyampaian Saudah perlu hebat selaras dengan ilmu yang anda miliki. Pelbagai pendekatan yang boleh Saudah gunakan untuk menarik perhatian pelajar Saudah. Kenapa perlunya Saudah menarik perhatian pelajar? Supaya pelajaran yang anda ajarkan, mereka faham 100% dan natijahnya pelajar akan meminati pelajaran tersebut. Sama juga situasi jika Saudah digelar seorang guru tuisyen.

Seorang guru tuisyen yang terbaik adalah penyampaian yang Saudah berikan mampu memahamkan pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut. Jadi cuba cipta (create) satu teknik yang lain daripada yang biasa pelajar terima di sekolah. Tetapi Saudah perlu ingat, silibus yang wajib Saudah ajarkan adalah sama. Cuma cara pembelajaran yang perlu berbeza.

Saya mempunyai seorang guru yang hebat. Beliau biasa mengendalikan seminar di seluruh Malaysia. Pelajar yang mengikuti seminar beliau biasanya lebih daripada 100 orang. Namun dengan teknik luar biasa yang telah beliau amalkan sejak turun temurun, pelajar beliau tidak pernah mengantuk dan seronok dengan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung.

Bukan setakat itu sahaja teknik beliau yang mudah untuk diingati membuatkan ramai cikgu sekolah kagum dengan bakat yang beliau ada. Jadi cari kekuatan dan kelebihan Saudah. Setiap orang pasti ada kelebihan masing-masing. Gunakan dengan sebaiknya untuk manfaat Saudah dan pelajar anda.

2. Sediakan resit bayaran
Saudah perlu sertakan resit bayaran setiap kali Saudah menerima gaji daripada ‘parents’. Ini sangat perlu bagi membuktikan Saudah prihatin terhadap bayaran mereka.

Ibu bapa juga perlu mengetahui rekod pengajaran yang telah dijalankan sebagai rujukan mereka. Saudah perlu sertakan maklumat sesi pengajaran yang telah anda lakukan pada bulan tersebut dalam resit. Contohnya 4 x 2jam x RM 40 = RM 320.

3. Berikan laporan prestasi
Walaupun Saudah hanya mengajar dirumah ( ‘home tuition’ ), Saudah dinasihatkan melaporkan prestasi semasa pelajar Saudah sebagai rujukan ibu bapanya. Ini merupakan inisiatif Saudah untuk menarik perhatian mereka. Tak buat tak apa.

Sebagai ibu bapa pastinya mereka hendak mengetahui perkembangan kelas tuisyen yang telah dijalankan dari bulan ke bulan. Apa yang Saudah boleh lampirkan kepada mereka adalah latihan beserta keputusan diperoleh yang telah pelajar anda lakukan semasa sesi pembelajaran.

4. Sediakan hadiah
Setiap kali pelajar Saudah berjaya mencapai target dalam ujian disekolah mahupun ketika didalam kelas tuisyen, berilah saguhati kepada mereka. Ini merupakan ganjaran yang akan diingati oleh pelajar Saudah dan secara langsung adalah ganjaran berbentuk motivasi kepada mereka. Saudah tidak perlu risau perbelanjaan Saudah akan meningkat kerana ini adalah pelaburan yang sungguh berharga yang Saudah tidak sedari.

Saya telah melakukannya sejak mula menceburi bidang tuisyen ini. Jika Saudah pernah dengar pepatah ’tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima’, sebenarnya sungguh besar maknanya kepada semua. Jika Saudah masih ragu-ragu, saya nasihatkan Saudah cuba buat dahulu baru Saudah tahu kesannya.

5. Sediakan gula-gula
Gula-gula boleh Saudah berikan sebagai ganjaran kecil kepada pelajar. Selain ganjaran, gula-gula boleh mengelakkan mengantuk semasa sesi tuisyen berlangsung. Saudah boleh berikan gula-gula kepada pelajar Saudah jika mereka selesai melaksanakan sesuatu tugasan yang telah Saudah berikan. Contohnya, selepas Saudah memintanya melakukan kerja rumah maka sebagai ganjaran Saudah boleh berikan gula-gula kepadanya.

Saya akan sambung lagi di emel akan datang. Terima kasih.

Ikhlas,

[Master Yus]
[016-3772901]
[www.seminartuisyen.com]
“100% seminar bagaimana menjana pendapatan dengan tuisyen yang pertama di Malaysia”

























-------------------------------------------------------------
Claim your FREE follow-up email service (without adverts)
Click here http://www.freeautobot.com

75,000 Free Banners for your Business
http://freeautobot.com/bansales.html

Ultimate Follow-up email, Ebooks + Templates + Pre-Written Messages Just $4.99
http://freeautobot.com/autosales.html
-------------------------------------------------------------
To stop receiving any further emails, just click on:

http://freeautobot.com/cgi-bin/autores/autores.cgi?do=unsubscribe&Email=sa_udah@yahoo.com&UserID=288881

To report spam by a FreeeAutobot User.
Please forward this email to reportspam@caltek.com or click on the above link for immediate removal (ensure the link is not broken).

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign