Tinta Si Isteri Mekanik: January 2013

25 January 2013

Pra Syarat Kejayaan

Dua orang pelari hendah berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. 


Pemuda pertama TANPA berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut sehingga sampai ke garisan penamat. 


Dari garisan penamat itu, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu. ;)))


*google*


So, apakah kesimpulannya atau moral of the story?



Anda JANGAN BERLENGAH lagi, FAST ACTION MASSIVE RESULT! kerana orang lain telah pun BERMULA dan mungkin telah berjaya.



Jangan terlalu memilih mana2 bentuk BISNES/PELUANG yang ada di depan mata.JUST DO IT!



Pilih memilih itu bukan pra-syarat untuk berjaya.



Tapi PRASYARAT KEJAYAAN ialah TERUS BUAT!DAN KEKALKAN PECUTAN SERTA MOMENTUM!KEEP FOCUS!



Salam kejayaan buat semua rakan seperjuangan.
All the best!



Bye,

23 January 2013


Apa yg saya belajar dari bowling:-

Apabila sasaran kumpulan adalah jelas, semua ahli akan berusaha mencapai matlamat tersebut. Tetapi ianya boleh dilakukan dalam keadaan yang santai dan enjoying the effort.

Kalau sedikit tersasar, rakan-rakan yg positif akan sentiasa menyokong kita agar kita lebih bersemangat utk berusaha mencapai sasaran tadi.

Kita juga perlu menjadi ahli pasukan yang sentiasa memberikan usaha terbaik dan penyokong yang positif.

Itulah yang dinamakan TEAMWORK.




*google*



Saya doakan agar kita semua adalah ahli teamwork yang terbaik. Ameen.

Puan Sa'udah Salleh
Director Rahim Auto


Bye,

18 January 2013

Nikmat Malam Jumaat ;)

Ayat 1 - 9 : 
Untuk keselamatan diri

Ayat 9 : 
Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

Ayat 12 : 
Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 : 
Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : 
Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 : 
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 : 
Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : 
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35 : 
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 : 
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : 
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 : 
Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 : 
Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : 
Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 : 
Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 : 
Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 : 
Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 : 
Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 : 
Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : 
Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 : 
Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 : 
Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79 : 
Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 : 
Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

* Kredit to Auntie Nani
Bye,

15 January 2013

Spa, Surprise and Birthday Celebration

Perancangan

6hb Januari adalah tarikh lahir cinta hati saya, iaitu hubby.  Disebabkan 'surprise gift' semasa birthday saya, saya buntu memikirkan hadiah yang bersesuaian dengan beliau.

Bajet tidaklah sebesar Samsung Galaxy Note II, memang pening nak berikan hadiah apa.

Kemudian saya terfikir tentang spa kerana hubby asyik komplen katanya badannya sakit-sakit dan perlu diurut. Biasanya kami berurut seluruh badan dengan orang buta, tetapi pusat urutan tersebut telah ditutup kerana tuan punya bangunan inginkan kembali premisnya. Hanya boleh refleksologi sahaja di Giant Kota Damansara. Pernah belikan Groupun tetapi bila diberitahu bahawa perempuan yang akan mengurut, terus tak nak pergi.

Alhamdulillah, kami memang mengenali pemilik spa di Concorde Shah Alam dan dengan kerjasama beliau, dapatlah surprise spa party dilaksanakan dengan sempurna.


Hari Kejadian

Pada mulanya memang tak nak beritahu, cuma cakap yang dia akan ditutup matanya dan duduk di bahagian penumpang. Tapi dia tak nak sebab nanti dia rasa loya. Hehehe. So, cuma beritahu dia nak kena jumpa Kak Maz, owner spa untuk ambil voucher. Then kena ke KL untuk surprise tu. Dia percaya dan ini memudahkan parti terperanjat saya.

Me : 'Laju sikit yang, ayang janji pukul 11pagi ni'
Hubby : 'Ok ok. Janji kul 11, sempat lagi ni'.

Tapi tetap pecut.

Sampai Concorde Shah Alam, park je dekat tepi jalan.

Hubby : 'Takpe ke ni?'
Me : 'Takpe, kejap je'

Then whatsapp dengan Kak Maz cakap kami dah nak naik lif. Sempat dia buat plan yang dia and staff akan nyanyi Birthday Song masa masuk nanti.

Sampai je di spa, kiss kiss dengan Kak Maz, terus the whole staff wish and sang the song. Mula-mula hubby tak perasan yang lagu tu untuk dia, boleh tak?

Then only dia sedar and tersipu sipu malu. His face - PRICELESS. Sangat best dapat terkejutkan dia dengan perancangan yang mudah.

Thanks to Kak Maz for the help.

Visit her spa @ Concorde Shah Alam.

First class spa with first class treatment at a traction of your budget.

Bye,

08 January 2013

Surprise....

Dalam tahun 2012, saya ada menulis dalam 'wishlist' yang saya mempunyai Samsung Galaxy Note II dalam bulan November atau Disember.

Tetapi menjelang akhir Disember 2012, bayang pun tak nampak lagi sebab bajet 'burst' kerana mendahulukan perkara yang lebih penting.

Jadi memang tak berharap, cuma berdoa agar saya dapat menghadiahkan telefon tersebut kepada diri sendiri dalam bulan Januari 2013.

2hb Januari adalah ulangtahun kelahiran saya. Dan tanpa disangka-sangka, hubby telah menghadiahkan Samsung Galaxy Note II yang dibelinya kepada saya. Pandai dia, katanya memang dia beli untuk saya, cuma dia kata yang itu dia punya.

Sangatlah terharu kerana hubby buat surprise yang sangat-sangat surprise untuk diri ini. Dua tahun lepas hadiahkan laptop, tahun ni handphone pulak.

Thank you sayang.

* sumber : google

Bye,

04 January 2013

New Year 2013

Selamat tahun baru 2013. Semoga tahun ini kita bertindak di luar kebiasaan.

Malam tahun baru, kami buat satu perkara yang tidak pernah kami buat. Pelan sambutan tahun baru tidak pernah berada di luar rumah. Dulu kami fikir, buat apa nak sambut new year? It will lead to social problem such as sex, judi dan lain-lain. Tetapi sebenarnya kita boleh mengawal 'outcome' atau hasil yang diingini.

When we think in positive way, the outcome will be positive. Kita boleh kawal dengan sedikit perancangan.

Jadi, apa yang kami buat?

*



*



*



*



*


Kami pergi Karaoke! 

And sang our heart out together singing HERO by Mariah Carey to mark our new year.

'There's a HERO lies in YOU'.

We karaoke at Superstar Wangsa Walk. Sangat menarik promosi yang kami ambil iaitu untuk 6-12 orang dalam satu bilik, hanya RM98 dengan minuman dan makanan.

Great kan?

And we learnt that when you sing, you actually expressing your self.  Penuh perasaan bila menyanyi. Dan kita juga menggunakan kedua-dua otak kiri dan kanan semasa menyanyi.

Gambar? Takde sebab syok menyanyi. He he.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign