Tinta Si Isteri Mekanik: Tahun Baru Buku Baru

01 January 2014

Tahun Baru Buku Baru


Tahun baru telah tiba. Serasa baru sahaja menyambut tahun 2013. 

Apakah azam baru 2014? Saya ada terbaca post rakan di Facebook, katanya Azam yang disertai dengan Tindakan adalah azam sebenar. Jika hanya berAzam tanpa melakukan apa-apa untuk mencapai Azam tersebut, ianya hanyalah Angan-Angan.

Menarik bukan? Tepat juga. Membuatkan kita mahu berTindak. Tidak mahu hanya sekadar kawan Mat Jenin yang bermimpi mahu berkahwin dengan puteri raja, sudahnya jatuh dari pokok kelapa yang tinggi.

Kalau difikirkan secara logik, Angan-Angan tu sakitnya seperti jatuh pokok apabila kita Menyesal di kemudian hari. "Kenapalah aku tak buat itu?". "Kenapalah aku tak jaga?". "Kenapalah aku tak pilih?". "Kenapalah aku tidak bertindak begitu?".

Maka ada baiknya kita mulakan tahun baru ini dengan perkara berikut:-

1. Syukur

2. Selawat

3. Sedekah

4. Sujud

5. Tulis 10 impian setiap hari. Besar atau kecil impian bukanlah ukurannya. Impian kita tidak akan sama dengan orang lain. Maka tulislah hatta sekadar ingin anak-anak tidur awal.

6. Jika impian tersebut besar, pecah menjadi kecil. Contohnya, impian saya mahu berat saya pada Disember 2014 sebanyak 65kg. Saya ada 12kg untuk dibuang. Maka, setiap bulan saya perlu hilangkan 1kg sahaja. Takdelah berat sangat cabaran hilang 1kg berbanding 12kg.

7. Lakukan Tindakan yang mendekatkan diri dengan impian tersebut. Macam saya, 1kg tu saya buat dengan cara pilih makanan yang sihat iaitu yang tidak bergoreng untuk Januari 2014 ini.

8. Baca impian kita setiap hari. Supaya sentiasa kita ingat apa impian yang belum tercapai.

Kita boleh gunakan senarai seperti di bawah.


Source


Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign