Tinta Si Isteri Mekanik: Zam Zam Cafe & Satay Club dan Majlis Kesyukuran

02 January 2014

Zam Zam Cafe & Satay Club dan Majlis Kesyukuran

Teks : Saudah Salleh

1 Disember 2013. Tarikh yang dipilih untuk Majlis Kesyukuran yang kami anjurkan. Kenapa tarikh ini yang dipilih? Sebabnya untuk bulan Disember, hanya ini sahaja yang kami lapang.

Kenapa Majlis Kesyukuran? Kerana ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7. Cepat betul rasa masa berlalu.

Para jemputan terdiri dari keluarga dari sebelah bonda. Bonda hanya ada 3 orang adik sahaja. Ayah Ngah, Ayah Chik dan Mak Cu. Kami 5 beradik dan sepupu hanya ada 6 orang sahaja.

Sekarang, ramai sikit sebab perkahwinan. Anak saudara baru 2, bulan Februari 2014 akan tambah seorang. Akhir tahun insya allah ada rezeki kami pula.

Zam Zam Cafe & Satay Club dipilih kerana suasana persekitarannya. Ditambah lagi dengan menu yang sedap, kawasan parking yang mudah dan percuma membuatkan kami memilih lokasi ini.

Yang tidak dapat hadir hanyalah Abang & Kak Linda, Ain & Jaowad serta At. Tetap meriah walaupun santai.

Menu : Nasi Beriyani Ayam dan Kambing, Nasi Ayam, Mee Rebus, Fish & Chips, Chicken Chop. Apa lagi ya saya sudah lupa.

Sedihnya, menu 'signature' mereka iaitu Sup Tulang Merah dan Mee Sup Tulang Merah tiada kerana kekurangan bekalan Tulang. Padahal itulah yang kami war-warkan pada para tetamu. Tak mengapa, boleh datang lain kali.



Seluruh ahli keluarga Hj Sarman



Gambar dari dekat



Anak sepupu.



Kami sebelum majlis bermula



Dari kiri : Makcik, Makngah, Ayahngah



Dari kanan : Mak, Syazira


Meja 1

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign