Tinta Si Isteri Mekanik: Air Tangan Kasih Seorang Isteri

20 February 2014

Air Tangan Kasih Seorang Isteri

Teks : Saudah Salleh

Antara azam tahun 2014 kami adalah memakan makanan yang dimasak di rumah dan berkhasiat dengan adanya kehadiran ulam atau sayur-sayuran mentah.

Berkebetulan pula, keinginan membuak-buak melihat gambar-gambar sandwich di internet membuatkan saya bersemangat membuatnya.


Lazy Sunday Egg and Cheese Sandwich (kiri dan tengah) serta Mushroom Murtabak Sandwich (kanan)




Smoked Turkey and Scrambled Egg Sandwich


Yang ini pula adalah permintaan adik saya dan isterinya yang mengidam. Pertama kali membuatnya untuk 50-80 orang. Lenguh juga menggaulnya.



Sambal Goreng Jawa (belum digaul)


Dek kerana geram dengan udang galah di Pasar Tani Shah Alam yang berharga RM20.00 sepinggan dan pucuk paku segar di sana membuatkan saya teringin. Masak untuk kali pertama dan ternyata memang kombinasi yang terbaik.


Udang Galah Masak Lemak Cili Padi dengan Pucuk Paku


Aglio Olio adalah antara resepi pasta yang termudah kerana hanya menggunakan 3 bahan asas sahaja iaitu Cili Kering (Chili Flakes), Bawang Putih dan Minyak Zaitun. Tetapi boleh ditambah dengan bahan-bahan yang kita suka dan yang ada dalam peti sejuk. Jika ditambah makanan laut, jadilah Seafood Aglio Olio. Masukkan ayam terhasillah Pasta Aglio Olio bersama Ayam. Mudah dan berkhasiat serta sedap.



Aglio Olio Spaghetti



Yang ini pula dibuat kerana ingin menghabiskan Capati Segera. Suami pula kurang gemar dengan capati yang dicicah dengan dalca. Tetapi apabila dibuat bungkus bersama sayur dan sausage, makan bertambah pula! Mudah sahaja, hanya panaskan capati di atas kuali dalam 1 minit. Terbalikkan dan sementara itu terus susun salad (saya gunakan Rocket Salad) dan sausage yang telah direbus sebentar. Letakkan juga keju jika suka.


Sausage wrap


Cendawan tiram ini saya goreng dengan Tepung Magik. Rahsia untuk mendapatkan cendawan yang garing adalah dengan tidak membasuh cendawan tersebut. Hanya beruskan sahaja kotoran hitam yang melekat. Ha? Tak perlu basuh? Ini kerana sifat cendawan yang tidak boleh hidup dalam keadaan yang kotor, jadi cendawan yang terhasil bebas dari kotoran yang memerlukan kita membilasnya. Tepung Magik tadi saya masukkan ke dalam mangkuk dan terus salutkan cendawan tersebut tanpa membancuh tepung dengan air. Panaskan minyak hingga betul-betul panas dan masukkan cendawan yang bersalut Tepung Magik tadi.



Cendawan goreng Tepung Magic

Sumber dari Google. Terima kasih.

Mudah dan ringkas sajian saya. Yang penting, kasih sayang dan cinta sebagai perasa tambahan. 

Semoga bermanfaat.

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign