Tinta Si Isteri Mekanik: Gerai Murtabak Kambing Ayam Daging Azmy, Pasar Tani Shah Alam (Stadium Shah Alam)

07 March 2014

Gerai Murtabak Kambing Ayam Daging Azmy, Pasar Tani Shah Alam (Stadium Shah Alam)

Teks : Saudah Salleh

Pasar Tani Shah Alam. Setiap hari Ahad di kawasan letak kereta bersebelahan Giant Seksyen 13. Bermula awal pagi, saya suka ke sana pagi-pagi kerana mudah meletak kereta dan pengunjung belum ramai.

Biasanya kami terus membeli bahan basah sebelum ke bahagian makanan siap untuk sarapan kami.

Geram tengok ikan, udang, sotong, ketam dan ayam serta sayuran dan ulaman segar yang dijual. Walaupun ada yang kata mahal, pada saya ianya berbaloi dengan kualiti yang kita dapat.

Selepas membeli-belah, pasti terasa lapar kerana belum sarapan lagi kan? Tak perlu risau sebab ada 2-3 deretan gerai makanan pelbagai pilihan ada di Pasar Tani Shah Alam. Boleh pilih samada makan di sana atau bungkus bawa balik.

Biasanya kami pilih bawa balik sebab tangan penuh dan lenguh membimbit barang belian. Hihi. 

Teringat pertanyaan suami saya, "Sayang, kenapa ramai yang bawa bakul beroda?"

Bakul beroda seperti ini maksud beliau.

sumber dari Google

Saya jawab, "Bakul letak barang". 

"Pegang ajelah" katanya. 

"Nanti abang tengoklah", sambil tergelak kecil saya jawab.

Bila tangan dah lenguh pegang barang, baru beliau berkata "Patutlah ramai wanita bawak bakul sendiri. Senang. Tarik aje". Tersenyum saya mendengarnya.

Berbalik kepada kisah sarapan, banyak pilihan dengan harga yang standard. Kami baru mencuba tiga gerai sahaja iaitu Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah dan Nasi Kerabu yang warungnya menjual pelbagai jenis hidangan sarapan Pantai Timur seperti Nasi Dagang dan lain-lain.

Tertarik dengan papantanda Murtabak KAMBING, kami singgah di gerai ini. Memang beratur panjang pelanggannya. Ada 3 pilihan murtabak : ayam, daging dan kambing.

Selain murtabak, ada roti canai dan roti boom juga.

Tengoklah ketebalan murtabak tu. Geram saya tengok. Saya beli sekeping sahaja sebab ada Nasi yang telah dibeli. Kemudian beralih kepada bahagian sejukbeku. Rupa-rupanya mereka membekukan produk jualan mereka untuk kemudahan kita.

Tapi murtabak beku telah habis. Jadi saya hanya membeli roti boom dan roti canai beku sahaja. Harganya sangat MURAH iaitu 3 prodek hanya RM10.00 sahaja. Iya, sepuluh hengget aje. Hihi.

Ini gambar yang saya ambil semasa menunggu murtabak kambing yang dipesan masak.


Anak-anak muda 'berkuli' dengan peniaga ini. Seronok saya lihat. Teratur kerja-kerja mereka. Seorang jaga satu produk.


Ini bahagian pesanan dan pembungkusan. Sangat teliti dan pesanan tidak bercampur. Tengok dalam dulang KAMBING, habis sudah. Masa menunggu dalam 5 minit sahaja.


Fokus kepada roti canai dan roti boom. Tak berhenti menebar. Sebab memang ramai. Sekejap sahaja dah habis. 


Ini di bahagian sejukbeku. Kami datang ke gerai dalam pukul 8.00 pagi setelah membeli-belah di bahagian Pasar Tani. Dah separuh habis. Saya rasa jam 10.00 pagi produk sejukbeku akan habis. Wow.

Tujuan kami membeli murtabak ini adalah untuk kepuasan perut kami. Hihi. Terasa daging kambing dalam murtabak tersebut. Di samping itu juga, kami inginkan rakan kami, dengan jenama Dendeng Mak Minah, merasa murtabak ini kerana beliau ingin mengeluarkan produk Murtabak Dendeng.

Dendengnya memang sedap. Berkualiti. Jadi tentulah saya dan suami gembira jika Abang Dendeng mengeluarkan Murtabak Dendeng. Pelanggan setia pertama menempahnya. Boleh ya Abang Dendeng? Facebook mereka adalah Dendeng Mak Minah atau klik di sini. Nanti saya buatkan entri khas untuk mereka.

Semoga bermanfaat!

Tinta Si Isteri Mekanik Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign